Tuesday, August 28, 2012


Manusia,Melayu dan Islam.Sila kembangkan minda fikirkan kesannya:

satu.Setiap kita punya lebih punya kurang.Jangan hina ciptaanNya

dua.Fikirlah positif apa jua yang dia aku serta mereka sedang lakukan,kerjakan.Usah cipta kesimpulan engkau sendiri

tiga.Beredarlah dari menambah dosa mencerca sesama kita.Andai perbualan makin ke lurah dosa,jejak kaki jauhkan hati,berlalulah pergi meninggalkan perkara itu.

empat.Kita punya perasaan masing-masing.Usah teka usah anggap manusia lain tiada perasaan seperti engkau.Berfikir sebelum keluarkan patah kata

lima.Lihat diri sendiri,cermin peribadi jauhari.Mula insafi diri.


Salam - RK'

*juga jangan syaitan serta malaikatkan umat manusia seantero bumi Teruskan Pembacaan...


#Twitter aku berfungsi sepanjang masa

#Korang tweet saja pasti aku akan balas

#Jangan risau,ianya campuran politik semasa berbaur perpaduan bersulam kasih sayang

#Aku sangat senang dengan Twitter berbanding Facebook

#Aku siapkan Facebook atas dasar kerja

#Jangan risau Twitter,aku akan teruskan kesetiaan ini sampai bila-bila.

Last tweet "Selamat Malam" .LOL Teruskan Pembacaan...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Salam sejahtera ke atas kamu semua,

Bagaimana raya korang semua?.Indah khabar dari rupa atau rupa mengatasi perkhabaran.
Hari ni dah masuk raya ke 10,masih dalam mode raya lagi?.Ha kalau yang kerja tu boleh ketuk kepala kat dinding bagi betul semula urat malas + segan.

Ya raya tahun ni nampaknya ada kekurangan.Yang pasti tak sama seperti tahun-tahun lepas.Ringtone pun tak tukaq ke lagu raya.Nampak dah kat situ yang kurang meriah.

List aktiviti raya tahun 2012 adalah seperti dibawah:

#Sembahyang Sunat Aidilfitri

# Berkunjung ke rumah rakan taulan

#Tidur & menikmati juadah aidilfitri

#Cirit Birit.

#Masuk kerja pada hari rabu.


Selesai.Ah bosan.Tamat la cerita raya. 

Tak lambat kot untuk ucap selamat hari raya,maaf zahir dan batin,

Teruskan Pembacaan...

Sunday, August 26, 2012

geleng kepala kiri dan kanan bila rasa gusar akan kehadiran satu persaingan yang tajam

gundah gulana sibuk meracau dalam kepala
hampa mungkin keputusan yang dibuat dengan menidakkan kebenaran.

tapi bagaimana mahu menentang persaingan itu
minda deras memikirkan cara,menghujankan pelbagai rancangan
hanya untuk satu,menundukkan persaingan itu

acapkali diberitakan tentang kehebatan persaingan,
tentang bagaimana angkuh persaingan itu
tentang bagaimana rakus persaingan itu
tentang bagaimana pantas persaingan itu
dalam mendapatkan hajat yang belum pernah dipuaskan oleh rasa nafsu

selangkah kebelakang diambil
berdiri dalam sedia seperti menanti musuh mendatangi diri
mengangkat tangan lalu berdoa

"moga perkahwinan mereka membawa kedua-duanya jalan ke surgaMu"

lalu pantas menjalani hidup seperti biasa
menghempas garam membersih luka
membakar bukti tanda rahsia bersama
membuka buku dengan tulisan pertama

kalah kepada persaingan
bukan erti lemah dan punya kekurangan
namun
kerna takdir jua jodoh ketentuan Illahi

kini menanti untuk menjadi pesaing atau juara
masa ketika jua takdir usaha menetapkannya.














salam aidilfitri -RK

Teruskan Pembacaan...

Sunday, August 12, 2012



Iklan ni sangat sarat pengajaran dan rasa kepada kita sebagai umat Islam.Tahniah kepada BERNAS Teruskan Pembacaan...

Friday, August 3, 2012


1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH MUHAMMADURASULULLAH"...




Teruskan Pembacaan...