Monday, February 27, 2012

Saat ini semacam gempa berlaku
seperti tsunami menerpa

Insan "Bijak Berbicara" berlumba-lumba menarik tepukan rakyat marhaen
Menempik Sakan saat "RM" dikeluarkan
Saat ini Saat menjatuhkan,saat menghinakan sesiapa saja yang menghalang

Saat ini agama digunakan semanisnya
saat ini watak jiwa penyayang dimulakan
saat ini kasih sayang tumpah bak air terjun

saat ini,lelah ditolak ketepi,
rakyat diutamakan
segenap pelusuk menerobos memberi segala kemahuan
saat ini aku maki engkau dan engkau hina aku

4 tahun berlalu,
keadaannya sama,

Kenapa kini masing-masing muncul semula?
dimana ketika 4 tahun lalu

Kenapa kini segala projek mahu dilaksanakan?
Kenapa kini segala bantuan dihulurkan?
Bagaimana begitu cepat projek kepada rakyat diluluskan serta merta?

4 tahun mengambil masa hanya seminit untuk meluluskan segala peruntukan?

Rakyat bijak menilai
Rakyat bukan seperti dulu
Rakyat tahu mana betul mana palsu

Omongan kosong itu mainan kamu semua.
Janji kamu semua hanya pada mulut durja itu
Cakapan kamu senyap selepas selesai kemenangan

Teruskan pertengkaran kamu,
Masalah akan selesai masa kamu bertengkar bukan?

Politik Malaysia Adalah Memalukan Semua Bangsa.

Saksikanlah lakonan disemua media utama.

Yang diperlukan sekarang adalah kata paling manis,Hina paling dina.Itu adat turun temurun.


RK : Saya tidak akan mengundi!


2 comments:

  1. wahha.. i x amek tau pasal menda y u taep.. i concern ngan katun tu ja..cute! haha

  1. kenapa katak tue kaler Ijau..xkelar PINK!!

Related Posts with Thumbnails