Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak

Peluang Hadir Untuk Membersihkan Diri dan Dosa
Peluang Hadir Memenuhi Rukun Islam Kelima
Peluang Hadir Bagi Melihat Diri,Bagi Menzahir Keinsafan,Bagi Merintih Taubat Pada-Nya
Peluang Hadir Bagi Menitis Airmata Gembira,
Peluang Hadir Untuk Berdiri Disana Sangat Istimewa,
Peluang Menangis Sujud Pada Yang Esa Di Tempat Yang Mulia

Terima Kasih Ya Allah,Atas Kurniaan Rezeki Untuk Berada Di Tanah Suci,
Moga Engkau Menerima Taubat dan Penyesalan HambaMU yang Hina Ini,
Moga Haji Yang HambaMU Lakukan Ini Mendapat Haji Mabrur.AMin.

Selamat Menyambut Aidiladha,Selamat Pergi & Balik
Dan 
Berjaya Menunaikan Haji Dengan Sempurna Kepada Semua Rombongan Haji.

Takbir Berkumandang,
Menimbulkan Rasa Kesyahduan,
Meningkatkan Rasa Keinsafan.

Mari Insafi Kekhilafan Diri.


Teruskan Pembacaan...

Thursday, November 3, 2011

Salam,Selamat Aidiladha folks!

Ni ada lagi satu program yang boleh meramaikan jumlah follower dan rakan blogger kita.Rugi kalau anda semua tak mencuba.Peluang hanya diberikan sekali saja.Jadi mari kita pakat-pakat sertai.Mudah ja..


KLIK PADA BANNER DI BAWAH NI.

IKUT LANGKAH-LANGKAH MUDAH YANG DIBERIKAN BELIAU

TARIKH TUTUP : 20 NOVEMBER 2011

SELAMAT MENCUBA ! MOGA LEPAS NI RAMAI FOLLOWER KITA :D


Teruskan Pembacaan...

Lembu-lembu a.k.a cow atau cattle seluruh dunia mesti pada masa sekarang tengah hidup dalam ketakutan,kegentaran dan muka masing-masing jadi masam.Nak makan pun xberapa nk lalu dan berselera dah kan.Sangat kasihan

Tuan empunya lembu ini pun sekarang ni la nak tunjuk pemilik paling mulia di muka bumi ini,memberi makanan melebihi jangkauan tekak si lembu,Memberi minum air pepsi dan coke supaya lembu ini gembira.

Namun,lembu-lembu ini semua boleh baca minda pemilik depa,awal-awal lagi reject makanan yang diberi,botol coke dan pepsi disepak camtu ja guna kaki kanan belakang.Wahahaha.Lembu sekarang dah reti mogok lapar.Tuan empunya fenin kepala sebab berat badan dah menurun,mau jual macam mana.Orang tengok pun dah macam lembu-lembu di negara miskin.

Teknik yang digunakan lembu ini dikira berjaya untuk sementara waktu.Tuan depa mengatakan bahawa giliran mereka pada tahun hadapan,jadi lembu ni pun bersorak sakan,dan masing-masing mula makan dan kutip semula botol coke dan pepsi yang disepak itu.

Masing-masing makan dan minum hingga puas.Akhirnya tertidur kekenyangan dalam kegembiraan.Esok pagi (tidur selama 6 jam)..Macam manusia lak.Haha..Bila diorang buka mata saja,tetiba nampak pemandangan atas jalan raya.Cantik dan indah melihat motor dan kereta.Semua bertepuk tampar ingatkan tuan mereka bawa berjalan-jalan dan mungkin ke SOGO..

Namun,setibanya ditempat yang disangka SOGO,masing-masing muka bertukar jadi macam Nora Elena yang menangis.Masing-masing telah reda..Umur mereka hanya sementara.Mereka hanya hidup pada waktu itu sahaja.Masing-masing berharap ditempatkan di Syurga kelak.Tempat yang dibawa adalah PUSAT SEMBELIHAN..Mereka akan dikorbankan untuk disedekahkan kepada Mangsa-Mangsa Kemiskinan di Somalia.Dalam kesedihan,mereka gembira,kerana akan mengenyangkan manusia yang kelaparan..Lalu,semua mereka senyum lembu ketika disembelih..

Selamat Menyambut AidilAdha.Semoga semua rombongan yang menunaikan haji dari seluruh dunia mendapat Haji yang MABRUR..AMINNNN
Teruskan Pembacaan...