Showing posts with label hanis zalikha. Show all posts
Showing posts with label hanis zalikha. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Lembu-lembu a.k.a cow atau cattle seluruh dunia mesti pada masa sekarang tengah hidup dalam ketakutan,kegentaran dan muka masing-masing jadi masam.Nak makan pun xberapa nk lalu dan berselera dah kan.Sangat kasihan

Tuan empunya lembu ini pun sekarang ni la nak tunjuk pemilik paling mulia di muka bumi ini,memberi makanan melebihi jangkauan tekak si lembu,Memberi minum air pepsi dan coke supaya lembu ini gembira.

Namun,lembu-lembu ini semua boleh baca minda pemilik depa,awal-awal lagi reject makanan yang diberi,botol coke dan pepsi disepak camtu ja guna kaki kanan belakang.Wahahaha.Lembu sekarang dah reti mogok lapar.Tuan empunya fenin kepala sebab berat badan dah menurun,mau jual macam mana.Orang tengok pun dah macam lembu-lembu di negara miskin.

Teknik yang digunakan lembu ini dikira berjaya untuk sementara waktu.Tuan depa mengatakan bahawa giliran mereka pada tahun hadapan,jadi lembu ni pun bersorak sakan,dan masing-masing mula makan dan kutip semula botol coke dan pepsi yang disepak itu.

Masing-masing makan dan minum hingga puas.Akhirnya tertidur kekenyangan dalam kegembiraan.Esok pagi (tidur selama 6 jam)..Macam manusia lak.Haha..Bila diorang buka mata saja,tetiba nampak pemandangan atas jalan raya.Cantik dan indah melihat motor dan kereta.Semua bertepuk tampar ingatkan tuan mereka bawa berjalan-jalan dan mungkin ke SOGO..

Namun,setibanya ditempat yang disangka SOGO,masing-masing muka bertukar jadi macam Nora Elena yang menangis.Masing-masing telah reda..Umur mereka hanya sementara.Mereka hanya hidup pada waktu itu sahaja.Masing-masing berharap ditempatkan di Syurga kelak.Tempat yang dibawa adalah PUSAT SEMBELIHAN..Mereka akan dikorbankan untuk disedekahkan kepada Mangsa-Mangsa Kemiskinan di Somalia.Dalam kesedihan,mereka gembira,kerana akan mengenyangkan manusia yang kelaparan..Lalu,semua mereka senyum lembu ketika disembelih..

Selamat Menyambut AidilAdha.Semoga semua rombongan yang menunaikan haji dari seluruh dunia mendapat Haji yang MABRUR..AMINNNN
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, November 2, 2011

Wahai Burung,Hari ini cukup setahun engkau dimiliki,
Wahai Burung,Hari ini dengan berat hati,dengan sulit jiwa,
Aku lepaskan engkau terbang,pergilah sejauh mana dan setinggi mana engkau mahu,
Terbanglah sepuas-puasnya diiringi dengan putihan awan,biruan langit,
Aku ucapkan terima kasih atas pemilikan yang sementara ini,

Ku imbas kembali kisah engkau dan aku burung,
Bagaimana engkau kumiliki,dan bagaimana engkau ku khianati,


Burung,engkau sangat menarik perhatian aku,
Burung,pada masa itu,engkau membuatkan aku berusaha memasang jerat,
Burung,pada masa itu,engkau membuatkan hati aku memberontak ingin memerangkap engkau untuk memasuki sangkar yang dibuat,
dan Burung,tahukah engkau pada masa itu,setiap masa aku memikirkan cara memiliki engkau,

Setelah berhempas pulas memasang jerat,bersiul manis untuk menarik perhatian engkau ke jerat,
Engkau akhirnya pasrah,
Engkau akhirnya termakan dengan siulan pujuk rayu yang aku buat,
Engkau berjaya aku tangkap,Lalu kumasukkan engkau ke dalam sangkar
Yang dibina indah sekali,Hanya engkau yang layak berada disitu,
Setiap hari engkau dibelai,Diberi makan semewahnya,Lirik mata aku tidak pernah berpindah ke burung yang lain,
Kau begitu rancak memberi respon menyukai tempat baru,tuan yang baru,
Setiap hari yang dilalui bersama engkau sangat bermakna dan penuh kenangan,

Namun,aku jua manusia,
Yang punya cabaran dugaan ujian,remuk dan
Aku lalai selepas engkau kumiliki,
Kerana aku sangka engkau akan terus berada dalam genggaman aku,
Ku percaya pada kesetiaan yang engkau beri,
lalu aku pun,tidak endahkan engkau,
Aku menumpukan pada hidup yang penuh sibuk hingga jelingan ke sangkar engkau pun hanya seminggu sekali,
Engkau aku abaikan,Engkau aku sisihkan.Sesekali engkau menggelupur meminta simpati aku perhati engkau,
namun masih tiada balasan dari aku.Tegar hati ini.Kerana yakin engkau hak aku selamanya,


Hingga pada satu malam,
Aku bermimpi yang engkau menangis mohon dilepaskan,kerana hanya jasad engkau berada di dalam sangkar itu,
Hati engkau,Jiwa engkau telah telah lama mati,
Hampir 3 malam mimpi itu menghantui aku,

Lalu,
DiKesiangan harinya,aku reda dan bertekad,aku menerima keputusan engkau,
Aku sedar diri ini tiada masa membelai engkau,
Aku sedar diri ini hanya menjanjikan perkara yang sementara,
Aku sedar langsung masa aku hanya untuk perkara yang lain,
Engkau aku singkir dari jadual masa aku.Kerana terlalu yakin engkau hak aku.

Aku putuskan keputusan ini,
Dengan minda dan hati yang terbuka,Dengan reda jodoh engkau dan aku tiada,
Aku lepaskan engkau hari ini jua,
Aku terbangkan engkau dimana tempat aku menjerat engkau,

Ku pohon,jangan sesekali terbang lagi disini,
Pergilah bina kehidupan sejauh mungkin,
Engkau sangat meninggalkan kenangan terindah padaku,

Burung,Engkau bebas,
Langit itu engkau yang punya,
Terbang dan carilah ketenangan serta kebahagian yang diimpikan,
Anggap kita bertemu untuk berpisah..


Terima Kasih Burung..

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, November 1, 2011

As-salam,

Haa,sebok sungguh twitter,facebook,Google Plus n segala bagai lagi,semua pakat dok buat wish,dok buat status dok berdoa berharap segala bagai,siap ada yang happy bila ada orang ucap "i love u" pada tarikh keramat macam ni.

Kita semua ni tunggu tarikh yang cantek and kiut ja ka nak buat sesuatu benda yang romantik,serius,hebak dan perkara yang mustahil.Apsal hari lain xmau buat?..Tunggu pulak 11.11.11 ni,apa status dan doa korang nak buat ye dak..

Macam sampah ja penuh kat fb dan twitter.

#Tetiba suami ucap sayang kat isteri malam ni

#Tetiba kucing jadi periang malam ni

#Tetiba langit jadi cerah malam ni

#Tetiba sorang mamat approach awek malam ni,kul 12pm

#Tetiba makwe ajak pakwe buat seks malam ni (kenangan).tengkorak hgpa!

#Tetiba anak menangis bagai nak rak malam ni.

#Tetiba bergayut sampai pagi esok

#Tetiba study sampai takmau gerak p mana (walla).

Semua yang tetiba ni adalah berkait rapat dengan pemikiran yang dah set siap tarikh ni WAJIB buat sesuatu,PERLU tinggalkan sesuatu kenangan.Kalau macam tu boleh la percikkan sperm kat awek anda,pastu rekod 3gp,tajuk 1.11.11..Kenangan jugak tu..Holla.

####Buat la bacaan yassin,sembahyang hajat,istikharah kalau dah bajet malam ni gempak sangat tarikhnya..Panjatkan kesyukuran kat Illahi yang hg tu masih dipanjangkan umur untuk menjalani kehidupan pada tarikh macam ni!..

Chow bebeh.Salam

Teruskan Pembacaan...