Sunday, December 9, 2012
at
8:57 AM
Labels:
cinta,
hati,
penyakit hati,
terapi hati
Hassan Al Basri seorang ulama` terkemuka yang berasal dari basrah, Iraq melihat seorang pemuda datang kepada seorang doktor dan bertanya sesuatu. Katanya, Wahai doktor apakah tuan mempunyai resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa penyakit hati?, Doktor itu menjawab "Ada". Pemuda itu berkata lagi, tolong berikan resipinya dan doktor itu menyebut lapan resipi yang akan meleburkan dosa.
1. Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepada Allah
2. Jadikan taubat sebagai campurannya , lalu masukkan wadah redha atas semua ketentuan dan takdir Allah
3. Campurkan dengan campuran Qana`ah iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita
4. Jadikan taubat sebagai campurannya
5. Masukkan dalam kuali taqwa, tuangkan kedalamnya air rasa malu, lalu didihkan dengan api cinta
6. Kemudian masukkan kedalam adunan syukur
7. Serta keringkan dengan kipasan harap
8. Lalu akhirnya minumlah dengan senduk pujian
Jika saudara mampu melakukannya pasti saudara mampu mencegah penyakit dan pelbagai ujian sama ada di dunia atau akhirat. Selamat mencuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment