Wednesday, March 30, 2011

Apa la bengong sangat manusia2 macam ni..Pada saat-sat orang jepun memerlukan bantuan,dia mudah2 ja nk claim duit untuk kesenangan dia..email ni aku rasa mesti ramai yang dapat.spam oh spam..


dateMon, Mar 28, 2011 at 11:30 AM
subjectJAPAN TSUNAMI SURVIVOR NOW IN MALAYSIA(PLEASE READ)
hide details Mar 28 (2 days ago)

Hello Sir/Madam

TO WHOM IT MAY CONCERN

Please kindly read and acknowledged my message by assisting my present situation that i am going through with my family at the moment.

i am sorry if my english not too perfect and understandable,because i was use is translator.

I am Masako Honda,60 yrs old, mother of 4 from FUKUOKA,Japan.
I believe the world is aware of the present Tsunami disaster and Earthquake happening in Japan that have wiped most everyone in the city.

I have lost everything,my husband,my two kids are still missing, i am now left with 2 kids, we are lucky that we are helped by Malaysia rescued forces in Japan who have helped so many victims and send us to Malaysia.

On arriving Malaysia we are assisted by a malaysia woman ( Mrs Zubaidah)for accommodation ,and provide us some little help.

please any form of assistance you can render will be more appreciated. incase of any donation or assistance you want to render please you can send through (mrs zubaidah) details below

NAME: ZUBAIDAH BT
CONTACT NUMBER:0172927793
MAYBANK ACCOUNT:114785089223
HONG LEONG ACCOUNT:19250107606

for any further information regarding your donation you can email me : masakohonda@yahoo.com

THANKS AND GOD BLESS YOU.... PLEASE NO DONATION IS TOO SMALL..........

Also here below is the Japan web-link if you have someone in Japan to contact of survival or missing people.
Teruskan Pembacaan...

Monday, March 28, 2011

Teruskan Pembacaan...

Teruskan Pembacaan...

Sunday, March 27, 2011

Blog ni blog cinta ka?..wow..soalan kawan aku.sebab byk entri aku letak adalah berkisarkan kisah cinta dan seangkatan dengannya..dan dua entri yang terbaru ini juga adalah berkisahkan cinta.

Sebab dua entri ni adalah kerna sahabat baik aku meluahkan kisah cintanya yang tragis,lebih tragis dari trilogi cinta yang main kt rtm tu..

Atas faktor simpati aku masukkan la entri ni nak bagi dia sedap ati ckit n untuk share ngan kawan2 yang lain.

Niat yang lain rasanya takdak la kot..

Ikhlas membantu dia dan juga berkongsi sama anda.. ~

nanti aku update dengan cita lawak la okay,maharaja lawak ka,raja lawak ka..best gak..tunggu ja la.. Teruskan Pembacaan...

Lama xberbicara kat blog ni disebabkan kesibukan menghadapi midterm yang memang sah-sah susah...wahaha..skang aku nk sharekan alasan mengapa single itu ROCKS!!!


1. Bebas dan berdikari
 Jika korang rasa nak kuaq p lepak kedai mamak tanpa perlu bgtau makwe,tengok bola dengan tenang,kuar lepak p karaoke,boling,snuker,pool,renang,jakuzi(ada ka)..tanpa ada kongkongan,silakan jadi single,huha huha dengan kawan-kawan anda sahaja..nak buat apa pon buatlah,dari subuh sampai maghrib pon,tadak sapa tanya ada kat mana,napa xmsj,napa lambat reply,napa xbawak kuar dia..ahaha.melainkan mak bapak anda yang cari anda dok kt mana..balik mandi..haha


2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Detik yang dikongsi bersama makwe p ke taman-taman bunga,p tengok wayang,p mlawat zoo,p dinner,p teman window shopping boleh digantikan dengan aktiviti mengeratkan hubungan bersama kengkawan anda.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Hubungan kekeluargaan anda akan menjadi lebih rapat bersama keluarga yakni ibu bapa,serta adik beradik yang lain,anda boleh membantu ayah anda cuci keta,tengok movie sama adik beradik,.Selain pada tu,anda akan rasa betapa banyaknya masa anda ada dalam 24jam tu.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
 Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara mc Korea ka.. dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya,kos bunga meningkat naik oo time2 ari spesel cmtu..better simpan buat beli aksesori keta..btol ka aku ckp ni??,..hahaha

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan makwe sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan girlfrend anda.


Perkongsian ini adalah sekadar suka-suka..Bukan disebabkan atas sebab orang xmau kat aku ka,org dh xsuka jatuh cinta ngan aku ka,ataupun aku nk balas dendam kt sapa2 ka..tiada kaitan ok,ni aku amik dr blog org len,edit dengan cara tersendiri,n sebagai single,sbb tu la aku share benda ni..

Kita sendiri rasa n ada instinct untuk tau bila masa yang kita betul2 sesuai untuk amik tanggungjawab berpasangan..sebab bagi aku kalau berpasangan n dh jadi makwe tu,better kita pikir untuk ke arah stage yang seterusnya bertunang then get married..Cinta lepas kawin tu kan indah orang cakap..haha.


wachaaaa!!

Teruskan Pembacaan...

Di faktab oleh Cob Nobbler:



"There is always hope" - Banksy.

Kita semua ada cerita duka. Kita semua selalu berharap. Saya selalu menganggap bahawa kerja mengharap ini adalah satu kerja sia-sia. Bak kata Mira Awek Chuck Taylor, hope is for the losers. Kata ibu saya, semakin kita berharap - semakin besar chances kita untuk gagal.

Saya lebih banyak belajar dari pengalaman saya - kepercayaan saya adalah berdasarkan apa yang saya alami. Jika sesuatu itu tidak kena serta absurd dalam fikiran saya itu kerana saya sendiri tidak mengalaminya. Hasil dari tabula rasa yang saya alami, selalu apa yang saya harapkan akan gagal. Pertama kali saya jatuh cinta dengan seorang gadis ketika saya berusia Darjah Lima. Sejauh pengalaman memori saya, ini adalah kali pertama saya jatuh cinta. Masa itu "adik" saya baru sahaja lepas digilotinkan setahun. Nama gadis itu ialah Nadirah. Dalam kotak pemikiran saya yang penuh dengan memori 'sandarkan pada kenangan' - (sebab itu saya sesuai jadi fan Liverpool FC - siapa nak power Sejarah SPM sila jadi fan Liverpool), dia adalah cinta hati saya yang pertama yang saya gagal.

Apabila hati saya berdetik - "i'm in love" - segala oxytocin dalam tubuh mengarahkan saya untuk bertindak seboleh mana untuk membuktikan saya cinta padanya. Dia mintak tolong saya belikan air kat kantin, saya beli. Saya tolong beratur untuknya di kantin. Saya bawak beg dia ketika nak pergi sekolah (sekolah saya SR Taman Cuepacs - boleh Google), naik bukit - dan saya pikul dua beg sekaligus. Dengan harapan saya dapat memenangi hatinya. Instead, budak lelaki yang bernama Hidzir yang tak payah pikul beg, tak payah beratur dan tak payah buat macam-macam - berjaya memenangi hatinya. First time harapan saya digagalkan oleh realiti.

Terdapat banyak lagi siri kegagalan saya. Cerita kisah cinta gagal saya jauh lebih epik dari Awek Chuck Taylor. Kalau anda mengatakan cerita Awek Chuck Taylor adalah epik sebab cerita tentang 8 orang kekasih, bahagian gagal lagi banyak agaknya. Kegagalan kedua yang saya ingat ialah nama Natasha. Dia ini saya minat dia ketika Tingkatan Empat. Sebagai seorang mat grunge, mat pelompat pagar sekolah kaki ponteng, kaki game, kami hisap rokok belakang kelas dan kaki ponteng ni, memang tak deserve nak dapat Natasha yang merupakan pengawas sekolah. But you know what? Saya sanggup jadi pengawas sekolah, masuk koir peringkat sekolah dan pertandingan teater peringkat daerah untuk dia nampak saya. Saya sanggup jadi stalker dan lukis gambar dia untuk dijadikan hadiah pada hari lahir. Apa saya dapat? Gagal lagi. Dia fall in love dengan member baik saya. The worst part dia maki saya - "kau kencing kat tempurung, kau tengok kat tempurung tu - macam tu la taraf muka kau". What an epic rejection.

Ye lah, kawan saya Shafiq memang betul. He gave me reality check to me. "Kau tu dah la selekeh, kaki ponteng kelas, muka penuh jerawat, badan gemuk, siapa nak kau? Natasha? Pergi matilah." - sampai sekarang saya ingat itu. Yeah,kita kena refer dengan reality kalau nak berharap sekalipun.

Then saya kenal Intan. My first girlfriend. How happy finally I got a girlfriend. Saya rasa self-esteem saya kembali meningkat selepas dihentam teruk oleh Natasha. Ini kerana dia suka lukisan komik saya, dan cinta berpaut dari situ. Demi Intan, saya sanggup belajar beratus-ratus jenis stroke lukisan kartun untuk upgrade lukisan saya. Demi Intan saya sanggup membeli buku Jepun beratus-ratus ringgit yang saya tak faham bahasa hanya nak tiru stroke. Begitulah kuatnya oxytocin saya menolak dalam badan untuk berkata, "to dare is to do". Untuk buktikan cinta saya - saya sanggup lakukan apa sahaja.

Tetapi dia lari dengan seorang anak Datuk. Ini kerana bila saya nak berjumpa dengan dia - saya sanggup berjalan dari Cheras Perdana ke Sungai Sekamat yang jaraknya hampir 10 kilometer ke rumahnya. Tapi baginya, kenapa nak balak yang berjalan sedangkan ada yang memiliki kereta?

Jadi saat 6 Ogos 2002 adalah saat paling gelap dalam hidup saya. Saya menjadi pesimistik dan saya enggan berharap. Pada hari itu saya harap saya tidak lagi hidup di dunia dan cuba menjadi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa sendiri. I failed because I'm not an angel of death. And I failed it miserably.

Banyak sekali kisah cinta hidup saya sehingga saya tak tau nak mulakan dari mana. Ini kerana apabila saya bercinta - saya menggunakan segala kudrat dan fikrah saya untuk membuatkan orang yang saya cinta itu nampak diri saya. I don't care if it's hurts. I don't care if it's suffocates and I don't care if I die. Asalkan dia nampak yang saya cintakan dia.

Banyak lagi kegagalan dalam bercinta dalam hidup saya. Awek pindah oversealah, awek kaki kikis lah, macam-macam. Semasa bersama dengan arwah Sherina Ellyana - satu harapan baru tercipta. Disinilah apa yang saya harapkan akan berbunga harapnya. Tetapi ia tak lama - 8 Julai 2007 dia meninggal dunia. Harapan yang besar seolah-olah seperti balang gelas yang dilambung dan terhempas pecah.

Dalam meniti kisah hidup yang panjang, banyak lagi cerita yang saya ingin tulis. Ada seorang tu saya sanggup dari Pulau Pinang turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak teman dia untuk makan tengah hari. Ada seorang tu saya sanggup berjalan dalam hujan ribut hanya untuk telefon dia okay ataupun tidak. Saya tak pernah kisah walaupun nyawa saya di hujung tanduk sekalipun. Ini bukan lirik lagu Bruno Mars by the way. Sebelum Bruno Mars terkenal saya dah buat tu semua.

Saya kenal awak dalam ruangan cyber ini. Sekali lagi oxytocin saya sekali lagi menolak saya. Setiap malam saya dilanda angau dan insomnia memikirkan awak. Menunggu awak reply BBM saya. Menanti bila nak reply Twitter. Dan saya rasa inilah yang saya rasa ketika ini. Tetapi, awak mengaku awak ada boyfriend. Sekali lagi another brick of the wall menghalang saya. Lamunan saya terhenti.

But here's another side of the story. Boyfriend awak suka tengking awak, suka maki awak dan suka merendahkan awak. Which bagi saya adalah satu nilai dosa dalam hidup saya. Saya menganggap emansipasi wanita adalah satu perkara yang maha penting dalam kemajuan manusia. Negara yang maju adalah negara yang menghargai wanita. Itu apa yang saya percaya. Itu apa yang saya pegang.

Minggu lepas, saya mahu bertemu seorang teman di Kudu. Dalam saya menaiki monorel dan saya berhenti di Stesen Medan Tuanku. Tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki,berusia awal 20an memaki hamun girlfriendnya di tepi stesen. Girlfriendnya hanya tunduk menahan malu dan saya terdengar tangisan itu. Bagi saya tangisan itu sangat mengilukan saya. Ikutkan hati saya rasa macam nak bagi penerajang Kyo Kusanagi je kat mamat tu. Punca kenapa girlfriend itu dimaki ialah kerana girlfriend itu salah beli tiket monorail - berhenti kat Bukit Bintang tapi girlfriend dia beli kat Imbi. Big deal - drop je la kat Bukit Bintang, apa problem? Kerana rugi seposen dah nak maki macam lancau?

Saya seumur hidup saya bercinta saya tak pernah maki girlfriend saya - tertinggi suara mungkin sebab mungkin kita tak dapat elak emosi kita. Tapi untuk memanggil girlfriend saya bodoh, bangang, bingai, babi, atau sundal(saya pernah dengar orang panggil girlfriend dia sundal bila terlampau marah), itu saya tak pernah buat. Dan mendengar boyfriend awak suka maki hamun awak, suka buat awak menangis dan kecewa, suka buat awak patah hati dan tertekan - saya tiba-tiba teringat kepada Knox Overstreet seorang lelaki dalam cerita puitis "Dead Poet Society". Do an overstreet? Should I do an overstreet?

Saya tahu ini adalah risiko. Hidup ini memang penuh dengan risiko. Ketika ibu saya nak melahirkan saya - saya ada risiko mati tersepit di rahim atau hidup. Semua orang ada risiko untuk mati semasa dilahirkan. Risiko untuk gagal atau berjaya. Sepanjang hari-hari ini saya memikirkan apakah saya patut overstreet sahaja dan kesatkan air mata awak yang berlinangan tu? Seperti yang awak cakap - "I want to be happy - but love always kills me". Yeah,love ALMOST KILL ME. Disebabkan oleh kerana kecewa dengan 1st ex-girlfriend saya hampir mencabut nyawa sendiri. Tapi one thing - walaupun apa yang dikatakan oleh Mira Awek Chuck Taylor, "hope is for the losers", tapi Banksy kata "there is always hope".

Melalui entry ini, saya akhirnya berani menyahut cabaran. Sama ada saya gagal ataupun berjaya - terpulang kepada keputusan awak. Saya hari ini mengatakan saya sayang kepada awak dan saya akan sanggup buat apa yang saya mampu demi awak. Saya tak tahu sejauh mana saya akan duga kemampuan saya ini demi awak. Jika saya gagal, saya tidak akan menyesal, sekurang-kurangnya saya dah mencuba. Dan kalau saya gagal, biarlah saya nikmati kegagalan ini seperti apa yang saya lalui selama ini. Lebih baik saya gagal dalam percubaan - dari gagal mencuba langsung.


Loving someone is nothing,
To be loved by someone is something,
But loving and to be loved is everything,
Would you be my everything?


Saya tidak melakukan janji-janji seorang YB, tapi sekiranya awak bersama saya, saya akan buat awak gembira - macam arwah Elly lakukan kepada saya. Through happy and hard times, through each and every moments - we cherish together - if you ever give me a chance.
Teruskan Pembacaan...

Friday, March 11, 2011

Tsunami berskala 8.8 ritcher telah melanda jepun pada awal tengah hari tadi..



Teruskan Pembacaan...

Thursday, March 10, 2011

urghhhhh.mengeluh panjang dulu sebelum bagi ucapan salam..
sibuk sungguh minggu ni samapi xsempat nk buka portal oum.aiyoo..pagi tadi masih lagi berdenyut kuat kepala,nasib makan ubat awal2,samapi ofis ja terus kena kerja luar,smpai 12 gak la..aiseyy..tengah2 panas camni pon kena dok luar g.apa punya nasib...ketika penulisan ini berjalan,aku bajet nak siapkan ketiga-tiga assignment la..tapi bila smpai ja satu assignment,cari source xjumpa,mula la malas makin meluap2..nk buka assignment yang lain pon jadi malas sebab satu dah tergendala.

Anyway,aku mau wish kt sapa2 yang bernama perempuan,wanita,anak dara,janda dan seangkatan dengannya sempena dengan hari wanita pada 8 mac 2011 yang lalu.sentiasalah ingat bahawa wanita ini diperlukan oleh lelaki dan sama seperti sebaliknya.daaaaaaaaaaaaa..sambung wat assignment Teruskan Pembacaan...

Wednesday, March 9, 2011

Entri kali aku nk bgtau bahawa dengan secara rasminya aku sedang mengalami migrain yg agak terok dan masih berada di ofis pada waktu ni.Start dari pagi tadi lagi lepas bangun tidoq,dan makin lama makin rasa kuat denyutan kt sebelah kiri kepala aku.

Mungkin faktor-faktor persekitaran yang effect boleh dapat migrain ni,sebelum ni xpenah pon aku sakit kepala macam ni,amat susah la nk sakit kepala terok2 atau migrain ni.

Beban tugas yang menimbun,study n exam lagi,cuaca panas..aku rasa sebab penyebab migrain adalah punca daripada otak yg dok jalan tanpa henti.

Skang ni nk wat kja apa pon kena slow2,ckap pon slow2..jalan ckit pon dh sakit gila..rasa cam nk tido ja. Teruskan Pembacaan...

Thursday, March 3, 2011

Kejadian ni panas g.Baru berlaku kat aku jam 1.45 tadi..Ketika aku berjalan2 sambil bersiul untuk ke surau..Aku memasuki tmpat berwuduk dan seterusnya masuk surau..Akan aku ternampak seorang hamba Allah sedang bersembahyang,lalu aku pun dengan yakinnya menepuk bahu dia dan meneruskan smbahyang zohor.

Namun apabila selesai,beliau memberitahu bahawa dia bersolat sunat..Sedangkan aku niat solat fardhu..Apakah perlu aku sembahyang semula? Adakah sembahyang aku tadi sah? banyak persoalan timbul..Tapi aku yakin yang solat aku ni sah.. Dan seterusnya naik semula untuk menggoogle..hasil nya..Sah!..Lihat jawapan dibawah..

Secebis ilmu untuk dikongsi bersama:

















Jumhur Ulama terdiri dari Malikiyyah, Hanafiyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak boleh orang yang solat fardu menjadi makmum kepada imam yang menunaikan solat sunat, sepertimana tidak boleh menunaikan solat fardu oleh Makmum dibelakang Imam yang solat fardu yang lain.

Pendapat Jumhur Ulama ini menyalahi dengan pendapat Syafiiyyah yang menyatakan harus bagi makmum yang menunaikan solat wajib mengikut imam yang menunaikan solat sunat.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pendapat Syafiiyyah ini, harus bagi makmum yang menunaikan solat Isya’ bahawa dia mengikut kepada Imam yang menunaikan solat sunat tarawih.

DALIL

Jumhur Ulama mengatakan tidak boleh itu berdasarkan kepada hadis bahawa Baginda SAW bersabda;

إنما جعل الإمام ليؤتم به فلا تختلفوا عليه

Maksudnya;
“Sesungguhnya Imam itu dilantik untuk diikut. Oleh itu, jangan kamu menyalahinya”

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Baginda SAW melarang makmum dari menyalahi imam. Bermaksud, kalau Imam solat sunat, sedang makmum solat wajib, ketika itu makmum telah menyalahi imam. Sedangkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi SAW menerusi hadis ini.

Adapun Syafiiyyah pula mengatakan harus Makmum solat wajib mengikut imam yang solat sunat adalah berdasarkan kepada hadis Muaz yang telah meriwayatkan hadis ini oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim. Iaitu hadis, dimana Muaz telah menunaikan solat dibelakang nabi SAW, kemudian apabila dia pulang kepada kaumnya, dia telah menjadi Imam kepada kaumnya. Perbuatan itu tidak dimarah oleh Baginda SAW.

Apa yang dapat dilihat dari hadis Muaz ini adalah, apabila Muaz sudah menunaikan solat dengan Nabi, bermakna Solat yang diimami oleh Muaz kepada kaumnya itu adalah solat ”ulangan”. Solat ulangan bukan lagi dikira sebagai wajib, bahkan sunat sahaja.

Apa yang dapat dilihat, walaupun Muaz menunaikan solat tersebut bersama kaumnya, sedangkan Baginda SAW mengetahui bahawa solat Muaz itu adalah sunat, disebabkan beliau telah menunaikan yang wajibnya bersama dengan Baginda. Dengan itu, perbuatan Muaz itu tidak dilarang oleh Nabi, menandakan bahawa, jika makmum menunaikan solat wajib dibelakang Imam yang solat sunat, hukumnya adalah harus.

MUNAQASHAH DALIL

Dari perbahasan kedua-dua pendapat ini, pihak syafiiyyah menjawab hujjah Jumhur dengan bahawa hadis yang menyebut bahawa tidak boleh menyalahi antara Imam dan makmum itu, bukanlah larangan perbezaan antara solat sunat dan solat fardu. Tetapi, larangan itu bermaksud tidak boleh berbeza ketika melakukan rukun-rukun solat, iaitu seperti Imam sedang sujud, sedangkan makmum sedang melakukan perbuatan rukuk.

Hal ini merujuk kepada sambungan hadis yang menyebut;

فإذا كبر فكبروا وإذا ركع فاركعوا وإذا قال سمع الله لمن حمده فقولوا : ربنا ولك الحمد وإذا سجد فاسجدوا وإذا صلى جالسا فصلوا جلوسا أجمعون

Maksudnya;
“Apabila Imam bertakbir, maka takbirlah. Apabila Imam rukuk, maka rukuklah. Apabila Imam berkata ”samiaallahu liman hamidah”, maka katakanlah ”rabbana wa laka al-hamd. Apabila Imam sujud, maka hendaklah kamu sujud. Apabila imam solat dalam keadaan duduk, maka hendak kamu solat dalam keadaan duduk seluruhnya”

PENUTUP

Dari kedua-dua pendapat ini, didapati hujjah dari pihak Syafiiiyyah lebih kuat berbanding dengan hujjah pihak Jumhur. Dengan itu, perdapat yang rajih adalah pendapat syafiiyyah.

Sekian

Wallahu ’Alam

Ulasan dari sumber :
www.islamonline.net/se...TheScholar
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, March 2, 2011

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....




Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima
Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku Teruskan Pembacaan...

Sepanjang 5 hari bermula ahad yang lalu,berkampung aku kat alor setar.
Xpayah cita la apa yang dibuat,tgk dan hayati ja la kt bawah ni..haha




















Connection id:          1
Current database:
Current user:           root@localhost
SSL:                    Not in use
Using delimiter:        ;
Server version:         5.5.9 MySQL Community Server (GPL)
Protocol version:       10
Connection:             localhost via TCP/IP
Server characterset:    latin1
Db     characterset:    latin1
Client characterset:    latin1
Conn.  characterset:    latin1
TCP port:               3308
Uptime:                 4 min 21 sec

Threads: 1  Questions: 4  Slow queries: 0  Opens: 33  Flush tables: 1  Open tabl
es: 26  Queries per second avg: 0.15
--------------
/*!40101 SET @OLD_CHARACTER_SET_CLIENT=@@CHARACTER_SET_CLIENT */;
/*!40101 SET @OLD_CHARACTER_SET_RESULTS=@@CHARACTER_SET_RESULTS */;
/*!40101 SET @OLD_COLLATION_CONNECTION=@@COLLATION_CONNECTION */;
/*!40101 SET NAMES utf8 */;
/*!40103 SET @OLD_TIME_ZONE=@@TIME_ZONE */;
/*!40103 SET TIME_ZONE='+00:00' */;
/*!40014 SET @OLD_UNIQUE_CHECKS=@@UNIQUE_CHECKS, UNIQUE_CHECKS=0 */;
/*!40014 SET @OLD_FOREIGN_KEY_CHECKS=@@FOREIGN_KEY_CHECKS, FOREIGN_KEY_CHECKS=0
*/;
/*!40101 SET @OLD_SQL_MODE=@@SQL_MODE, SQL_MODE='NO_AUTO_VALUE_ON_ZERO' */;
/*!40111 SET @OLD_SQL_NOTES=@@SQL_NOTES, SQL_NOTES=0 */;
mysqldump: Couldn't find table: "\" Teruskan Pembacaan...