Tuesday, May 29, 2012
at
12:11 AM
Labels:
bekerja,
ikhlas,
jawatan kosong,
kerja kosong
1 comments
Entri pada kali ni,RK ingin kongsikan sebuah tulisan yang sangat sesuai dibaca oleh setiap kakitangan yang bekerja di muka bumi Allah S.W.T ini.Semoga kita dipupuk dengan rasa ikhlas dalam apa juga perkara yang dilaksanakan.Silakan membaca.
Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.
Kelebihan bekerja dengan ikhlas.
1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".
- Artikel iluvislam.com
Salam Ukhuwah berkongsi karya di http://atikaahmadiah.blogspot.com
Sunday, May 13, 2012
at
1:32 PM
Labels:
dataran lang,
hotel langkawi,
jeti kuah,
langkawi,
makam mahsuri,
pantai cenang,
pelancongan langkawi,
percutian pulau langkawi,
pulau payar
4
comments
Assalamualaikum dan Alhamdulillah
masih dipanjangkan nafas untuk menghela lagi.Sekian lama tidak dapat
mengemaskini blog ni,akhirnya,pada masa dan ketika detik jam 3.26 pagi,12 Mei
2012 ni dapat juga diberi kesempatan waktu untuk update entri terbaru.
Kali ini saya ingin bercerita
mengenai kehebatan sebuah percutian yang dialami pada 5 Mei 2012 hingga 7 Mei
2012 yang lalu.Saya bersama rakan seramai lagi 3 orang telah menghabiskan masa
selama tiga hari di Pulau Langkawi,Kedah Darul Aman.Cuti-Cuti Malaysia pulak
kali ni.
Kami naik feri terakhir pada
Khamis tersebut.Sampai sana langit telahpun menjengah kelam.Dalam pukul 9 malam
macam tu.Pihak kereta sewa dengan senyum sengihnya memberi kunci dan berlaku
hilang dalam kesesakan Jeti Kuah.(Duit hulur mau tak senyum)..
Lalu,selaku pemandu yang memiliki
lesen bertauliah kelas D,saya dengan rela hati terpaksa menjadi driver
diorang.Kunci dihidup,kami bergerak ke Pantai Cenang.Lokasi untuk tempat
menginap.Semasa dalam perjalanan,seriously sangat teruja sebab bertahun dan
berabad lama tak datang ke Langkawi ni.Walaupun ada sedara.Mata melilau kiri
dan kanan.
Kami sampai di tempat
penginapan.Delta Motel,betul-betul sebelah Underwaterworld Langkawi.Motel ni
kira bajet punya la.Tapi kemudahan lengkap.Ya la,bujang ni bilik diguna sebagai
tempat tidur sekejap saja.Kami hanya tidur pada jam 3 pagi dan bangun seawal
subuh untuk meluangkan secukup masa di Langkawi.Kalau nak p untuk tidur baik
lepak di kampung saja kan.
Tapi nak bagitau secara jujur,3
hari memang tak cukup.Kami buat rancangan supaya ada dua kali trip ke sana.Ini
kira trip pertama.Sebab terlalu banyak tempat yang ada dan memang betul-betul 1
minggu baru lengkap satu Pulau Lagenda kami terokai.Trip kali kedua entah belum
difikirkan masa lagi.Biar 1 jadi sempurna dulu.
Ok.Pagi Jumaat yang tenang.Kami
bergerak keluar pada jam 7 pagi.Sunyi sepi jalan raya,mungkin penduduk Langkawi
nyenyak tidur sebab semalaman mencari pahala rasanya.Haha.Yang berkahwin saja
okay.Nasib baik la co-driver kat sebelah pernah kerja kitchen kat sini,jadi dia
la jd tour guide kami.Kami bergerak mencari sarapan.Masuk dalam kampung baru
dapat nasi lemak dan roti canai.
Kenyang.Kami bergerak menuju ke
Pusat Peranginan Telaga Tujuh.Dalam pukul 9 macam tu.Bukan nak mandi,tapi nak
menikmati suasana air terjun pada waktu pagi.Selesai snap atas bawah kiri kanan
air terjun tu,dalam pukul 10,kami bergerak ke Cable Car.Rupanya dalam group
ni,saya yang pertama kali ke sini.sighh.Memang best dan rasa macam semua
masalah campak kat bawah bila naik cable car ni.Lega kepala otak.Dapat tengok
penciptaan tuhan dari tempat yang atas.Memang indah.Masyaallah.
Seterusnya kami bergerak ke Makam
Mahsuri,menikmati suasana sejarah Mahsuri di sana.Naik ke rumah kedah,masuk
muzium mahsuri.Bergambar sana dan sini.Selesai.Berhenti rehat sementara
menyambung perjalanan pada petang nanti.Pada jam lebih kurang 5 petang.Kami
bersiap sedia untuk beraksi.Berjalan kaki menuju ke Pantai Cenang.Belakang ja
lokasi dia..Berpesta air!..Ramai pulak minah2 salleh ni berjemur.Cabar iman
sehh.Haha.
Kami main air dan main mata
hingga dekat Maghrib.Lalu menikmati pemandangan sunset.Indahnya tak terucap
dengan kata-kata.Selepas selesai semua perkara persiapan diri,kami menuju ke
Pekan Kuah.Tempat pertama adalah Langkawi Parade.Pusing-pusing dan makan.Kami
berjalan sekitar Pekan tu,sempat p Haji Ismail Group sat,dalam merayau dalam
Uptown Kuah.Kemudian kami balik dan merayau di sekitar Pantai Cenang.Banyak
kedai di sepanjang Pantai tersebut.Macam-macam barangan ada jual.Cenderahati.
Sabtu.Masa sangat pantas.Banyak
perkara tak dapat buat sebab dah jadi hari Sabtu.Cepat benar.Kami seterusnya
kemas barang sebab nak check out terus.seperti biasa kami mencari tempat
breakfast.Kemudian,kami bergerak ke Tanjung Rhu,agak jauh dari Pantai Cenang.Lepak
di sana dalam sejam,kemudian kami bergerak ke Kolam Air Panas,Wildlife Park dan
seterusnya ke Kilim Geopark.
Saat jam melewati tengahari,kami
seterusnya bergerak ke Pekan Kuah,tempat pertama adalah Idaman Suri,penuh orang
dok shopping.Kami masuk dan keluar tanpa plastik di tangan.Terlalu ramai.Orang
Kelantan ramai.Seterusnya kami ke tempat Jual barangan Gamat,Nusantara dan
Warisan.Kemudian ke Billion Langkawi,Haji Ismail Group.Selesai beli beberapa
buah tangan,kami ke Taman Lagenda pulak.Dekat dengan Jeti Kuah.ada la replika
keris yang besar kat situ.
Kemudian,kami seterusnya ke
Pemandangan Indah Pulau Langkawi.Tengok langkawi dari puncak bukit.Tempat yang
selalu orang tengok anak bulan kat sana.Hampir petang,kami seterusnya hantar
kereta dan Lepak di tempat terakhir,Dataran Lang.Ambil beberapa keping gambar
dan berjalan ke Jeti.Tiket jam 6 Petang.Selamat Tinggal Langkawi.
Sampai Kuala
Perlis kami lepak makan dan seterusnya pulang ke Cmart Changlun,ada
konsert.Artis ada Mila dan beberapa lagi.Sound teruk jadi lepak dalam 10 minit
ja.Apa yang tak bestnya,dek sebab terbawa-bawa pengendalian kereta
automatik,calar telah terjadi pada kereta gue masa kat Kuala
Perlis..Aduss.Panas gak.Kena try polish dan harap-harap pudar la kesan calar
tu.Panjang lebar coretan kali ni.Next trip ada beberapa perkara yang kami tidak
sempat buat insyaallah akan dilaksanakan.Antaranya adalah Island
Hopping,Snorkeling di Pulau Payar.Tunggu!..
Korang semua wajib ke Pulau
Langkawi sekiranya ingin bercuti bersama isteri suami atau keluarga.Memang
terbaik.Cuma elakkan waktu cuti sekolah sebab harga melambung tinggi juga orang
ramai.Nak buat apa pun tak seronok.Jumpa Lagi..Assalamualaikum.Selamat Malam.Layankan cebisan kenangan dibawah.Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)