Sunday, August 28, 2011

As-Salam,Saat untuk kita menyambut kegembiraan atas perjuangan selama sebulan makin hampir dan semoga bekalan yang kita ciptakan dalam bulan ini mendapat manfaat dan diterima oleh-Nya.Bulan ini ternyata penuh dengan dugaan yang kadangkala merumitkan akal fikiran bagi melaksanakan percaturan menyelesaikan segala masalah yang terbuku.

Lama sudah entri baru tidak dapat dikeluarkan kerana malam-malam yang penuh sibuk menjalani ibadah ataupun kalau ponteng,sibuk dengan keluar mencari-cari bahan baru untuk ditambah kedalam anak mata bagi menafsir perkara yang setiap hari berlaku secara berlainan,atau lebih mudah keluar meraya-rayau melihat aktiviti malam yang sangat indah.Hiruk pikuk manusia berteriakan mencari kelengkapan perayaan.Lebih dari mencari keberkatan nampaknya.Kalau kita berlumba-lumba seperti dalam Tesco untuk menunaikan ibadah,alangkah barakah hidup ini.











Mulut adalah yang sukar untuk dikawal.Ya,saya akui memang sukar apabila kita hampir betah untuk meninggalkan perkara yang biasa dilakukan selama 11 bulan bukan?..Mata,tangan,kaki,telinga dan jugak nafsu masih mungkin untuk dikawal,namun percakapan yang keluar hampir setiap saat adalah satu bentuk kawalan yang memerlukan daya juang yang tinggi.Manusia biasa,mudah rapuh dengan aktiviti dunia.Itu saya.

Moga-moga persiapan raya kalian meriah tahun ini dan ingat,biarlah kita beraya mengikut ibadat bukan adat.Di sekitar kawasan jajahan saya,hujan hampir setiap hari dan mungkin akan berlanjutan sehingga hari raya.Suasana agak suram sedikit pada malam-malam hari kerana pelita tidak dapat dinyalakan.Namun,aktiviti membeli-beli tampaknya masih berjalan aktif.Penuh saja orang di sana sini ditambah dengan kepulangan perantau.Sesak Jitra.Setahun sekali dapat lihat kesesakan macam ni.











Anyway,mungkin ini entri terakhir saya sebelum aidilfitri.Maklum saja,esok cuti.Nak buat ketupat,lemang,lontong (cakap saja.haha)..Dan dikesempatan ini,hari baik dan bulan mulia,ingin saya panjatkan keampunan,kemaafan atas kekhilafan diri ini andai menghina,mengutuk dan mengumpat sesiapa.Saya hamba yang penuh dengan kekurangan diri dan sentiasa belajar untuk menjadi yang lebih baik dari semalam..

















Insyaallah ketemu lagi di entri akan datang.

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails