Monday, February 28, 2011
2. Campur gula merah dengan air panas.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,
Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah
Selain membersihkan habitat mereka,
Sunday, February 27, 2011
Another lucky day..trimas3
Semalam,dapat surat daripada KL,buka dan nahhh..cheque sekeping tertulis nama saya dan amaun yang sikit tp yang ditunggu-unggu lama atas kebodohan pihak P1Wimax sendiri..Selepas buat aduan dan juga komplen sana sini,akhirnya berjaya jugak dapatkan balik duit daripada depa.
Rezeki datang ketika rezeki baru masuk..jangan jeles ya kawan2..haha
p/s: Time banyak duit ni la nak boleh duit pon..kalau mggu lepas kan lg best..anyway syukran jazilan..lepas la bayar kut kawin kat kawan tengah bulan depan..pheww..lega..Semoga Allah sentiasa merahmati aku.Aminn Teruskan Pembacaan...
Wednesday, February 23, 2011
Alhamdulillah,selepas 2 kali memohon pembiayaan PTPTN bagi pengajian aku,akhirnya baru xsat dapat email yang ditunggu-tunggu sekian lama..Permohonan telah diluluskan.Syukur yang teramat sangat.Disebalik dengan dugaan yang menimpa ari ni,xsangka kegembiraan diberi serta merta kepada aku.
Amin dan sangat bersyukur.Lepas ni kurang la beban kewangan aku sikit.
Sedih dan Pilu bila check akaun..last withdraw tadi utk isi minyak.
Gila arghh..Nasib la tuan kedai yang repair isteri aku tu nampak kesusahan yang dialami dan dia pun dengan selamba mengeluarkan ayat F.O.C ja ENCIK Farizan..How lucky am i..?
Terima Kasih daun keladi la wahai Kedai Ketari Merah..Muka aku dgn akaun statement memang dah link kot.
Harap esok masuk la gaji..wawawawa..kalau x..kad kecemasan la last option yang tinggal. Teruskan Pembacaan...
Hurmm...Salam,
Pagi2 dah bengang,keja xboleh nk settle,kalut dengan mesyuarat untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan pekerja,bertindak selaku setiausaha mesyuarat,kena ready banyak perkara jugak awal2 pagi.nasib la semua minit n maklumbalas dah ready atas meja.
Tapi bukan hal mesyuarat aku nk ceta kt sini.Hal utama adalah seperti tajuk diatas.Isteri kedua ku yakni selepas kereta,My Lappy a.k.a ACER buat hal..masuk keja ja nk on trus xley access windows..semua benda ada dalam tu..yg urgent2 plak..aduyai..dok try solve problem smpai kul 9,pastu xley settle gak..masuk mesyurat ja la..nk jadi cerita,banyak la pulak perkara n isu ari ni dibawa oleh wakil masing2..lenguh gak tangan aku tulis minit..bengang kedua terjadi..dekat pukul 12 baru ley settle.yang xpatut cakap pun ada yang p merapu..haha..pening2..
Dah settle ja meeting trus aku p usha kt lappy..jadi sama gak,puas dok usaha.rasanya virus attacked kot.malas fikir pnjang tambah kerja yg dok bertimbun lagi..aku bwk p kedai trus..sat g balik baru amik..
Kesimpulan,sabar ja la..wahahaha.abis oracle,dev6i dalam tu..dh mau install pon haru benda alah ni..arap2 xdak lagi la masalah bila dpt balik ptg ni..software dh byk installed dlm tu,sakit ati dan jiwa...arghhhhhh..
wassalam
Teruskan Pembacaan...
Tuesday, February 22, 2011
Tadi masa aku on da way nk ke ofis,tune radio kpd hot fm,slot pagi ni berkenaan dengan tribute kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad,selama 3 jam semua lagu-lagu Allahyarham akan diputarkan.Dan sebab adalah merupakan ulangtahun pemergian beliau ke rahmatullah,maka aku pun google cari profil beliau dan akhirnya aku jumpa dan cedok masuk dalam blog nih.
Sikit pon aku x edit,terima kasih kepada sumber : http://sudir-ricky.blogspot.com
Sambil2 kita baca profil beliau,sedekahkan lah Al-fatihah sama.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.
Profil
NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1954
ASAL: Temerloh, Pahang
KARIER: Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA: Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA: Arshad Hassan
IBU: Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA: 22 Februari 1992
PENCAPAIAN: Antaranya, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978, Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 dan Penghibur Nombor Satu Asia 1989
ANUGERAH: Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009)
Siapa Sudirman Hj. Arshad?
Sudirman dalam Kenangan
Sudirman masih segar dalam ingatan walaupun telah 14 tahun meninggalkan kita. Penghibur ini berbakat besar, muzik dan pencapaiannya masih dikenang sehingga ke hari ini.
Beliau yang merupakan penghibur serba boleh telah membuat kejutan dari Sekolah Pay Fong, Melaka (1976) sehingga ke ruang berprestij di Royal Albert Hall London (1989).
Belum pernah sejak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia, Malaysia mempunyai seorang seniman yang luar biasa hebatnya, apatah lagi seorang seniman yang dapat merentasi sempadan bangsa. Sudirman Haji Arshad merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.
Wajarlah beliau sering dikatakan sebagai “Penghibur Milik Masyarakat”, “Penghibur Rakyat”, “A Genius With Microphone” dan pelbagai lagi..
Beliau merupakan segala-galanya bagi kita kerana dialah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik, beliau telah menghasilkan 20 buah album dalam bahasa Melayu, termasuk dua buah dalam bahasa Inggeris – “Twinkle-Twinkle Little Star” dan “Images”.
Siapa dapat melupakan konsert mega percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April 1986? Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100,000 penonton dengan kehebatannya.
Sudirman juga muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya yang berbeza, mengenakan baju bendera (Jalur Gemilang) sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.
Persembahan beliau dengan lagu One Thousand Million Smiles yang begitu mempersonakan dalam Salem Music Awards di Royal Albert Hall pada tahun 1989 sehingga berjaya dinobatkan sebagai Penghibur No. 1 Asia yang sesungguhnya amat membanggakan Malaysia.
Memang benar, ingatan terhadap Sudirman masih segar bersama kita walaupun selepas 14 tahun pemergian beliau – perjuangannya masih belum selesai.
Lagu-lagu dendangan Sudirman berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.
Temanya berkisar dari alam semulajadi – Penyu Menangis, kepada perlaksanaan sistem “Punch Card” ke sub budaya Chow Kit Road, rentak keliru Penganggur, lagu patriotik Tanggal 31 dan kedinginan Salam Terakhir.
Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi perantau-perantau yang berpusu-pusu meninggalkan kota pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Bakat anak kepada ahli politik Temerloh yang dilahirkan 25 Mei 1954 ini telah diketengahkan apabila memenangi pertandingan Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dengan mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender.
Setelah bergelar penyanyi, beliau telah merangkul satu lagi anugerah utama iaitu Penghibur Terbaik di Juara Lagu 1987 dan dengan bakat yang dimiliki, beliau dilantik sebagai “Malaysia’s Singing Ambassador” oleh Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia pada 1985.
Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya di mana pada tahun 1980 beliau telah lulus peperiksaan undang-undang dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Beliau telah dipanggil untuk menjalani latihan mahkamah empat tahun kemudian.
Hari memperingati kekasih, Februari 1981 merupakan detik-detik manis beliau apabila menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamarian “Kay” Jamaluddin. Walau bagaimanapun, jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
Berbekalkan bakat lakonan yang ada dalam dirinya, beliau telah memegang watak utama sebagai Tookoo dalam filem “Kami” dengan Zul Zamrin Huri yang diarahkan oleh Patrick Yeoh pada 1982. Filem ini telah memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia ke-3.
Jasa yang dicurahkan beliau terbalas apabila dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1988 dan menerima dua anugerah selepas kematiannya pada tahun 1992 iaitu Johan Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong dan Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang.
Kejayaannya dalam memasarkan minuman baru Sudi Cola telah mengangkat beliau sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda dan atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudi Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular.
Selepas pemergiannya, beliau telah menerima beberapa lagi anugerah iaitu Penghibur No. 1 Malaysia yang diberikan oleh New Strait Times pada tahun 1993, Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993, dan Hadiah Pertama dalam Mobil-Mabopa (Malaysia Book Publishers Association) anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995.
Sudirman penghibur berbakat besar. Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan bersaiz kasut 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
Demikianlah. Sudirman, lagunya untuk anda dan saya. Al-Fatihah untuk beliau.
Monday, February 21, 2011
Sunday, February 20, 2011
Video ini aku tengok 2-3 hari lepas,agak stylo jugak la mamat mdlutfi ni buat cerita,susah orang nk baca apa maksud dia sebab terlalu tersirat sangat.
Anyway gud job kat dia sebab byk video dia menyampaikan idea2 yang bernas.Bijak lagipun mamat ni,tgh study architecture kt australia.
Keep it up! Sangat kelakar lebih dari Raja Lawak..hahaha
Nak lagi video dia,masuk sini : http://www.youtube.com/user/matluthfi90
Teruskan Pembacaan...
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca..
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus,'eleh smayang konon'
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba..
Sumber cerpen adalah : http://www.tentangcinta.com
Saturday, February 19, 2011
Friday, February 18, 2011
Salam,
Merujuk perkara di atas, berkuatkuasa pada tarikh hari ini,hanya pembaca yang dikenali penulis sahaja akan dijemput untuk membaca content didalam blog ini atas faktor yang agak munasabah dan juga mengelak supaya tidak timbul perkara yang menyusahkan hidup penulis pada masa akan datang sekiranya kewujudan blog ini disalahtafsir oleh orang yang berada disekeliling persekitaran penulis.
Kepada semua rakan yang masih belum ditambah sebagai reader didalam blog ini,boleh la tolong sampaikan kepada rakan yang lain untuk memudahkan kita stay in contact kerana FB penulis masih lagi belum diaktifkan atas sebab-sebab tertentu,makin hari makin kurang penulis bersosial..phewww.
Harap perkara ini akan lebih menyenangkan rakan2 penulis sekalian dan juga kita lebih terbuka dalam membincangkan sebarang isu tanpa ada sempadan dan juga tanpa ada pembaca yang tidak dijemput untuk membaca dan mengambil tahu cerita mengenai penulis..macam public figure pun ada,tp itulah kenyataan,bila ramai pembaca yang tidak dijemput,masuk blog xbagi salam,jaja pulak cerita sana sini,agak menyusahkan dan juga hilang privacy penulis untuk terus menulis lagi.
Sekian sahaja karangan UPSR dari penulis..teruskan membaca rakan2 sekalian.
Teruskan Pembacaan...