Sunday, March 27, 2011

Di faktab oleh Cob Nobbler:



"There is always hope" - Banksy.

Kita semua ada cerita duka. Kita semua selalu berharap. Saya selalu menganggap bahawa kerja mengharap ini adalah satu kerja sia-sia. Bak kata Mira Awek Chuck Taylor, hope is for the losers. Kata ibu saya, semakin kita berharap - semakin besar chances kita untuk gagal.

Saya lebih banyak belajar dari pengalaman saya - kepercayaan saya adalah berdasarkan apa yang saya alami. Jika sesuatu itu tidak kena serta absurd dalam fikiran saya itu kerana saya sendiri tidak mengalaminya. Hasil dari tabula rasa yang saya alami, selalu apa yang saya harapkan akan gagal. Pertama kali saya jatuh cinta dengan seorang gadis ketika saya berusia Darjah Lima. Sejauh pengalaman memori saya, ini adalah kali pertama saya jatuh cinta. Masa itu "adik" saya baru sahaja lepas digilotinkan setahun. Nama gadis itu ialah Nadirah. Dalam kotak pemikiran saya yang penuh dengan memori 'sandarkan pada kenangan' - (sebab itu saya sesuai jadi fan Liverpool FC - siapa nak power Sejarah SPM sila jadi fan Liverpool), dia adalah cinta hati saya yang pertama yang saya gagal.

Apabila hati saya berdetik - "i'm in love" - segala oxytocin dalam tubuh mengarahkan saya untuk bertindak seboleh mana untuk membuktikan saya cinta padanya. Dia mintak tolong saya belikan air kat kantin, saya beli. Saya tolong beratur untuknya di kantin. Saya bawak beg dia ketika nak pergi sekolah (sekolah saya SR Taman Cuepacs - boleh Google), naik bukit - dan saya pikul dua beg sekaligus. Dengan harapan saya dapat memenangi hatinya. Instead, budak lelaki yang bernama Hidzir yang tak payah pikul beg, tak payah beratur dan tak payah buat macam-macam - berjaya memenangi hatinya. First time harapan saya digagalkan oleh realiti.

Terdapat banyak lagi siri kegagalan saya. Cerita kisah cinta gagal saya jauh lebih epik dari Awek Chuck Taylor. Kalau anda mengatakan cerita Awek Chuck Taylor adalah epik sebab cerita tentang 8 orang kekasih, bahagian gagal lagi banyak agaknya. Kegagalan kedua yang saya ingat ialah nama Natasha. Dia ini saya minat dia ketika Tingkatan Empat. Sebagai seorang mat grunge, mat pelompat pagar sekolah kaki ponteng, kaki game, kami hisap rokok belakang kelas dan kaki ponteng ni, memang tak deserve nak dapat Natasha yang merupakan pengawas sekolah. But you know what? Saya sanggup jadi pengawas sekolah, masuk koir peringkat sekolah dan pertandingan teater peringkat daerah untuk dia nampak saya. Saya sanggup jadi stalker dan lukis gambar dia untuk dijadikan hadiah pada hari lahir. Apa saya dapat? Gagal lagi. Dia fall in love dengan member baik saya. The worst part dia maki saya - "kau kencing kat tempurung, kau tengok kat tempurung tu - macam tu la taraf muka kau". What an epic rejection.

Ye lah, kawan saya Shafiq memang betul. He gave me reality check to me. "Kau tu dah la selekeh, kaki ponteng kelas, muka penuh jerawat, badan gemuk, siapa nak kau? Natasha? Pergi matilah." - sampai sekarang saya ingat itu. Yeah,kita kena refer dengan reality kalau nak berharap sekalipun.

Then saya kenal Intan. My first girlfriend. How happy finally I got a girlfriend. Saya rasa self-esteem saya kembali meningkat selepas dihentam teruk oleh Natasha. Ini kerana dia suka lukisan komik saya, dan cinta berpaut dari situ. Demi Intan, saya sanggup belajar beratus-ratus jenis stroke lukisan kartun untuk upgrade lukisan saya. Demi Intan saya sanggup membeli buku Jepun beratus-ratus ringgit yang saya tak faham bahasa hanya nak tiru stroke. Begitulah kuatnya oxytocin saya menolak dalam badan untuk berkata, "to dare is to do". Untuk buktikan cinta saya - saya sanggup lakukan apa sahaja.

Tetapi dia lari dengan seorang anak Datuk. Ini kerana bila saya nak berjumpa dengan dia - saya sanggup berjalan dari Cheras Perdana ke Sungai Sekamat yang jaraknya hampir 10 kilometer ke rumahnya. Tapi baginya, kenapa nak balak yang berjalan sedangkan ada yang memiliki kereta?

Jadi saat 6 Ogos 2002 adalah saat paling gelap dalam hidup saya. Saya menjadi pesimistik dan saya enggan berharap. Pada hari itu saya harap saya tidak lagi hidup di dunia dan cuba menjadi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa sendiri. I failed because I'm not an angel of death. And I failed it miserably.

Banyak sekali kisah cinta hidup saya sehingga saya tak tau nak mulakan dari mana. Ini kerana apabila saya bercinta - saya menggunakan segala kudrat dan fikrah saya untuk membuatkan orang yang saya cinta itu nampak diri saya. I don't care if it's hurts. I don't care if it's suffocates and I don't care if I die. Asalkan dia nampak yang saya cintakan dia.

Banyak lagi kegagalan dalam bercinta dalam hidup saya. Awek pindah oversealah, awek kaki kikis lah, macam-macam. Semasa bersama dengan arwah Sherina Ellyana - satu harapan baru tercipta. Disinilah apa yang saya harapkan akan berbunga harapnya. Tetapi ia tak lama - 8 Julai 2007 dia meninggal dunia. Harapan yang besar seolah-olah seperti balang gelas yang dilambung dan terhempas pecah.

Dalam meniti kisah hidup yang panjang, banyak lagi cerita yang saya ingin tulis. Ada seorang tu saya sanggup dari Pulau Pinang turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak teman dia untuk makan tengah hari. Ada seorang tu saya sanggup berjalan dalam hujan ribut hanya untuk telefon dia okay ataupun tidak. Saya tak pernah kisah walaupun nyawa saya di hujung tanduk sekalipun. Ini bukan lirik lagu Bruno Mars by the way. Sebelum Bruno Mars terkenal saya dah buat tu semua.

Saya kenal awak dalam ruangan cyber ini. Sekali lagi oxytocin saya sekali lagi menolak saya. Setiap malam saya dilanda angau dan insomnia memikirkan awak. Menunggu awak reply BBM saya. Menanti bila nak reply Twitter. Dan saya rasa inilah yang saya rasa ketika ini. Tetapi, awak mengaku awak ada boyfriend. Sekali lagi another brick of the wall menghalang saya. Lamunan saya terhenti.

But here's another side of the story. Boyfriend awak suka tengking awak, suka maki awak dan suka merendahkan awak. Which bagi saya adalah satu nilai dosa dalam hidup saya. Saya menganggap emansipasi wanita adalah satu perkara yang maha penting dalam kemajuan manusia. Negara yang maju adalah negara yang menghargai wanita. Itu apa yang saya percaya. Itu apa yang saya pegang.

Minggu lepas, saya mahu bertemu seorang teman di Kudu. Dalam saya menaiki monorel dan saya berhenti di Stesen Medan Tuanku. Tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki,berusia awal 20an memaki hamun girlfriendnya di tepi stesen. Girlfriendnya hanya tunduk menahan malu dan saya terdengar tangisan itu. Bagi saya tangisan itu sangat mengilukan saya. Ikutkan hati saya rasa macam nak bagi penerajang Kyo Kusanagi je kat mamat tu. Punca kenapa girlfriend itu dimaki ialah kerana girlfriend itu salah beli tiket monorail - berhenti kat Bukit Bintang tapi girlfriend dia beli kat Imbi. Big deal - drop je la kat Bukit Bintang, apa problem? Kerana rugi seposen dah nak maki macam lancau?

Saya seumur hidup saya bercinta saya tak pernah maki girlfriend saya - tertinggi suara mungkin sebab mungkin kita tak dapat elak emosi kita. Tapi untuk memanggil girlfriend saya bodoh, bangang, bingai, babi, atau sundal(saya pernah dengar orang panggil girlfriend dia sundal bila terlampau marah), itu saya tak pernah buat. Dan mendengar boyfriend awak suka maki hamun awak, suka buat awak menangis dan kecewa, suka buat awak patah hati dan tertekan - saya tiba-tiba teringat kepada Knox Overstreet seorang lelaki dalam cerita puitis "Dead Poet Society". Do an overstreet? Should I do an overstreet?

Saya tahu ini adalah risiko. Hidup ini memang penuh dengan risiko. Ketika ibu saya nak melahirkan saya - saya ada risiko mati tersepit di rahim atau hidup. Semua orang ada risiko untuk mati semasa dilahirkan. Risiko untuk gagal atau berjaya. Sepanjang hari-hari ini saya memikirkan apakah saya patut overstreet sahaja dan kesatkan air mata awak yang berlinangan tu? Seperti yang awak cakap - "I want to be happy - but love always kills me". Yeah,love ALMOST KILL ME. Disebabkan oleh kerana kecewa dengan 1st ex-girlfriend saya hampir mencabut nyawa sendiri. Tapi one thing - walaupun apa yang dikatakan oleh Mira Awek Chuck Taylor, "hope is for the losers", tapi Banksy kata "there is always hope".

Melalui entry ini, saya akhirnya berani menyahut cabaran. Sama ada saya gagal ataupun berjaya - terpulang kepada keputusan awak. Saya hari ini mengatakan saya sayang kepada awak dan saya akan sanggup buat apa yang saya mampu demi awak. Saya tak tahu sejauh mana saya akan duga kemampuan saya ini demi awak. Jika saya gagal, saya tidak akan menyesal, sekurang-kurangnya saya dah mencuba. Dan kalau saya gagal, biarlah saya nikmati kegagalan ini seperti apa yang saya lalui selama ini. Lebih baik saya gagal dalam percubaan - dari gagal mencuba langsung.


Loving someone is nothing,
To be loved by someone is something,
But loving and to be loved is everything,
Would you be my everything?


Saya tidak melakukan janji-janji seorang YB, tapi sekiranya awak bersama saya, saya akan buat awak gembira - macam arwah Elly lakukan kepada saya. Through happy and hard times, through each and every moments - we cherish together - if you ever give me a chance.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails