Friday, May 27, 2011
Kenapa la awak ni sentiasa mengecewakan saya,bukan mudah saya mendapatkan awak,itu awak tau kan,jadi kenapa harus awak buat begini kepada saya.Dah lama saya bersabar dengan perangai awak,dh banyak kali saya cuba ubah,tapi awak hanya bertahan sekejap aja,lepas tu awak mesti kembali ke perangai lama awak.
Orang lain pun mesti xtahan kalau mereka tengok n alami sendiri perangai awak..Tolong la,berubah demi saya dan orang lain,terutama mak bapak awak sendiri..penat saya bercakap dengan depa untuk ubah perangai awak,puas depa menasihati awak,tp macam saya cakap td,hanya bertahan seketika..skang ni lagi terok,awak dh jd perangai dulu dari minggu lepas lagi..
Saya mintak maaf kalau terlepas cakap dengan mak bapak awak minggu lepas,bukan niat saya untuk sakitkan hati depa,tapi saya memang dh xtahan,terpaksa cakap kasar dengan depa sebab perangai awak dh makin menjadi-jadi..
Kalau ahad ni kita jumpa,n awak masih lagi macam ni jugak,,saya mintak maaf,saya terpaksa tinggalkan awak untuk mencari yang lain..dh 2 bulan hubungan kita,namun awak macam xpaham kehendak saya..cuba la penuhi dengan kasih sayang yang setimpal yang telah saya beri kat awak..
Saya memang marahkan awakkkkkkkkk..oh STREAMYX..hahaha.....
Kesimpulan : Agak sial minggu lepas,streamyx tmpat gua menabur bakti wat hal,bayaran dh la dekat 7ratus sebulan,..Bayaran xsetimpal dengan apa yang aku peroleh..x ka sial macam tu..kadar kepantasan mengalahkan jebon yang berlumba lari dengan kuda..mak bapak dia adalah Telekom..haha
Monday, May 16, 2011
Another hitz entry by terfaktab :
Situasi: Bakal mak mertua aku itu seorang yang sangat kolot. Sangat mengutamakan tradisi di mana bakal menantu dia ini seorang yang sangat urban fikirannya. Apakah akan bahagia rumah tangga bakal menantunya ini dengan anak lelaki kesayangannya kelak? Jadi demi untuk kepentingan rumah tangga aku, aku telah bertindak agresif dengan menulis surat untuk bakal mak mertua aku ni.
Dear future mother-in-law,
Sebelum saya tulis surat ini, saya sudah check medical report aunty. Saya juga sudah bertanya kepada doktor bagaimanakah kesihatan aunty sekarang. Ternyata aunty masih sihat walafiat. Tiada penyakit sakit jantung atau darah tinggi. Jadi aunty boleh lah baca surat ini sampai habis tanpa serangan sakit jantung ye! Saya khuatir sahaja, aunty tak sempat melihat kami berkahwin awal awal lagi dah ciao. T_T
Sebenarnya aunty. Bukan saya tak suka aunty. Saya suka sangat aunty bila aunty sendiri kata nak buat wedding ala-ala siti nurhaliza dengan dato k tu. Tapi aunty tahu tak dalam hati saya membuak buak mahukan wedding of the year lah aunty. Saya tak nak ala ala macam wedding siti dengan dato k. Saya mahu wedding ala ala macam Prince William dengan Kate Middleton tu aunty!
Saya tahu aunty tak sabar nak timang cucu. Tapi aunty. Umur saya baru 20 lebih. Umur 25 pun belum lagi. Jangan risau aunty. Saya yakin dengan tahap kesuburan saya ini. Saya dah check doktor. Saya subur katanya. Tak tahu plak anak aunty tu. Air mani dia berkualiti gred A kot. Aunty kena lah tunggu dalam 3 hingga 4 tahun lagi baru boleh timang cucu. Saya bukan apa. Anak aunty tu pun payah saya nak jaga. Nampak sahaja perempuan dahi licin sikit, mula lah tu ketiak dia naik miang.
Lagi satu aunty. Kami bila dah kawin. Kami tak akan duduk dengan aunty tahu. Ala aunty ni. Sporting lah sikit. Saya nak berdua-duaan dengan anak aunty tu. Macam mana saya nak ehem ehem dengan anak aunty tu kalau aunty nanti asyik ketuk pintu bilik kami. Jangan risau aunty. Saya tak akan biarkan anak aunty tu jadi si tanggang moden! Saya akan pastikan kami berdua akan pulang melawat aunty sebulan sekali. Bukan jauh pun rumah kita. Dua tiga blok sampai lah rumah aunty.
Lepas tu aunty. Kelak kalau saya dengan anak aunty tu dah ada anak. Saya harap sangat aunty tak masuk campur urusan nak namakan anak kami tu. Itu anak kami aunty. Kami lah yang berhak ke atasnya. Kalau aunty nak bagi nama juga, tolong lah bagi nama yang bunyi futuristic sikit! Baru lah nampak hebat cucu aunty tu nanti.
Kalau aunty nak jaga anak kami tu pun boleh. Saya alu alu kan sangat aunty. Tapi jangan pula aunty minta anak aunty tu suruh saya berhenti kerja. Saya tak nak kerja suri rumah tangga sepenuh masa. Saya ada PHD tahu! Tapi PHD saya bukan dalam kursus ekonomi rumah tangga. Tak elok lah sia siakan sijil PHD saya tu.
Aunty jangan pula ajak saya masuk dalam politk wanita ini semua. Saya tak minat langsung nak join club wanita aunty tu. Sebab situ semua mak mak datin termasuklah aunty pun datin. Saya rasa saya kurang sesuai berada di dalam kolompok bukan dunia saya. Mungkin kena tunggu saya dapat datin dulu baru saya sudi nak join. Aunty lah bagi gelaran datin tu pada saya. Sanggup tak bagi? :p
Kalau aunty sempat telefon saya nak marah marah pasal surat ini, saya bersyukur kepada Tuhan. Maksudnya aunty tak kena serangan sakit jantung lepas baca surat ni. Jangan lah marah aunty. Lagi 3 bulan saya dengan anak aunty tu nak buat wedding of the year. Tak kan nak tengok anak aunty tu jadi bujang terlajak plak kan? Saya sayangkan anak aunty tu sangat sangat!
p/s: aunty pun saya sayang. Tak boleh sayang uncle. Nanti aunty cemburu.
I love you my future mother-in-law. XOXO Teruskan Pembacaan...
Berikut ialah entri kiriman dari Shahirahkhairuddin. Sebuah entri yang menarik untuk kita fikirkan dan renungkan mengenai cinta.
As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.
http://terfaktab.blogspot.com/2011/05/jika-tangan-terhiris-pisau.html Teruskan Pembacaan...
Salam,
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Teruskan Pembacaan...