Monday, July 23, 2012

Salam,


Rehal Kayu disini ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan yang penuh barakah ni kepada semua rakan-rakan juga pengikut blog yang semakin lama semakin kusam ni.

Agak sibuk dengan pelbagai rencah program di pejabat,ditambah dengan kekalutan menyiapkan tugasan dan juga sekarang ini tengah berperang dengan psikologi minda untuk menghadapi peperiksaan akhir semester pada minggu hadapa.Namun,disebabkan berada di ofis pada jam 7.30 pagi ni,sempatlah menulis beberapa patah kata.

Takmau berbicara lebih lanjut lagi,cuma entri kali ni saya ingin memohon maaf kepada anda semua andai ada  entri-entri saya yang mempunyai kaitan dengan anda atau keluarga dan sebagainya,tiada kaitan dengan sesiapa sebenarnya semua entri yang ditulis dan ditaip ini.Hanya getusan idea semata-mata.Banyak entri yang menunggu Q untuk masuk,cuma masa yang menentukannya.

Ok.Salam dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

RK




0 comments:

Related Posts with Thumbnails