Thursday, June 30, 2011
Salam dan selamat pagi semua.Aku rasa korang mesti masih mengingati saat-saat lawak yang dipaparkan dalam MaharajaLawak yang baru selesai minggu lepas kan..Rasanya sampai skang masih gelak xabis-abis g kalau memikiokan pasal lawak yang diorang buat tu kan..Tapi point aku kat sini bukan nk ceta pasal lawak diorang.Aku nk ceta kejadian semalam dimana dikala hujan lebat yang teramat sangat di kampung halaman aku,menyebabkan planning untuk kuar melepak di kopitiam xjadi,jadi terpaksa lah aku mengadap tv sementara menunggu hujan lebat bertukar menjadi hujan renyai ataupun terus padam ditelan gelap malam..nehh..sastera lagi..Rentetan daripada aktiviti menonton tv tu,aku tengok channel kesukaan politik ramai orang yakni TV3..
Sitkom/Drama (apa eh orang panggey,aktiviti membodohkan orang lg sesuai kot).Bang Bang Boom..Xhadap gila aku tgk pengacara depa,macam bodoh ja dua-dua orang..cakap melalut lpas tu nama orang bley dok main lak,pastu gelak sendiri..xdak pekdah kot wey?..Sampai la last2 punya program dalam ceta ni,ada aktiviti mengenakan orang .. Ramai dok tunggu kat part ni aku rasa.
Segeromnbolan pihak lelaki datang dengan berpakaian lengkap dan segak,beserta membawa beberapa dulang hantaran (serius gila bukan macam main-main)..Dan aku rasa mamat pihak lelaki ni macam dok kuar tv ja,tapi tatau la program apa kan..Siap berpantun bagai n tetiba gadis ayu iaitu rafida ibrahim (fida) yang dulu masuk program apa tah n menang..lawa n ayu gilor dia ni..nah aku kasi letak biodata sekali kot2 ada yang xkenai kan..
Rupa-rupanya diorang ni nak p minang gadis cantik ayu ni lar..Muka dia innocent gilar tatau apa-apa pun aku rasa..Tapi family pa semua dressing cantek..heran gak la kan..Mesti fanily dia pon komplot (pk la dulu makcik,abang yang sangat dia sayangi oi,xkan korang sanggup jatuhkan maruah anak,adik korang sendiri bagi rakyat malaysia tonton)..Walaupun sambungan ada g minggu hadapan n tatau sama ada fida ni berlakon jugak atau x,tapi aku nak komen untuk minggu ni..Sementara tunggu minggu depan mesti ramai yang dok bersimpati kt dia kan,and mesti nama dia jatuh sikit dek kerna maruah dipermainkan minggu ni..
okokok..Balik kepada cta asal,lepas abis acara pantun memantun,pihak lelaki mahukan kepastian dan persetujuan daripada pihak pompuan,nak lak diorang tanya sendiri kat fida n nak fida jawab setuju atau x dengan peminangan tersebut..
Akhirnya,fida setuju sebab dia cakap kalau family setuju trima,dia trima la kalau dh jodoh (mana nak cari gadis macam ni bai zaman skang ni,xkenai ati budi,xkawan rapat xkan la ko nak men trima ja kan)..Tapi dia ni kira baik n ikut cakap family la kan..Kalau aku la,konfirm aku bisik kat tukang bercakap tu suh wat betul-betul n xpyh pemainkan dia,sebab dia dh trima..waahaha..Fida siap pesan g suh jaga dia elok-elok..
lepas dh trima pa bagai n nk ending dah,tukang bercakap tu kata "tahniah fida anda telah menjadi tunangan orang dalam program bang bang boom"..Senyum kelat ja gadis ayu tu..terkesima aku rasa..Mesti dalam ati mau bagi penerajang ja kat depa kan..Ya la dh setuju dipermain-mainkan lak..Mesti nampak macam senang ja nk kawin ngan minah ni n mesti ramai yang anggap dia ni mudah kena main..Wey,korang ingat perkara macam kawin,mati,minang,cerai ni bley dipermain-mainkan ka?..Yang dh kawin tu,apa kata korang balik umah pastu cakap kt isteri,aku ceraikan kau dengan talak satu..then lpas nangis pa bagai,korang cakap lak,tahniah yunk,you ni dh diceraikan i dalam acara lawak rumahtangga ari ni iaitu bang boom blah..Bley macam tu?..mesti x kan,,of course korang xley sentuh dah isteri korang selagi xrujuk kan..
Jadi macam ni la feel dia aku rasa,mesti kecewa terkilan gila dengan program harem macam ni,walaupun mamat tu cakap dia penah cabar mamat ni untuk p masuk minang dia,tapi hang punya ego macam taik la kan,,dok amik serius n pantang dicabar (hg bajet hg ni lelaki macho yang pantang dicabar oleh gadis ayu,mesti buat ja)..Lepas ni kalau ada awek cun lg dari fida tu cabar hg untuk p umah dan minang mak dia yang janda anak seploh,hg mau trima??..Mesti x kan..Bodo la otak hang neh,letak kat mana akal fikiran tu..
Sudah tamat ceta aku,dan agak simpati kepada fida nih.Last dia jalan p masuk bilik sambil ada sambungan minggu depan..Aku harpa fida ni pekena diorang balik..Baru padan muka,..hahahaha.
p/s : Serius korang tadak otak sebab xpk dulu impact sebelum wat benda cenggini..Nak tarik rating n penonton pon agak2 la sama..jangan sampai jatuhkan maruah orang dan yang penting bukan semua orang bley trima lawak macam yang korang buat ni..Dan satu g cadangan aku,tukar la pengacara yang tadak ilmu pengacara camni,,amik la orang yang lebey femes n berkualiti dari diorang..Chow dulu lar.Banyak kerja menunggu..
Salam...
Teruskan Pembacaan...
Tuesday, June 28, 2011
Intro,
Kena bagi intro yang cantek sikit sempena birthday aku esok..wakaka
Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.
Yeah,
Alhamdulillah,
setelah berminggu-minggu dan berpurnama aku dengan bos aku serta team sistem berusaha untuk menyelesaikan isu migrasi dan accounting,akhirnya last job dapat kat aku dan saat ini,telah selesai semua data-data untuk serahan cetakan.Benda tak susah tapi bila dah banyak sangat kesalahan terpaksa tengok satu persatu..
Lupakan sejenak isu kerja,sebab entri kali ni nak berdiskusi mengenai idea,kerja dan penugasan..
Semalam masa dok chatting ngan kawan-kawan yang gila online,tapi dok luah ckp sibuk xsempat nk abis kerja..ntah apa yang dibuat tatau.Nasihat aku bagi mudah ja..Kerja ni xkan abis selagi kita tak pencen,jadi kena kerja la camna pon untuk teruskan hidup..xgitu?..kalau xmau buat kerja,antar surat benti..haha..
Kadang-kadang bila kita fikir dan renung sejenak,sekarang ni banyak lulusan universiti awam dan swasta sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerna masalah ekonomi dan juga masalah peribadi diorang sendiri..xkan la abis u korang nk lepak kt umh,tunggu nak masuk gomen ja bai..Government bukan la gah sangat kerja,gaji ciput,tapi indah dipandangan makcik serta pakcik di kampung..Nak kawin pon mudah sbb sure mak pak pihak pompuan ni lepas kalau menantu dia ni gomen/../.setuju bukan?..Nak lepas,contact saya ya pakcik makcik,.haha..Makin pelik dunia skang nih..
Isu yang nk aku kongsikan ni adalah pasal kerja bukan dalam bidang yang korang belajar,,amik law tapi kerja mekanik,amik masakan tapi kerja technician kilang..so how come benda ni jadi?./Sekarang ni xbley nk jamin yang kita akan kerja apa yang kita belajar..so kita sendiri kena bersedia,kena blajar semua bidang at least tahu..dan ada idea untuk keluarkan time kita mohon kerja nanti..Jangan la tumpu sangat course kita..Life is hard..lepas dh berpengalaman macam ni baru aku tau,,mau cari uang sangat susah..kerja teruk,walaupun dok ofis,bawah sinaran lampu kalimantang dan dilimpahi kesejukan aircond,tu bukan menjamin kerja mudah..sapa cakap mudah angkat tangan..Bukan mudah sebab banyak guna mental kita..lagi terok rasa lau campur dengan stress dan tekanan yang diberi oleh orang lain.
Biar kita ni latar belakang apa sekalipun,tapi belajarlah untuk jadi bijak menguruskan keadaan yang kita hadapi,biar kita ni ambil law,tapi kita tahu hal-hal berkenaan dengan kerja di bengkel walaupun sikit,.kenapa xabis-abis cakap law?..haha..impian dulu nk jadi law + yer..tapi ntah terpeleot jadi loyar sebab english satu takah kurang..wahaha..
Seriously cakap,untuk yang masih belajar macam aku?..tambah-tambah yang nk jadi fresh grads,belajar la benda/isu yang lain supaya kita xgagap dlm bilik interview nanti..jangan memilih kerja sangat sebab kerja skang susah dapat woo..biar la kita kerja biasa,tapi kerja yang kita buat tu menampakkan kita ni bukan orang yang biasa (org ada degree/diploma wat kerja)..nampak bertokoh sikit kan,,jangan ikutkan sangat perasaan jeles dengan orang lain yang kerja mudah dapat depa..Bandingkan la diri kita dengan depa,public speaking hang ada brani?/..tadak kan,,cakap depan tukang interview hg ada yakin?//tadak kan..jangan anggap org yang dpat kerja elok tu adalah guna kabel sahaja bai oi..zaman la ni kabel p la besaq mana pon..orang dh reti menilai la..wlaupun ada sikit kelebihan kabel..
Skang nk masuk gomen dh buat ujian pra,ujian,bru interview..abis kalau kau xreti jawab soklan abc yang mudah tu,nmpak sangat la xlepas nk masuk interview kan..abis nk guna kabel kat mana bai??..speechless kan..ha,suh la kabel p curik kertas soklan malam sblum exam tu..bley..wakakaa
dah - sudah idea aku kuarkan untuk menaip..maaf la lintang pukang perkara yang dibincangkan..
Last sekali
Selamat menyambut hari israk mikraj 1432H..Bersama kita mengenang peristiwa nabi kita Nabi Muhammad S.A.W...
apa aku melalut ni..ntah..sonok sebab sok cuti n kerja aku dh settle untuk hari ni..
>> Target yang wajib diselesaikan adalah assignment..sudah dekat due date,tapi masih xbuat..aduyai..
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com
Teruskan Pembacaan...
Thursday, June 16, 2011
Dasyat
SKMM,MAMPU,CYBERSECURITY MALAYSIA dan GITN umpama macam dilanda tsunami apabila kumpulan anonymous dari serpihan ahli-ahli rilekscrew dan lain-lain yang menubuhkan dragon force malaysia untuk mengadakan pemberontakan dari alam maya ekoran beberapa laman file sharing telah disekat oleh SKMM bagi menghalang download file yang percuma..Internet itu percuma,kenapa kena block web-web file sharing tersebut..Bagaimana saya mau download movie lepas ni?..Internet tu takdak sempadan bukan..Bukan untuk menyokong team hackers ni tapi depa ni kira berani n hebat la sebab berjaya buat kerajaan malaysia especially IT Kerajaan jadi huru-hara..Namun rasanya pihak Kerajaan pasti x duduk diam,dengar semalam pun berkampung kt putrajaya..Mari bersama-sama membanteras kejahatan siber dan jugak membanteras usaha block web untuk sharing file >> mana satu sy sokong nih?...haha
SENARAI LAMAN KERAJAAN YANG BERJAYA DIGODAM BUAT MASA KINI
Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off
Teruskan Pembacaan...
Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off
Tuesday, June 14, 2011
Manusia tak pernah lekang dari meletak harapan dan impian setinggi langit namun sebilangan mereka termasuk aku juga kadang-kadang hanya menaruh usaha yang hebat namun cuma setinggi rumput di padang ragut.Impian saja tinggi,usaha cuma sekelumit kumit..Mana mungkin dapat capai impian hatta kemahuan tersebut.
Obses ditafsirkan sebagai minat yang mendalam dan sanggup untuk melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak peribadi..Sebelum menjadi obses,kebanyakan kita meletakkan perkara tersebut dalam denai hobi dahulu,dan bila ianya menjadi berkobar-kobar memberontak - "Nah,lakukan apa saja untuk menukar hobi kepada obses"..Bekerja tanpa guna hasil kerja untuk semata-mata membeli transformers?..Adil kah kepada seluruh organ kita yang tidak diberi ganjaran selepas kita menggunakannya seharian malah sebulanan?..Nah simpan saja duit PTPTN yang baru masuk akaun pagi tadi untuk menghadiahkan lengan kita sebuag beg bertagged LV,PRADA dan GUCCI?..Adilkah tanpa memikirkan bagaimana buku-buku di MPH store tengah menangis menantikan wang PTPTN kita untuk dilaburkan kepada mereka??..Lantak dan biarlah,janji obses kita dapat dipenuhi..x gitu?
Zaman teknologi canggih sebegini rupa,sampai aku pun belum sempat mengejar dunia yang mana aku sendiri berada dan bekerja didalamnya..Cakap saja gajet,bebudak di taska belakang ni sudah mengerti apa itu gajet,iphone,ipad,DSLR..waduhh..di taska guru mereka ajar perkara ini kah?
Remaja sekarang ketaksuban dan obses mereka pada gajet..kamera,handphone,control car,FACEBOOK juga boleh dikatakan sebagai obses?..Nah,24 jam tanpa henti Facebook bekerja tanpa makan dan minum jugak amik mc,demi memenuhi obses manusia kepadanya..Dalam hati FAcebook mungkin berkata "Oh Manusia,berikan aku cuti sehari,tolonglah kerna cuti tahunan aku selama 20 hari masih belum terusik lagi".."Izinkan aku juga untuk keluar ke MCD berhampiran bagi memesan sebiji Big Mac"...
Kesan obses ini memungkinkan kita tidak mempedulikan keadaaan sekeliling,jugak perasaan orang disekeliling kita termasuk kekasih hati kita yang amat kita sayangi..Tinggalkan sebentar demi obses kita..Jangan sampai obses ini membuatkan kita hilang segalanya..Belajarlah untuk obses kepada manusia (cinta),Obses kepada kerjaya (kerja sungguh2),Juga Obses kepada Pencipta di atas (Beribadat)..Kerna ianya akan memberi kebaikan kepada diri kita..
nota: Penulis obses pada Swift..sapa mau kasi percuma tolong hubungi segera...sob3..
Teruskan Pembacaan...
Sunday, June 12, 2011
Korang perasan x bahawa blog i yang penuh warna warni a.k.a jambu ini telah berubah wajah menjadi matang dan sangat simple.Perubahan ini adalah sejajar dengan perubahan disiplin diri ~ Cewahh..Jadi baca dan amik pengajaran kepada artikel yang aku kongsikan ni..
Perubahan itu bermula daripada diri individu. Apabila individu-individu berubah menjadi baik maka dia menjadi orang baik. Apabila terdapat individu-individu yang baik, maka masyarakat akan menjadi baik. Orang baik bertanggungjawab menuntut ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat, terutamanya ilmu agama. Penyampaian ilmu dan fikrah daripada individu-individu yang baik inilah yang akan membentuk masyarakat yang baik. Orang-orang yang baik akan dipersoalkan oleh Allah sekiranya mereka tidak melaksanakan dakwah terhadap masyarakat.
Seringkali terasa sukar bagi seseorang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi perubahan ke arah kebaikan dan kebenaran. Antara punca berlakunya masalah ini ialah lemah pendirian. Seorang yang lemah pendirian dikatakan sebagai seorang yang bermaksiat, lalai, dan tidak memenuhi kewajipan dirinya sebagai seorang Muslim. Perlulah diyakini bahawa sesungguhnya syariat Allah itu diturunkan dalam keadaan mampu dilaksanakan oleh manusia dengan berbagai kelonggaran yang dikurniakan Allah. Oleh itu tiada sebab bagi seseorang untuk tidak memenuhi kewajipan beriltizam dengan syarak. Orang yang lemah pendirian dikatakan sebagai orang yang 'aasi yakni orang yang melakukan maksiat kepada Allah, disebabkan kelalaiannya dalam memenuhi hak-hak Allah SWT.
Terdapat beberapa tanda seseorang itu lemah pendirian menurut pendapat ulama'. Maka jika kita mendapati salah satu daripada berikut terdapat dalam diri kita maka ayuh kembali kepada Allah dan berusaha memperbaiki semula diri kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Antara tanda lemah pendirian:
- Tidak berhati-hati apabila bercakap. Apabila seseorang itu tidak berhati-hati apabila bercakap, percakapannya boleh dimasuki oleh unsur-unsur yang boleh membawa kepada dosa dan fitnah.
- Tidak taat kepada pemimpin. Seseorang Muslim itu harus taat kepada pemimpin yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah seperti mana yang telah dijelaskan Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 59.
- Tidak mahu berkorban di jalan Allah.
- Tidak berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.
- Tidak sabar dalam menunggu kejayaan. Misalnya seseorang yang berdoa kepada Allah dan mengharap doa itu dimakbulkan pada saat itu juga sedangkan ada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah serta merta untuk digantikan dengan balasan yang lebih baik kelak.
- Mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Antara cara untuk mengelakkan godaan dunia ialah memperbanyak amalan dan menyibukkan diri dengan amal-amal Islami.
- Cepat berputus asa daripada rahmat Allah.
- Melakukan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti berhibur dengan berlebihan, tidur berlebihan dan sebagainya.
Perlu juga diketahui bahawa terdapat banyak sebab yang boleh menjadikan seseorang itu lemah pendirian. Antara faktor lemah pendirian ialah pergaulan dengan orang-orang yang lemah pendirian, termasuk menuruti perintah pemimpin yang lemah pendirian. Seperti mana hadis Rasulullah SAW "orang Mukmin itu adalah cerminan saudaranya" dan juga kata-kata "rakyat adalah menurut agama pemimpinnya." Faktor lain yang boleh mendorong kepada lemah pendirian ialah lemahnya iman seseorang. Orang yang lemah iman tidak dapat memperbaik dirinya sendiri.
Antara cara untuk menguatkan iman adalah dengan menuntut ilmu, terutamanya ilmu Din dan ilmu-ilmu yang dapat membawa kepada kebesaran Allah SWT. Iman berhubung kait dengan amal soleh. Lemahnya iman menyebabkan amalan soleh kita berkurangan, dan kurangnya amal soleh membawa kepada kelemahan iman. Untuk mengelakkan lemah iman, selain daripada menuntut ilmu, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada mencintai dunia secara berlebihan.
Disunting dari ceramah Ustaz Mazlan Bin Tan (HALUAN Selangor)
Teruskan Pembacaan...
Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.
Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)
Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.
Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.
Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.
Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.
Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Wassalam
Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah
Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami
Amin……
Nota : Kepada semua rakan-rakan taulan,sahabat handai,saudara jauh dan dekat juga rakan-rakan baik,ana mohon maaf kepada anda semua andai tersilap bercakap,terlebih berlawak dan terlebih senyap kerna ana juga manusia biasa,bukan maksum,punya kelemahan diri..Insyaallah ana akan berubah untuk kebaikan diri ana sendiri..
Teruskan Pembacaan...
Tuesday, June 7, 2011
Salam,
Lega.Pheww..Selepas teruk aku dok berperang dengan oum sungai petani sampai oum kuala lumpur disebabkan bayaran xmasuk dalam sistem walaupun aku dh bayar guna kad magic aku..Punca adalah oum sp yang bengong sebab trima ja duit tapi xmasukkan dlm sistem,kesannya adalah result aku xboleh check..ari ni baru dapat check..n xsia-sia jugak pengajian aku akhirnya..amin.
Alhamdulillah,keputusan yang terbaik setakat la ni,walaupun xdapat a,tp b tetap dapat..lega sebab dapat naikkan keputusan sem lepas yang terok.
Wednesday, June 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)