Monday, April 30, 2012



 Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu, Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu, Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh Teruskan Pembacaan...

Sunday, April 29, 2012

Selamat menunaikan umrah Encik Epul,


Doakan saya seperti gtalk sebentar tadi.

Ni gambar yang dihantar sebentar tadi.

Semoga anda dan keluarga  berada dalam keadaan sihat dan menyelesaikan ibadah umrah dengan sempurna.

Doakan supaya ana sampai ke sana.

Juga dikesempatan ini,jangan lupa bawak balik benda yang ana kirim..




Teruskan Pembacaan...


Teruskan Pembacaan...

Palestine...
Tanah mu bergolak lagi...
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam...
Zionist durjana

Palestine...
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita...
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya...
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia...
Menjadi duka Nestapa...

Palestine...
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionist durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya...
Meratap hiba... dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

Doa buat mu

Palestine...
Tiada apa yang dapat ku lakukan
Hanyalah doa sebagai senjata
Semoga Allah makbulkan
Jahanamkan Zionist durjana
Menitis air mataku menadah tangan pada mu
  

Ya Allah... Ya Rabbi...
Bergetar suaraku dalam nada sayu
Selamatkanlah Palestine...
Selamatkanlah hamba mu nan tidak berdosa
Dari mereka yang rakus membunuh dan menyiksa
Musnahkanlah Zionist durjana
Aman damailah Palestine...
Seperti dulu kala...
Tanpa perluru dan duka dan air mata - Fesbuk 

Segalanya hak DIA...

Wassalam... 
Teruskan Pembacaan...

Monday, April 23, 2012

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tajuk yang agak keras sedikit.maklumlah,semboyan pilihanraya umum bakal berbunyi sedikit masa lagi.jadi biarlah kita berpolitikus sikit.takkan nk biar Buletin Utama saja main politik ye dak.


semalam,rehalkayu diberi kesempatan nyawa dan tenaga untuk bergerak mengikuti ceramah anwar ibrahim,ir pahrolrazi dan juga nama apa tah tak ingat.minda tak ingat sebab lepas tu terpaksa tak tidur untuk cover final paper.


Ok.Apa yang menarik dan membinasakan pada ceramah beliau akan rehalkayu kupas disudut sisi pendangan peribadi terhadap berliau dan isu yang dibawa.Sejam tempoh syarahan beliau.sejam jugak rehalkayu perhati kiri kanan depan dan belakang.Mai kita buat point demi point lah.Lagi mudah paham kan.


1)Masa kakitangan rehalkayu sampai,ceramah telah bermula,sebab tengok bola kedah lawan kelantan.baru la nama pemain import macam tu.Ok tutup.Masa tu ir pahrolrazi tengah berucap.Adei,lagu gelombang dok tengah main plak time2 mcm ni.fuhh.syahdu.mau tulis bab cinta terus rasa hati ni.haha


2)Ok,ir pahrolrazi ni memang betul cakap dia.kami sebulat suara setuju.sejak pihak sekarang mengambilalih negeri kedah,banyak perubahan dan pelaksanaan dibuat secara berperingkat.banyak benda baru dibuat untuk kesenangan rakyat kedah.Kami percaya negeri ni aman sejahtera,biarpun makin banyak batu api ada.biar la berita pasal kemajuan negeri kedah tak masuk dalam buletin utama,tapi rakyat kedah sendiri tau apa yang berlaku.cuma nak terima atau tak tu terpulang la pada diri masing-masing.


3)Selesai ucapan beliau saat kereta rombongan anwar ibrahim sampai.orang ramai meluru laju kearah beliau untuk bersalaman.Tengok perut sama sambil salam tu.haha.Mai kita kupas apa isu yang beliau sampaikan dan adakah betul dari pandangan kami.


a) Pembukaan dengan ucapan bismillah serta protokol sebut nama sorang demi sorang yang kat atas pentas.biasa perkara ni.sambil dok dengar sambil tu jugak update kt twitter.


b)Isu pertama beliau adalah perkara penting sekarang ni.PTPTN.isu ni pun suka saya ulas sebab masih memegang status peminjam lagi.kekeke.Isu pemansuhan ptptn,isu demo #occupydataran oleh mahasiswa untuk menuntut pendidikan percuma.Entah janji atau umpan diberikan.Beliau katakan andai PR memerintah,ptptn hapus,dan yang telah bayar,satu jawatankuasa ditubuhkan untuk membayar semula sekiranya mereka dari golongan pendapatan rendah.Kalau kaya,burn macam tu la.Ini pendapat kami,kita cuba imbas kembali zaman sebelum adanya ptptn ni,bagaimana pendidikan diperoleh mereka pada zaman tu,kos yang ditanggung bagaimana dan berapa kerat yang dapat sambung pengajian ke peringkat tinggi.Bukan tak setuju pemansuhan,tapi kena fikir dulu sebelum janji manis dibuat.Apa kata kurang kan kos pendidikan,jadi kurangkan pinjaman serta batalkan caj segala bagai yang dikenakan kepada peminjam.itu lebih baik bukan.Tak perlu mansuh sebabnya,benda bila bagi free ni,macam tiada nilai,orang malaysia ni secara amnya kalau benda free mestilah depa buat tak tau ja kan.Ilmu tu berharga,jadi biarlah dia berada di suatu tempat yang susah digapai dan tak mudah diruntuh.Bayarlah untuk benda yang berkualiti bukan.Entah la kenapa mahasiswa ni cepat benar bertindak buat demo semua tu.entah-entah tiket bas p situ pun depa guna hasil ptptn kan.wallahualam..


c)Isu berkenaan dengan kapal selam scorpene.Pembelian melibatkan billion ringgit,menggunakan razak baginda dan altantuya.Hmm,mahkamah antarabangsa sedang melakukan tugas mereka,tidak molek rasanya mahkamah rehalkayu untuk menilai kerja pakar.haha


d)Wassatiyah.Cukup manis dengan secebis ayat alqyran berkaitan wassatiyah dibaca beliau.Menekankan supaya pihak disana tidak hanya menyebut tapi laksanakan.Dengan mengambil contoh beg birkin,jamuan hari lahir,majlis pertunangan dan sebagainya lagi.Beliau menyeru supaya kami menolak orang yang membazir duit rakyat.Kalau benar,setujuuuu....


e) Seterusnya isu hubungan beliau dengan Israel.Ini salah dan punca daripada Buletin Utama.Kurang minat dengan buletin ini,macam buletin satu parti saja.Apa kata andai bagi slot secara adil.kata kebebasan media,amalnya tak pun.Bagi la parti ni mengata,parti sana pula mempertahankan diri.baru adil.ini sebelah hentam,sebelah tak boleh buat apa.nasib kebebasan internet tidak dikawal.rakyat bijak sekarang.
Isunya adalah sebelah pihak hanya mentafsir dan menjatuhkan hukuman yg dia sokong israel berdasarkan potongan wawancara tersebut.Nak tau yang mana betul,tonton full interview tersebut dan korang fikirlah.akal logik.


Sudah lewat malam,bab politik tak boleh panjang lebar.lepas tu dia tutup ceramah dan kami pun pulang.Itu adalah isu utama dan yang lain tu korang check sendiri la kat youtube,kami ada rakam dan upload (tipu ja,hehe)..


















Teruskan Pembacaan...

Salam,


Sisa-sisa habuk pada blog ni disapu perlahan-lahan ketepi.Ringkas salam perkenalan.
Saat mata memandang ke televisyen,drama lakonan cinta antara nasir bilal khan dan
ida nerina sedang berlangsung,detik tangan untuk menulis,betah otak untuk merancang sesuatu idea untuk dimasukkan dalam blog.


ketika tulisan ini ditaip,masih belum punya tajuk yang sesuai.Mungkin ingin kisahkan kemana pergi sekian lama tanpa berita.Tak perlu huraian padu,cukup dengan sepatah dua.Ya,penulis agak padat jadual saat ketika bulan terakhir semester berjalan.Mempersiapkan diri untuk menikmati suka duka peperiksaan akhir.Lega.Petang tadi adalah paper yang terakhir.Moga keputusan cukup untuk meneruskan hidup dalam pengajian.


Hmm.Henti sebentar otak ni untuk mengeluarkan patah kata.Berusaha untuk mengingati
kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ni.Memori yang nipis tak dapat nak menampung segala ingatan yang ada.Tinggal sebagai sejarah.


Ok.Lepaskan kata-kata sastera.Mari kita ber 'hang','aku' dan 'depa'.


Cukuplah sebagai pengenalan pembukaan.Tanda masih wujud.


selamat malam.


rehalkayu
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, April 18, 2012

Akhirnya . .sambil2 sibuk untuk final exam,sambil2 sibuk membeli.haha















Senang-senang nanti add pin saya : check di twitter
Teruskan Pembacaan...

Thursday, April 5, 2012

Teruskan Pembacaan...

Wednesday, April 4, 2012

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-14 Malaysia, berasal daripada kesultanan Melayu tertua di dunia yang berusia hampir 1,000 tahun.

Dilahirkan pada 28 Nov 1927, Seri Paduka Baginda adalah anakanda ketiga kepada Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

Selepas kemangkatan ayahanda Baginda pada 15 Julai 1958, lulusan Oxford ini diisytiharkan sebagai Sultan Kedah dan kini adalah sultan keempat Kedah yang menduduki takhta selama lebih separuh abad, lebih tepat 53 tahun.

Di bawah sistem unik raja berperlembagaan di Malaysia di mana tugas ketua negara digilirkan di kalangan sembilan raja Melayu, Sultan Abdul Halim mencatatkan sejarah kerana muncul sebagai Agong buat kali kedua dalam riwayatnya.

Tuanku Abdul Halim pertama kali diisytharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima dari 23 Julai, 1970 hingga 21 Sept, 1975.

Seri Paduka Baginda juga memainkan peranan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pertama kali pada 1965 dan kali kedua pada 2006, lebih kurang empat dekad kemudian.

Juga, pada usia 84 tahun Baginda adalah kerabat diraja tertua ditabalkan sebagai Agong. Berbanding dengan Timbalan baginda, Sultan Kelantan Muhamad V, baru mencapai separuh usia Agong.

Bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid bukan satu-satunya raja bersemayam dalam lingkungan usia 80-an kerana pada masa sekarang, Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand dan Ratu Elizabeth dari England juga dalam lingkungan usia sebaya dengan baginda dan ketiga-tiga mereka telah bertakhta lebih separuh abad.       
 
    
DETIK-DETIK BERSEJARAH
    
Seri Paduka Baginda telah menyaksikan detik-detik bersejarah dalam tempoh tugas sebagai Agong kelima semasa negara baru pulih daripada kesan tragedi 13 Mei 1969 dan ancaman Komunis.

Dan mengenai peranan Baginda sebagai ketua negara, Tuanku Abdul Halim pernah dipetik bertitah; "Raja adalah penaung rakyat dan rakyat adalah tonggak raja".

Sehari selepas pertabalan, Baginda menyaksikan Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada bapa saudara Baginda, Tunku Abdul Rahman, ketua menteri dan bapa kemerdekaan.

Secara kebetulan, kali ini anak Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sebagai Perdana Menteri.
    
      
KEHIDUPAN PERIBADI DAN AWAM
    
Sultan Abdul Halim dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat dan berusaha tanpa mengenal penat lelah dalam menjaga kebajikan rakyat.

Pada Disember 2005 negeri jelapang padi Malaysia ini menyaksikan banjir terburuk, dengan Baginda menyatakan kebimbangannya akan nasib rakyat.

Sekali lagi, pada November 2010 apabila negeri itu dilanda banjir, Baginda turun padang untuk bertemu dengan rakyat di pusat-pusat pemindahan. Baginda menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM100,000 dan menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan fahaman dan berusaha bersama-sama untuk membantu rakyat membina semula kehidupan.

Secara peribadi, Sultan Abdul Halim bersifat lemah lembut orangnya dan komited dalam tugas sebagai ketua negeri. Baginda meminati bola sepak dan adalah peminat pasukan negeri Baginda.

Pada 2007, Baginda berjalan kaki sejauh dua kilometer ke stadium Batu Kawan di Pulau Pinang untuk menyaksikan pasukan negeri Baginda beraksi selepas kenderaan yang dinaiki rosak dalam perjalanan. Baginda juga meminati sukan golf.

Sebagai ketua negeri Islam, Baginda memainkan peranan penting dalam hal ehwal Islam Kedah.
    
    
KELUARGA BAGINDA
    
Seri Paduka mempunyai tiga puteri daripada isteri, Tuanku Bahiyah, kembar Datuk Seri Diraja Tunku Soraya dan Allahyarhamah Tunku Sarina serta Datuk Seri Puteri Intan Safinaz.

Tuanku Bahiyah yang merupakan anak kepada Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong pertama dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, pula mangkat pada 2003 dan Tuanku Haminah Hamidun kemudian diisytiharkan sebagai Sultanah Kedah.

Sementara Tuanku Abdul Halim bersemayam sebagai Agong, Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang terdiri daripada adinda baginda Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim akan mewakili sultan dalam urusan negeri.

Daulat Tuanku! dengan penuh hormat dan takzim rakyat Malaysia menyembah ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April ini.- Bernama
Teruskan Pembacaan...