Sunday, November 28, 2010

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu, Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis, Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi, Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Hanya jika dia sangat menyayangimu,

Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,

Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.

Tolong jangan mensia-siakannya.

Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,

Didepanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan kerana dia lemah

Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,

Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki….

Fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,

Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,

Hanya kau yang tahu jawabannya….

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,

Mungkin akan terlambat untuk berkata “MAAF”!!

 

p/s: Entri Khas untuk Anda >> Teruskan Pembacaan...

Bila Tuhan menciptakan wanita:


“Tuhan ciptakan bahu wanita, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Tuhan berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Tuhan berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Tuhan berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Tuhan berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Tuhan berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Tuhan berikan kepada wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Tuhan berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Teruskan Pembacaan...

Friday, November 26, 2010

Andainya sayapku digoncang angin

Kucari armada cintamu

Berteduh dan berlindung seketika

Sebelum kuterbang jauh

Kuingin singgah di pulau cahaya

Setelah bisikan bayu

Sakitnya luka biar kuredahi

Mengharap rahmat memayungi

Berderai hujan dan taufan lara

Tidakkan merubah tekadku

Yang dalam kurenangi yang tinggi kudaki

Tak henti kudoa padamu

Andainya gelita di pintu hari

Suluhkan laluan yang terang

Setelah jiwa ini berkelana

Kauizinku temu dirimu

Dikau yang mengasihi

Kurindu kauhadir ke mimpi

Kau yang satu

Pimpinlah mindaku hati ini

Hidup ini untukmu




Teruskan Pembacaan...

Thursday, November 25, 2010

- Kursus ICT & Geospatial 2010
- 22-24 November 2010
- Air Asia dari Penang Ke Kota Kinabalu
- Promenade Hotel,Kota Kinabalu


Beberapa tempat telah dikunjungi ketika berada di Negeri Di Bawah Bayu ini antaranya :

- Double Six Monument
- Ujana Rimba Tropika
- Kota Kinabalu City Mosque
- Tun Mustapha Tower
- 1Borneo Hypemall
- University Malaysia Sabah
- Handicraft/Philipines Market

Beberapa Perkara Yang Menghairankan

- Taxi agak mahal.Meter Mula dengan RM10.00. Semua taxi sama
- Makanan kebanyakan tawar/kurang garam tapi kuantiti nasi sangat banyak (Hidangan utk sorang tp macam untuk 3 orang)
- Mutiara/Brooch sangat murah
- Harga Makanan dan Minuman mahal dari Semenanjung

Gambar :





















Teruskan Pembacaan...

Sunday, November 21, 2010

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.


Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada siMama.

"sayang, abang nak lagi, yang".

"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?"



Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.

"Pit... dah tidur kau pit?."

"belum Papa... tengah baca buku."

"Sudah...esok saja, dah malam, tidur!!!!"



Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi.

"Pit.... dah tidur kau Pit?."

Belum...." Si Papa marah dan memukul si Apit.

"Disuruh tidur....tidurlah!!!" sehingga kening si Apit benjol.



Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol dikeningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit "Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja....ya." "Ya....cikgu". jawab si Apit.



Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.

"Sayang, abang nak lagi."

"Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum"

"Pit.....dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

"Apit....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya.



Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati,tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya.



Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.Tak lama kemudian dia dengar suara Papanya.

"Yang...abang nak keluar ni",

"Ya....bang kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak

"Apit nak ikutt..Apit nak ikuttt"



Esoknya....APIT BENJOL LAGI.... Teruskan Pembacaan...

Tuesday, November 16, 2010


 
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Nabi Ismail, selepas dari mimpi itu Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar, maka bermesyuaratlah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Berkata Siti Hajar: "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja!", tapi kalau mimpi itu merupakan wahyu maka haruslah dituruti". Apabila mendengar kata-kata ibunya maka berkatalah Ismail pada bapanya: "Ayahku, kalau ini merupakan wahyu dari Allah s.w.t. maka aku sedia merelakan diriku disembelih".


Apabila persetujuan dicapai, maka keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismai untuk disembelih, perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut, sehingga ada yang mengatakan,: "Nampaknya Nabi Ibrahim dah gila agaknya sebab hendak menyembelih anaknya sendiri, kalau kita biarkan perkara ini nanti kita pun dibunuhnya".

Walau apa pun perkataan orang terhadapnya namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai pada tempat yang dituju maka berkatalah anaknya: "Wahai ayahku, saya fikir cara yang baik untuk disembelih adalah dengan cara saya disembelih dalam keadaan menelengkup, tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam, dan ayah pukul supaya tepat pada leher saya".

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah s.w.t. perintahkan dalam mimpinya, beliau pun mengucapkan kalimah atas nama Allah, lalu memacungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka memerciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim, sebagai seorang manusia Nabi Ibrahim pun menggeletarlah Ibrahim membuka penutup matanya, maka terperanjatlah ia sambil mendoakan kepada Allah s.w.t. kerana yang disembelihnya itu bukanlah anaknya, tetapi Allah s.w.t. telah menukarkan kepada seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah s.w.t. maka kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi kekuatan sehingga mereka dapat melaksanakan amanat dari Allah s.w.t..

Sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim, ia sentiasa menangis, fikirannya bertambah runcing lagi disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya. Dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuji-muji nama Allah, makin lama makin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar menangkap suara itu dan pastilah ia suara itu tidak lain tidak bukan adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim. Lalu dengan segera ia mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memberi kekuatan kepadanya, sehingga ia membenarkan anaknya itu. Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim , tapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya. Siti Hajar adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan. Semua peristiwa ini Allah s.w.t. menerangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101-111.

p/s : Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1431H Teruskan Pembacaan...

Monday, November 15, 2010

~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~


Sempena Kedatangan Hari Raya AidilAdha Pada Hari Rabu ini Bersamaan 10 Zulhijjah 1431H,
17 November 2010 ini, Ingin saya berkongsi beberapa soalan dan jawapan yang mungkin dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada kita bersama.Insyaallah


Soalan 1: Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?
Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakna ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di lakukan jika berkemampuan.
Contoh;
Satu rumah menQURBAN satu bahagian sekurang-kurangnya bagi mereka yang berkemampuan.


Soalan 2: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban?

Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah:
1) Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

2) Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

3) Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

4) Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

5) Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

6) Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."


Soalan 3: Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?
Hukum – Sunat yang dituntut ( muakkad )


Soalan 4: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah aqiqah?

Berdasarkan kepada tafsiaran maksud hadith Rasullah – “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”

Soalan 5: Bolehkah saya mengaqiqahkan anak lelaki saya dengan seekor kambing atau sebahagian lembu sahaja?
Boleh mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing atau sebahagian lembu sahaja dan masih dianggap sah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan menyatakan bahawa Rasullah pernah mangaqiqahkan Hassan dan Hussin (cucu baginda) dengan seekor kambing seorang.

Soalan 6: Saya telah melaksanakan aqiqah seekor kambing untuk anak lelaki saya, bolehkah saya melaksanakan seekor lagi untuk mencukupkan dua ekor kambing?
Boleh dan sah mencukupkan seekor lagi kambing atau sebahagian lembu untuk anak lelaki tersebut.


Soalan 7: Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk anak saudara saya jika ibubapanya belum berkemampuan sedangkan saya lebih berkemampuan?
Boleh melaksanakan aqiqah untuk anak saudara mahupun cucu jika kita berkemampuan sedang ibubapa anak tersebut belum mengaqiqahkan anak tersebut.

Soalan 8: Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk diri saya sendiri jika belum diaqiqahkan sewaktu kecil dahulu?
Boleh melakukan aqiqah tersebut dan hukumnya harus.


Soalan 9: Jika saya tidak mempunyai masa dan sering sibuk, bolehkah saya mewakilkan pelaksanaan aqiqah kepada pihak ketiga?

Boleh dan hukumnya harus bagi kita untuk mewakilkan ibadah qurban mahupun aqiqah kepada pihak lain Teruskan Pembacaan...

Friday, November 12, 2010

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.


PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan

adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?

Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"

hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.

Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"

balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"

kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah

ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu

menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah

lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan

adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.

Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.

Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?

Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?

Dia perempuan.. Mana larat buat kerja yang berat-berat.

Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.

Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.

Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala

lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah

terlebih dulu.

Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang

dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu

memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar

mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring.

Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.

Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?

Mak nak buang air ke?

Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.

Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga

orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring

di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air

mata pasti bergenang.

Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan

tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya..

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari

rumah

untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga,

namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.


Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan

kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.

Amid meninggal dipanah petir.


Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke

kandang.

Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid

berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana

sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!
Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan

dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut

terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya.

Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang..

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua

menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,

tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.


Cerita Mek kepada saya.

ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan

peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia

melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.


Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat

Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah

Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun

berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi.. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu

semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.

Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak

kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.

Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan

itu, tapi saya tidak menemuinya..

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar

tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya

masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan

sebagainya,

tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya

kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup

menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,

pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya

akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang

berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat

seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)

dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;

(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;

dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

- Surah Luqman ayat 14. Teruskan Pembacaan...

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan pengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agres if kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* B adan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik Teruskan Pembacaan...

Selamat Pagi semua,

Hari ini overtime bertugas sebagai petugas banjir di bilik gerakan Kubang Pasu.Setakat informasi yang diperoleh sehingga petang semalam,ada lebih kurang 1684 mangsa lagi yang berada di pusat-pusat pemindahan sekitar Daerah Kubang Pasu.

KawasanTunjang paling ramai mangsa yang masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing lagi.
Syukur ada internet dalam bilik ni dan pada waktu ni hanya ada dua orang sahaja termasuk aku berjaga dan ditugaskan untuk menjaga talian elefon jika ada panggilan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk update status mangsa banjir kepada mereka.

Hampir masuk 2 minggu Bilik Gerakan ni beroperasi dan termasuk kali ni,aku dah 3 kali bertugas.Nama pun Berkhidmat Untuk Negara,jadi mau xmau kena juga bagi kerjasama dan perlu prihatin kepada mangsa banjir.

Dengan harapan gelombang banjir kedua seperti yang diwar-warkan tidak akan berlaku.Ini pun dah tersangat teruk.Sambutan Aidiladha di Kedah kali ni aku rasa sangat berlainan dengan tahun sebelum ini.Apa pun dah ketentuan dan ujian dari-Nya.Kita mesti sabar dalam menghadapi ujian yang diberi

Mata Mengantuk,Kepala Pusing dan memikirkan Assigmnent yang kena hantar 14 November ni,lagi bertambah kusut.

Jumaat dan Sabtu ni aku cuba habiskan masa di Kopitiam dan harap boleh selesaikan tugasan tersebut.Insyaallah. Teruskan Pembacaan...

Thursday, November 11, 2010

Setelah lama akhirnya dapat gak aku kuar merayau changlun dengan motor.Disebabkan punca kewangan menjadikan aku kembali ke dunia naik motor..wahaha.

Lega sikit la ni kedah dah x ujan dan ini menambahkan pengukuhan sektor kewangan diri sendiri dengan penyimpanan kereta di rumah sampai raya haji.Insyaallah

Disamping mau simpan duit terbang ke Sabah hujung bulan ni.Pheww >> Teruskan Pembacaan...

1.ORG YG TIDAK JUJUR

orang yg kalau kentut lalu menyalahkan org lain.


2.ORG BENGONG

orang yg menahan kentutnya sampai berjam-jam.


3.ORG BERWAWASAN 2020

orang yg tahu mase yg terbaik untuk kentut.


4.ORG SENGSARA

orang yg ingin kentut tapi tidak boler kentut.


5.ORG MISTERIUS

orang yg kalau kentut, orang lain tidak ada yg tahu.


6.ORG GUGUP

orang yg tiba-tiba terkentut bile disergah.


7.ORG YANG PERCAYE DIRI SENDIRI

org yg melepaskan kentutnye dengan bunyi yg amat lantang.


8.ORG SADIS

org yg kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.


9.ORG PEMALU

org yg kentut tidak berbunyi tetapi gusar org lain terbau kentutnya.

10.ORG STARTEGIK

org yg menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar org lain tidak dpt mendengar bunyi kentutnya.


11.ORG BODOH

org yg kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.


12.ORG PELIK

org yg boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.


13.ORG SOMBONG

org yg sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.


14.ORG RAMAH

org yang tidak kisah mencium kentut org lain.


15.ORG YG TIDAK SENANG BERGAUL

org yg suke kentut biler berkumpul dgn teman2.


16.ORG AKUATIK

org yg gemar kentut didalam air.


17.ORG ATLETIK

org kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.


18.ORG JUJUR

org yg mengaku kalau abis kentut.


19.ORG PINTAR

org yg menghuraikan kandungan bau kentut org lain.


20.ORG KELAKAR

org yg biler ketawa sambil terkentut.


21.ORG YG ROMANTIK

org yg kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.


22.ORG YG TIDAK SIHAT

org yg bile batuk dier akan terkentut.


23.ORG YG PANAS BARAN

org yg mudah marah bile terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.


p/s:Jadi Anda Manusia Yg Bercharacter Apakah??? Teruskan Pembacaan...

Malam itu bulan mengambang penuh


Sejuk dan sunyi

Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan

Namun jantungku berdebar kencang



Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya

Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau

Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja

Dialah yang pertama bagiku



Malam sudah hampir subuh

Aku masih terpaku lagi

Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku

Orang lain semua masih tidur

Kata orang inilah masa yang paling sesuai

Sebelum subuh

Sebelum matahari terbit



Ahhhhhhhhh!!

Aku lelaki

Aku mesti boleh melakukannya

Mesti mesti mesti

Ku beranikan diri

Ku pandang saja

Dia diam saja

Ku renung matanya

Dia masih diam

Aku tahu dia menunggu aku

Akulah yang mesti melakukan

Mesti mesti mesti



Denyutan jantungku bertambah kencang

Kuberanikan diri lagi

Ku pegang kepalanya

Dia masih diam

Perlahan, ku raba belakangnya

Oh! Dia bergerak

Mungkin geli

Denyutan jantungku tidak terkira lagi



Ku pandang punggungnya yang bulat

?besar? terlintas di fikiranku

gatal di hatiku makin menjadi

ku pegang punggungnya yang pejal

ku dengar deru nafasnya

jantungku hampir meletup kurasa

geramku tidak tertahan lagi

kini aku sudah nekad

ku pegang susunya

ohhhh! Alangkah lembutnya

alangkah halus kulitnya

ku ramas perlahan

dia menoleh!!

Hampir pengsan ku rasa

Namun aku tahu aku sudah bersedia

Dia tahu aku akan?..

Aku terus duduk

Aku sudah tidak malu lagi

Aku sudah tidak takut lagi

Aku kangkangkan kedua kakinya

Ku letakkan kedua tanganku pada susunya

Besar dan penuh

Ku ramas pelahan

Lagi dan lagi

Kini aku sudah tahu

Kini aku sudah rasa

Bagaimana seronoknya











MEMERAH SUSU LEMBU......



P/S:citer yg x bermoral...cian korang baca kan..kuang..kuang...kuang... Teruskan Pembacaan...

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa
la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.


p/s: Jangan fikir lebih-lebih :p Teruskan Pembacaan...

Wednesday, November 10, 2010

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab
kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba
menjawab "alapuan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami
saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata
"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar
encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di  rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..

ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA...."
 
 
p/s:MORAL....JGN SERBU tak tentu pasal!! Teruskan Pembacaan...

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

 Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh kedalam tasik.

Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua". Teruskan Pembacaan...

Tuesday, November 9, 2010

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....


Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"

Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"

lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."

Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."



******************************************************************



Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"





******************************************************************



JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa

membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"

Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"



************************************************************************



Buah Durian

===========



Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?" Teruskan Pembacaan...

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu

tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok

yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui

seekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya

melekat pada sebatang paku.



Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata

paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali

dibina.



Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan

terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa

bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk

akal.



Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama

10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku

itu!



Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa

yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian,

tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di

mulutnya.... AHHHH!



Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain

yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.



Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan

pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat

dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.



Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti

memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang

kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.



Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir

tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara

lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi,

akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak

peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap

dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.
















JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!! Teruskan Pembacaan...


Ya Allah,


Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkan hatiku untuk mereka.........



Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,

atas didikan mereka padaku dan

Pahala yang besar atas

kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau

kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,

jadikanlah itu semua penyebab susutnya

dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan

mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,

hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan

kebaikan berlipat ganda.



Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya,

maka izinkanlah aku memberisyafa'at untuk mereka,

sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat

kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,

ampunan-Mu sertarahmat-Mu..........



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia MahaAgung,

serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah

yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. Teruskan Pembacaan...

Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan hafiz. Semalam dia mengimamkan solat tarawih. Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum. Mereka yang lebih mengenali, lebih kagum.
Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya.

"Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula.."

"Hebat betul."

"Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum."

"Ayah tahu?"

Saya mengangguk.

"Dah tentu. kan ayah anak jati kampung ni."

Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai di kegelapan malam yang disinari cahaya purnama. Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya. Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.
"Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak memburuk-burukkan orang yang telah mati.." perlahan saya memulakan cerita.

"Kenapa begitu sekali ayah?"

"Pak Hamid terkenal di kampung ini sebagai orang yang buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tak pernah. Berjudi, minum arak dah jadi kebiasaannya."

"Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum, pakaian dan sekolahnya tidak terurus langsung..."

"Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukannya seperti sekarang?"

"Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan dan cabaran itu dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki."
"Ibunya macam mana?"

"Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang, itulah sebabnya Pak Hamid jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri."

"Sedih juga..."

"Kalau orang lain dah lama putus asa.Tapi Ramli tidak. Hasil keputusan cemerlang di sekolah rendah dia terus belajar ke sekolah asrama penuh Dan entah macam mana kaedah dia mampu meneruskan pencapaian akademik dan hafaz Quran sekaligus. hebat."

"Sekarang ni ayah, dah ramai yang menempuh sistem ini. Ada caranya."

"Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah Pak Hamid... dia meninggal tak lama selepas Ramli melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat..." saya sebak.
"Kenapa ayah?"

"Waktu Ramli pulang menjelang pengkebumian jenazah ayahnya dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar. Jenazahnya berat... berat dosalah. Macam-macam. sedih ayah rasakan, Ramli yang masih muda tu terpaksa menanggung kecaman di hari kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu..."

"Hai, datuk pun ada peranan dalam kisah ni?" Tanya anak saya.

"Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli untuk berjalan bersama dari tanah perkuburan. Ayah ada sekali."
"Apa kata datuk?"

"Ramli, kalau benar sayangkan ayah kamu... jadi anak yang soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di akhirat."

Anak saya terdiam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.

"Datuk kamu menyambung lagi...untuk harumkan kembali nama ayah kamu di dunia, belajar sungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam hidup. Insya Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikata-katakan orang pada hari ini."

"Macam mana reaksi Imam Ramli waktu itu?"

"Dia hanya mengesat airmata dan mengangguk-ngangguk."

"Hebat betul ayah, sekarang semuanya semacam menjadi realiti."

"Memang hebat. Anak yang baik daripada ayah yang sedemikian. Kamu bagaimana?"

"Saya bertuah... ada ayah!"

Saya terdiam. Terusik hati saya, adakah aku ayah yang baik?

"Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh... Dan tidak semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik menjadi anak yang soleh."

"Kenapa ya?"

"Itulah bukti keadilan Allah. Dosa dan pahala tidak boleh diwariskan. Setelah akil baligh setiap kita punya potensi sendiri, nak menjadi baik atau sebaliknya."

"Jadi, seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"

"Tak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang dididik secara baik, berpotensi besar menjadi anak yang soleh bila dewasa nanti. Tetapi, masih ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan program menjadi insan soleh. Jika program itu dipatuhinya, alhamdulillah. Jika menyimpang, dia terima akibatnya."

"Saya setuju dengan pandangan ayah. Inilah bukti keadilan Tuhan. Jika tidak... setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya tanpa berpeluang untuk mengubah keadaan dirinya."

"Ya, itulah yang dibuat oleh Imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah tiada..." semacam wasiat pula kata-kata saya.
**
Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri...kami sama-sama menziarahi pusara di pinggiran kampung. Saya lihat Imam Ramli duduk di tepi pusara ibu dan ayahnya. Saya dan anak duduk di tepi pusara insan yang paling kami sayangi... ayah saya, datuk anak saya. Lelaki yang pernah menasihati Imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh. Nasihatnya sangat memberi bekas ... saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Saya masih ingat dialog ayah dengan Imam Ramli belasan tahun yang lalu di kawasan perkuburan ini. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata ayah mengalir sewaktu meluahkan nasihatnya... Oh, mampukah saya seikhlas itu? Teruskan Pembacaan...

Monday, November 8, 2010

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.




Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain  namun dia sentiasa  mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali
kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti
hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


HARGAILAH…….. .. Teruskan Pembacaan...

Jangan diikutkan hati remajamu

kelak kau kan menyesal tak berkesudahan
menyesal kerana itu dan ini tidak kau buat
Jangan diikutkan gelodak jiwamu
hidup kesunyian yang diisi berpasang-pasangan
nanti kau terjebak ke kancah persimpangan
menjerat dirimu ke dalam perangkap yang kau ciptakan

Jangan diikutkan darah mudamu
panas membara terbakar hatimu
mahu mengubah itu dan ini
tanpa kau sedar dirimu itu perlu diubah

Jangan diikutkan nafsu syaitanmu
pandangan tanpan batasan
menjatuhkan akhlak merosakkan jiwa
memalingkan dirimu dari jalan yang lurus

Jangan diikutkan godaan temanmu
berfoya-foya berlebih-lebihan
kelak masamu dibaziri tanpa kemaslahatan

Jangan kau impikan terbang di awan
jika sayapmu masih kau simpan
sekalipun sayapmu kau kepakkan
belum tentu kau mampu berterbangan

Jangan kau impikan taman harapan
jika kau termenung merenung bulan
indah pada matamu sayang belum pasti
yang ada dapat di tangan kau kan senyum

Jangan kau impikan keputusan yang gemilang
kalau bukumu hanya dalam simpanan
cikgumu pula sekadar jadi perhiasan
dan temanmu jadi bahan bualan
Jangan kau impikan kesetiaan teman
jika hari ini dia kau permainkan
berilah bantuan tanpa perlu balasan
dan keikhlasanmu pasti mendapat berkat tuhan
Jangan kau impikan nikmat syurga
jika pada ibumu suara kau tinggikan,
pada ayahmu muka kau palingkan
mungkin kau telah dewasa
tapi dewasamu tak ke mana tanpa mereka

Semuanya ghalib?
remaja dengan rentak segala cepat
enggan lari segala persoalan
Hanya kewarasanmu yang dapat mengatasi segala jangan

p/s : Aku Pun Remaja Lagi >> Pedoman Bersama Teruskan Pembacaan...

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan

hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya

dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar Dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan Dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'.Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s: kepada yang berkenaan harap maaf dan ampun kerana anda memerlukan masa dan saya tiada masa mungkin ada hikmah disebalik keputusan yang kita capai.Mungkin dugaan dari-Nya untuk uji kita >
Teruskan Pembacaan...

Thursday, November 4, 2010

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

p/s: oleh itu hargai lah sahabat kita..........
antara kawan dan sahabat.....mereka adalah org yg berbeza..
Teruskan Pembacaan...