Thursday, February 9, 2012
Genap dua tahun kita diijabkabul,
Hari ni sayang merengek meronta-ronta minta perhatian sewajarnya dari sang suamimu ini
Kerna sayangkan isteri,abang turutkan permintaan sayang,
Cepat-cepat tukar pakaian dan bawak sayang keluar,
Destinasi kita Spa Kecantikan Luar dan Dalam paling mewah di Changlun
Abang akan pastikan sayang bahagia dan kelihatan cantik hari ni,itu janji abang.
Tepat jam 6.30 petang,kita bersiap untuk keluar..Moga hari kita menjadi indah ya sayang.
Sementelah selesai,memang sayang abang ni berubah,
lain dari kebiasaan,
sayang abang lebih cantik dari segala bidadari
sayang abang ni lebih indah ditatap dari segala pramugari yang ada di muka bumi,
sayang abang ni lebih ceria dan happy dari sebelum ni.
Selesai segalanya tadi hampir maghrib,
abang hulurkan sekeping kad kepada pekerja Spa tersebut,
dan kita melangkah keluar dengan berpimpinan tangan.
Abang seperti tak mahu lepaskan sayang selama-lamanya.
Cinta abang tidak terhingga kepada sayang.
Biarlah abang ungkapkan ini,
"Terima Kasih kerna mengeluarkan RM400 untuk menukar tayar anda"
......abang mengantuk dan ingin lena bagi lupakan kejadian tadi..Sobs3..dah la gaji lambat.Time ni la nak wat hal pun..Kereta oh Kereta..
saya tertipu la..huhu