Thursday, January 27, 2011
















JEDDAH 27 Jan-

Hujan lebat yang turun mencurah-curah menenggelamkan beberapa jalan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan di bandar raya kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah semalam.
Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya lagi banjir seperti 2009 yang mengorbankan lebih 120 nyawa.

Banjir itu mengakibatkan kereta-kereta yang terapung di beberapa jalan dihanyutkan ke sungai, sementara bau busuk memenuhi ruang udara disebabkan sisa kumbahan tangki bawah tanah melimpah dan bercampur dengan air banjir di bandar raya yang mempunyai seramai empat juta penduduk ini. - REUTERS

sumber : http://www.utusan.com.my

0 comments:

Related Posts with Thumbnails