Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Hassan Al Basri seorang ulama` terkemuka  yang berasal dari basrah, Iraq melihat seorang pemuda datang kepada seorang doktor dan bertanya sesuatu. Katanya, Wahai doktor apakah tuan mempunyai resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa penyakit hati?, Doktor itu menjawab "Ada". Pemuda itu berkata lagi, tolong berikan resipinya dan doktor itu menyebut lapan resipi yang akan meleburkan dosa.

1.      Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepada Allah

2.      Jadikan taubat sebagai campurannya , lalu masukkan wadah redha atas semua ketentuan dan      takdir Allah

3.      Campurkan dengan campuran Qana`ah iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita

4.      Jadikan taubat sebagai campurannya

5.      Masukkan dalam kuali taqwa, tuangkan kedalamnya air rasa malu, lalu didihkan dengan api cinta

6.      Kemudian masukkan kedalam adunan syukur

7.      Serta keringkan dengan kipasan harap

8.      Lalu akhirnya minumlah dengan senduk pujian

Jika saudara mampu melakukannya pasti saudara mampu mencegah penyakit dan pelbagai ujian sama ada di dunia atau akhirat. Selamat mencuba


Teruskan Pembacaan...

Wednesday, October 31, 2012

Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. 

Terlalu sukar. 

Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing. Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu.

 Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. 

Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk dijangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila diperlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya perkataan yang bernama cinta. Tetapi pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yang telah mengubah kehidupanku. 

Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus dan pada waktu yang sama, aku sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah. Tiba-tiba, Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa. "Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh dari tempat encik berdiri?" Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah betul dia Nurul Salwa Al-Fateh. 

Dia tersenyum. 

Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu seraya meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku.Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu. Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan.

 Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu? Sedang asyik aku duduk di tasik buatan kampus, hadirnya wanita idaman semua lelaki. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku.

 Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Kemudian dia pun pergi bersama-sama rakannya dengan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa. 

 Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim.

 Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada suatu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat. Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh. Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. 

Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya. Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya kuat agama dan merupakan anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan: 

Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?

 Seperti biasa, aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad pada setiap malam Jumaat. Mengaji Al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah? Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika aku terus membaca, banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya.

 Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh. "Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?" soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum. "Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti ditolak oleh wanita itu," jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa. "Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya," kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad. 

 Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cintanya.



 "Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz," kataku kepada Ustaz Muhammad. "Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saidatina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu." Kata-kata Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu agar mengetahui jawapannya. 

Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh. Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. 

Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa seperti dalam mimpi! "Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?" soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati. Aku menarik nafas. 

 "Maaf kalau saya mengganggu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya," kata aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad. "Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja," kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. 

Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh ke ruang tamu dan bertanya kepadanya sama ada dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia. "Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. 

Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah," jawab Nurul Salwa Al-Fateh. Aku rasa begitu gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih! Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. 

Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. 

Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku menjumpainya. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.

RK: Cerpen ini diambil dari iluvislam bagi pengajaran bersama
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, October 24, 2012

susahnya bila mendapat sebuah kesenangan

sukarnya bila mendapat sebuah pujian
tanggunglah akibat fitnah
tanggunglah akibat dustanya.

itu dunia disini
entah mengaum atau berkokok
ragamnya sukar dituruti
sifatnya mudah lebur dan basi
biasnya dari telinga ke kaki

enak bukan berbahasa dusta
manis bukan rasa berdekah kepada si mangsa
rasa tuan pemilik masa adalah diri sendiri

jangan difikirkan anaknya tak besar
jangan diakalkan saudara maranya tiada didunia
rasa itu pasti balik kepada mereka
andai bukan diri pasti yang dicintai
sepatah kata biarlah berakal
seikat tawa biarlah jujur
selangkah hinaan biarlah bersempadan.
Teruskan Pembacaan...

Sunday, September 30, 2012

Salam Sejahtera serta selamat mengukir senyuman kepada penjawat awam serta golongan muda selepas
pembentangan bajet belanjawan 2013 petang kelmarin.

Diharapkan dengan perancangan bajet negara kita dapat mengurangkan jumlah defisit seperti anggaran.


Ok sebab tajuk bukan main penuh bermakna lagi,takkan nak bercerita mengenai bajet pula kan.

Balik kepada tajuk entri,ayat ini dicipta selepas berborak dengan rakan saya pada 2 jam yang lepas di sebuah warung tepi jalanraya di pekan.

Berbincang dan berbicara mengenai ramai rakan kami yang telah dan bakal mengikat tali pertunangan bersama dengan orang yang itakdirkan untuk hidup bersama mereka ke akhir hayat,insyaallah,Maka keluarlah satu cerita yang benar berlaku terhadap seorang rakan wanita kami.

umur sebaya dan tamat pengajian sarjana muda beliau pada tahun lepas.biarlah beliau dinamakan sebagai Nur Syafina Zulaikha,atau ringkasnya biarlah sebagai ika sahaja.Sedap nama samaran pun.

Beliau ketika bersekolah adalah menjadi pujaan beberapa jejaka yang lagak mereka mesti 'mat bunga'.Maklumlah budak budak baru nak naik biasa di setiap sekolah akan ada,cuma saya tidak reti dan tidak tahu nak bergaya seperti mereka.

Ika tamat pengajian hingga tingkatan enam,kemudian sambung ijazah dan seterusnya bekerja di pekan yang masih menjadi hometown kami bersama.Tiada rezeki lagi untuk berhijrah mungkin.Namun usaha tetap diteruskan untuk menjadikan diri kami semua satu langkah ke hadapan dari sekarang ini.Insyaallah.

Ika mengikat tali pertunangan ketika beliau hampir tamat pengajian ijazah.Alhamdulillah,tunangan adalah orang yang berdekatan dengan beliau,berbeza mungkin jarak yang tidak jauh sahaja.Khabarnya mereka berkawan lama.

Perwatakan Ika adalah seperti lakaran wanita di dalam iluvislam,panduanislam dan sebagainya lagi.RIngkasnya beliau adalah dambaan kepada makcik pakcik di kampung untuk menjadikan beliau sebagai menantu atau sebagai madu makcik di kampung.

Percakapan tutur bicaranya sangat disusun rapi serta berbudi bahasa dan sifat ramah yang tinggi.Bisa cair setiap jejaka yang melihat serta bersembang dengannya.

Ujian dugaan menimpa hubungan pertunangan mereka,si tunang ditangkap atas kesalahan terlibat dalam satu kes bunuh.

Dipenjarakan sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.Luluh hati si Ika,Menitis air mata taktala menerima dugaan yang sangat berat untuk dihadapi ini.

Beliau tabah dan redha serta masih setia walaupun tunangnya sedang bertarung dengan kebenaran di penjara dan mahkamah.

Hinaan,cacian serta perlian orang sekeliling dijamahnya hingga ke dasar hati.redha dan sabar.

Masa lapang beliau pada cuti,akan digunakan untuk melawat tunang tersayang.Masih tidak berubah hatinya.

Ramai jejaka yang merisik,namun pulang hampa,hingga cercaan yang timbul kepada beliau dan tunang.

Dalam masa itu,timbul seorang lelaki,berumur lingkungan 30 tahun,bersimpati dengan Ika,Ika keseorangan dalam menghadapi dunia luar,sedangkan tunangnya masih belum pasti jalan keluarnya.

Terumbang ambing Ika dalam meneruskan hidup seorang yang dijangkanya mungkin sementara,masa telah menjadi rahsia untuk tunangkan bebas.

Si Lelaki yang baik hati bersimpati ini adalah suami orang,bekerja di tempat yang sama.Ayatnya memukau Ika untuk berkawan dan meluahkan segala masalah yang menimpa beliau.Si lelaki ini menjadi rakan yang sangat mesra.

Dalam masa yang sama,Ika masih meneruskan pertunangan dan melawat seperti biasa tunangnya itu.

Dan masa yang sama juga,Ika semakin utuh dalam hubungan dengan si lelaki itu..Semakin hari semakin rapat.

Dari hanya membeli nasi bungkus,sarapan berubah kepada membawa keluar makan tengahari,minum petang.

Segalanya bersama.Hingga mengiringi pulang ke rumah selepas waktu bekerja tamat.

Hingga satu ketika,jatuh fitnah terhadap mereka berdua,kebenaran tidak pasti namun banyak mata telah menyaksi.

Ika dan si lelaki ini dilihat skandal yang penuh misteri.Terlalu rapat hingga seakan akan tiada rasa berdosa dalam perhubungan yang haram ini.si tunang tidak tahu apa apa di dalam tirai besi disana.

Ika dan lelaki ini semakin galak buas dan menjadi jadi dek kerna tiada yang dipedulikan mereka lagi.

Nasihat rakan rakan diendahkan,asal hati senang,jiwa dibelai itu sudah mencukupi untuk di yang masih muda ini.

Selepas sekian lama,tunangnya dibebaskan,

Ika mengurangkan aktiviti keluar,makan bersama dan sebagainya lagi dengan si lelaki ini,tapi entah berapa lama mampu bertahan

Beliau kembali ke sisi tunang,meneruskan hidup bersama,

Dan mungkin akan berkahwin hujung tahun ini.

Namun si lelaki masih bekerja di tempat yang sama dengan Ika lagi.Susah hendak tinggalkan rasa sayang yang ada...

Adakah mampu Ika berubah????

Adakah pembalasan akan berlaku selepas akad nikah Ika dengan tunangnya?...

Adakah Ika akan menceritakan segala-galanya kepada bakal suaminya sebelum pernikahan berlaku??

Adakah si lelaki ini akan menjauhkan diri dari Ika????..

 

Timbul berbagai persoalan..nantikan kesinambungan cerita ini...sekian.


Salam,

01:38 pagi

30 sept 2012
Teruskan Pembacaan...

Sunday, August 26, 2012

geleng kepala kiri dan kanan bila rasa gusar akan kehadiran satu persaingan yang tajam

gundah gulana sibuk meracau dalam kepala
hampa mungkin keputusan yang dibuat dengan menidakkan kebenaran.

tapi bagaimana mahu menentang persaingan itu
minda deras memikirkan cara,menghujankan pelbagai rancangan
hanya untuk satu,menundukkan persaingan itu

acapkali diberitakan tentang kehebatan persaingan,
tentang bagaimana angkuh persaingan itu
tentang bagaimana rakus persaingan itu
tentang bagaimana pantas persaingan itu
dalam mendapatkan hajat yang belum pernah dipuaskan oleh rasa nafsu

selangkah kebelakang diambil
berdiri dalam sedia seperti menanti musuh mendatangi diri
mengangkat tangan lalu berdoa

"moga perkahwinan mereka membawa kedua-duanya jalan ke surgaMu"

lalu pantas menjalani hidup seperti biasa
menghempas garam membersih luka
membakar bukti tanda rahsia bersama
membuka buku dengan tulisan pertama

kalah kepada persaingan
bukan erti lemah dan punya kekurangan
namun
kerna takdir jua jodoh ketentuan Illahi

kini menanti untuk menjadi pesaing atau juara
masa ketika jua takdir usaha menetapkannya.














salam aidilfitri -RK

Teruskan Pembacaan...

Monday, February 20, 2012

Sebaik sahaja Linda baring, dia mula merasakan otot-ototnya mula menegang. Linda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Linda bahkan semakin merapatinya.

Lelaki tersebut bertanyakan adakah Linda takut. Tetapi dengan berani Linda menggelengkan kepala. Jari- jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat Linda mengerang. Tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata Linda dan mahu Linda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi lelaki. Dia terus tersenyum dan Linda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Linda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Linda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin Linda merasakan tisu-tisunya koyak!.

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Lelaki tersebut merenung kepada Linda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?.

Mata Linda direnangi deagan airmata tetapi Linda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi Linda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian Linda merasakan sesuatu memancut dan lelaki itu mengeluarkannya dari Linda. Linda terbaring dengan wajah yang pucat. Lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Linda dan mengatakan Linda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Linda hanya tersenyum tawar. Ini juga adalah pengalaman pertama Linda.

Dengan senyuman yang tawar Linda pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, December 7, 2011

Salam dan Wohaa kepada semua pembaca budiman dan sentiasa mengetik laman blog RK.Musim kenduri kendara yang masih belum selesai ni,elok lah kiranya RK berbicara serta bermadah mesra berkenaan hubungan cinta dan perkahwinan yang dicipta oleh keluarga yang akhirnya akan mewujudkan pernikahan dan majlis perkahwinan.Seditik intro yang panjang lebar.Haha

Zaman ini,sedikit sebanyak macam kembali seperti zaman dahulu semula dimana anak anak gadis yang chumel berkahwin pada usia yang sangat muda,15,16 dan 17..Sungguh produktif la,tapi semua la ni dah pandai merancang,kahwin muda pun anak last2 ada dua saja..tak pun paling ramai 3..Kurang meriah la kan nak banding dengan dulu.Ya la,tak dinafikan faktor ekonomi telah menyebabkan kita merancang keluarga tanpa sedar.

Ok.Balik kepada topik.Sebenarnya RK berpendapat ketentuan jodoh yang dicari dan diatur oleh keluarga ni ada baik dan juga ada buruknya.Bergantung kepada anak teruna dan gadis tersebut.Kalau atur tapi bila berkahwin,semua perkara asyik nak berbalah dan ada ja yang tak kena,susah jugak.Last akan salahkan mak bapak pulak.Jadi akan jadi keburukan kepada semua pihak.

Jadi rasanya walaupun pihak keluarga atur,tapi jangan la sampai hari nak akad nikah baru jumpa kak,kena la juga keluar jumpa dan bersembang.Tak boleh ikut cara dulu sangat,nanti mau lari malam pertama,terkejut suami muka macam Aaron Aziz pulak.Haha.Yang lelaki takut terkencing bila tengok isteri muka macam Neelofa.Haha..Keluar date bahasa mudahnya,sembang apa yang patut dan cuba kenal lebih lanjut.Itu mempermudahkan lagi urusan yang diatur keluarga kita.

Kalau rasa tak boleh go on dengan hubungan tu,terus terang dengan keluarga.Jangan pendam pulak,nanti diri yang merana pula.Walaupun bagi alasan tak mau derhaka kat ibu bapa anda,tapi ini bukan cara yang terbaik.Jangan bajet sangat nak jadi anak yang mengikut kata,benda lain korang tak ikut pun.Haha.

Seterusnya,zaman ni ramai yang atur perkahwinan anak anak adalah sebab teruna dan dara sekarang ni banyak yang sibukkan diri dengan kerjaya masing-masing.Maklumlah,dapat kerja susah sekarang ni,nak naik pangkat lagi la payah kan.Loan belajar pula nak cover.So,mana la nak sempat jeling-jeling awek kat shopping complex,mana nak sempat p tasik bagi lelaki mai mengorat kan.Mostly masa abis kat kerja ja.

Jadi cara aturan oleh keluarga ni menjadi jalan penyelesaian kepada mereka yang sibuk bekerja.At least orang usaha gak untuk korang rasa nikmat dunia ada berumahtangga serta beranak pinak.Kalau tak,membujang sampai ke tua.Bosan nanti hidup sorang tau x..Susah pula saudara mara nak jaga korang.Better kahwin.Nanti anak anak dah besar senang.Tapi andai ditakdirkan hidup membujang selamanya,terima dan redha.Ketentuan Illahi kita tak dapat tangkis.

Kesimpulanya kakak dan abang sekalian,kalau keluarga atur,cuba kenali pasangan anda sebaiknya,sebab keluarga kita tahu apa yang terbaik.Kalau dapat yang tak baik tu,maknanya pasangan anda hipokrit la depan family anda.Yezza.Kalau tak mau keluarga atur,cepat-cepat cari calon,bawak balik tunjuk.Kalau tak diorang akan anggap korang tak laku dan akan tolong carikan..

Moga perjalanan dan pencarian jodoh anda berkesudahan dengan kebaikan dan kebahagiaan.Jumpa lagi. Selamat Malam.ZZZZZZZZzzzzzz


  * Tak Jeles Ke Bang..Keh3
Teruskan Pembacaan...

Friday, November 4, 2011



Pahit itu hilang dibadai ombak gembira.Lalu ia menjadi manis

Manis itu jatuh kedasar lara dek ditelan tarikan masam.

Masam itu terbang tinggi ke langit,kerna ditiup angin bahasa masin.

Masin itu kekal.abadi.di hati.

Kerana ianya himpunan Pahit,Manis dan Masam.

Hidup ini terlalu penuh dengan rasa.Namun,rasa itu semakin jauh menghilang dari emosi tanpa sesiapa pun sedar
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, November 2, 2011

Wahai Burung,Hari ini cukup setahun engkau dimiliki,
Wahai Burung,Hari ini dengan berat hati,dengan sulit jiwa,
Aku lepaskan engkau terbang,pergilah sejauh mana dan setinggi mana engkau mahu,
Terbanglah sepuas-puasnya diiringi dengan putihan awan,biruan langit,
Aku ucapkan terima kasih atas pemilikan yang sementara ini,

Ku imbas kembali kisah engkau dan aku burung,
Bagaimana engkau kumiliki,dan bagaimana engkau ku khianati,


Burung,engkau sangat menarik perhatian aku,
Burung,pada masa itu,engkau membuatkan aku berusaha memasang jerat,
Burung,pada masa itu,engkau membuatkan hati aku memberontak ingin memerangkap engkau untuk memasuki sangkar yang dibuat,
dan Burung,tahukah engkau pada masa itu,setiap masa aku memikirkan cara memiliki engkau,

Setelah berhempas pulas memasang jerat,bersiul manis untuk menarik perhatian engkau ke jerat,
Engkau akhirnya pasrah,
Engkau akhirnya termakan dengan siulan pujuk rayu yang aku buat,
Engkau berjaya aku tangkap,Lalu kumasukkan engkau ke dalam sangkar
Yang dibina indah sekali,Hanya engkau yang layak berada disitu,
Setiap hari engkau dibelai,Diberi makan semewahnya,Lirik mata aku tidak pernah berpindah ke burung yang lain,
Kau begitu rancak memberi respon menyukai tempat baru,tuan yang baru,
Setiap hari yang dilalui bersama engkau sangat bermakna dan penuh kenangan,

Namun,aku jua manusia,
Yang punya cabaran dugaan ujian,remuk dan
Aku lalai selepas engkau kumiliki,
Kerana aku sangka engkau akan terus berada dalam genggaman aku,
Ku percaya pada kesetiaan yang engkau beri,
lalu aku pun,tidak endahkan engkau,
Aku menumpukan pada hidup yang penuh sibuk hingga jelingan ke sangkar engkau pun hanya seminggu sekali,
Engkau aku abaikan,Engkau aku sisihkan.Sesekali engkau menggelupur meminta simpati aku perhati engkau,
namun masih tiada balasan dari aku.Tegar hati ini.Kerana yakin engkau hak aku selamanya,


Hingga pada satu malam,
Aku bermimpi yang engkau menangis mohon dilepaskan,kerana hanya jasad engkau berada di dalam sangkar itu,
Hati engkau,Jiwa engkau telah telah lama mati,
Hampir 3 malam mimpi itu menghantui aku,

Lalu,
DiKesiangan harinya,aku reda dan bertekad,aku menerima keputusan engkau,
Aku sedar diri ini tiada masa membelai engkau,
Aku sedar diri ini hanya menjanjikan perkara yang sementara,
Aku sedar langsung masa aku hanya untuk perkara yang lain,
Engkau aku singkir dari jadual masa aku.Kerana terlalu yakin engkau hak aku.

Aku putuskan keputusan ini,
Dengan minda dan hati yang terbuka,Dengan reda jodoh engkau dan aku tiada,
Aku lepaskan engkau hari ini jua,
Aku terbangkan engkau dimana tempat aku menjerat engkau,

Ku pohon,jangan sesekali terbang lagi disini,
Pergilah bina kehidupan sejauh mungkin,
Engkau sangat meninggalkan kenangan terindah padaku,

Burung,Engkau bebas,
Langit itu engkau yang punya,
Terbang dan carilah ketenangan serta kebahagian yang diimpikan,
Anggap kita bertemu untuk berpisah..


Terima Kasih Burung..

Teruskan Pembacaan...