Monday, October 31, 2011

Tetengah malam ni tajuk pun jadi macam sial ja kan.Mood untuk memaki hamun sudah datang.Salam pon xmo bagi dah.haha.

Petang tadi,I jalan jalan di Pusat Membeli Belah a.k.a Shopping Complex

Nampak 4,5 couple,terlalu ramai untuk dinyatakan,dalam umur belasan tahun (MELAYU)

Dressing K-Pop.Peluk sana sini.Serius akhlak tahap cipan.

Diorang ni la yang akan mengeluarkan anak haram.Kemudian xmo ngaku.(tajuk ni gua kasik dalam speech time kursus lol,siap fakta lagi setiap minit berapa ramai anak haram terhasil - Fakta!)

Sebabnya mudah.

Sekarang ni,dunia terbuka.Payah gak kan bila teknologi melebihi manusia.

Pemberian notebook 1 Malaysia tu jugak punca.Yes.Napa?..Makin ramai la anak-anak muda kita,xkira felda atau kampung.Dapat akses blue percuma.Belajar dari situ cara buat anak.

Ok hang cakap bukan semua guna xbaik camtu..Ok aku cakap lak,daripada golongan sikit tadi,akan paste la url laman web youjizz,mimpimelekit,abghensem,hentai bla bla bla kepada golongan yang baik (sikit)..Dan hasilnya.Bertambah ramai.Benda seronok sapa tolak?..Gtau aku.Nak p kasik free lagi 5,6 bijik laptop

SKMM ni pun ntah kerja buat apa tatau.Korang ni xreti nak block benda macam ni ka.Atau korang kaki blue hurgh?.

Wey,kecian la kat anak-anak muda ni.Lahir ja dah terpampang gambar bogel kat laptop.Mudah sangat.

Kesian kat korang yer,muda-muda dah silap langkah.Dan satu g,hentikan la ayat klise yang salahkan mak bapak.Kurung anak dalam bilik pun xguna dah sekarang,cakap habis air liur pun xguna dah bila diorang belajar sendiri melalui internet.Semua ada.Ask google ja bai.

Chaloo.Tidur dalam keresahan memikirkan berapa ramai lagi anak haram sedang dihasilkan.

Teruskan Pembacaan...

Salam Sejahtera ke atas kamu juga saya.Selamat malam,kepada yang masih berjaga lagi tu,selamat membaca entri khas pada kali ini.Tetiba membincangkan pasal subjek saya pada semester ini.Izinkan saya menggunakan kata ganti diri sebagai "saya"..haha.Almaklumla,pelajar.Kena berhemah dan disegani ramai.Insyaallah.

Dok membelek buku modul sambil dihidangkan muzik sentimental dari lappy saya,playlist lagu Adele.Xda campur-campur dengan artis lain.Punya la mau fokus study sambil ambil semangat muzik alunan yang merdu.Tambah pulak dengan angin sepoi-sepoi yang kadang-kadang tidak berbahasa.Tambah lagi fokus pada nak tidur ja.Bukan study.Wahaha.

Ok,kembali kepada tajuk khas saya.Asyik dok membaca ja,sampai satu tajuk,yang dalam englishnya adalah "Barriers to Innovation".Nak saya jelaskan ka pasal inovasi?..Ok,short n sweet,wahahaha,inovasi tu adalah "findings way to deliver new or better goods or services"..Translate la sendiri kalau malas memikio.Salah satu point yang menarik saya untuk menulih pada malam hari ini adalah "Traditional Management Behaviour".Dalam point ini,mereka menyatakan bahawa had kreativiti kakitangan akan terhalang untuk ke arah inovasi sekiranya pihak pengurusan dikawal oleh kakitangan senior (makna kata lain,hampir bersara).Ini adalah kerana mereka (yang lama) akan meneruskan tradisi berfikir cara lama dan menolak untuk perubahan.Dan ini menyebabkan mereka menolak segala macam idea baru,hinggakan pekerja yang kreatif ini disingkirkan (dibiarkan) tanpa menggunakan kreativitinya ke arah organisasi yang cemerlang dan membentuk inovasi.Jangan sangkal yer,ini fakta.ngeh3 (berlagak sebab amik dari buku).

Panjang lebar bukan main.Ok,ini ringkasan dari ayat-ayat buku tadi.Untuk memudahkan pemahaman kita bersama.Sedikit nasihat jugak cadangan.Andai silap,jangan ikut.Wahhaha..

1) Yang lama,jangan angkuh,jangan cakap u saja betul.U jangan amik perkataan "kerja dah lama,kami tau la nak buat macam mana"..Pfffttt.WTF la kat orang macam ni.Cuba bagi peluang orang lain buat,dan compare dengan kerja yang korang dah buat beribu-ribu tahun tu.Yang mana mudah,senang,untung..>

2) Haish,saya macam beremosi,yes.Tapi abaikan.2nd point,Yang muda,jangan buat segala macam perubahan terlalu drastik.Amik masa sikit.Yes,tau la kita ni cepat bertindak dan aktif.Tapi,kena la tolak ansur sikit dengan yang senior.Diorang punya henjutan mana laju dah macam muda-muda dulu.Maaf,blue sikit.Tapi betul kan/?..hahaha

3) Untuk tetapkan apa-apa keputusan,adalah lebih baik,anda campurkan muda dan tua.Buat brainstorming.Pasti akan membuatkan bos anda senyum sinis.Maju organisasi.

4) Jangan pandang orang bawah ni sebelah mata.Setiap orang ada kelebihan dia dan woi,kelebihan xtengok pada bawah atau rendah darjat seseorang tu.Ada kurang,wajib ada lebih.sigh

5) Tolak ansur,kerjasama.Muda dan tua berganding bahu.Yang tua tu jangan la sampai takmau buat dan terlibat dengan apa-apa tah,tau la sehari dua g nak pencen.Tapi masih makan gaji lagi kan?..So amik berkat gaji tu la pakcik makcik sekalian.jangan makan gaji buta.Selagi dibayar,u have to give 100% performance.

6) Yang muda-muda,perlahan-lahan kita hapuskan birokrasi tua.Kita jalankan secara senyap dan teratur>>ngeh3..

Kalau korang semua menolak kepada perubahan,sampai bila-bila pun dok statik macam tu ja.Yang korang tau nak komplen sana,nak mengata sini,yang tu salah,yang ni xkena.Cari alasan menolak mudah dari memberi alasan menerima.Cari salah orang memang korang cemerlang.Cermin diri sendiri dulu sebelum mengerling kepada pihak lain!.

Untuk maju,berubah la.Bawak organisasi korang ke tahap yang lebih baik daripada yang ada sekarang ni.Jangan guna mesin taip dah yer..Maksud mendalam nih.haha.Yang muda,tunjukkan kita boleh memimpin yang tua hasil bimbingan orang tua jugak.See ya

Chalooo.Salam

Teruskan Pembacaan...

Saturday, October 29, 2011

Seronoknya jadi Stadium Shah Alam malam ni,untung berganda-ganda,seorang amik 50 hengget di darabkan dengan 40 ribu sudah la,jgn expect lebey2,sat g nganga mulut xbley nak tutup lak.40,000 x 50 = 2 juta?..

Nak sewa la nanti,nak buat Perhimpunan Bersiot 3.5.Tiket mo kasik murah saja,RM48 sorang..Keh3..Anyway tahniah kat FAM yang tetap dengan pendirian walaupun kena baling cat merah,portal kena hacked.

Biarkan,diorang tetap akan datang jugak kan.Tapi FAM jangan la marah kalau diorang bakar stadium lepas abis game nanti.Yer la,2 juta tu amik wat beli kerusi baru la nanti..haha

Tahniah kepada Hobin Jang Hobin yang memenangi Piala Malaysia 2 -1 Terengganu!

Tahniah kepada Azraai Khor yang dulunya memimpin pasukan Kedah dengan cemerlang.

fs: Meratapi kekalahan ditangan Arsengal.Kena 5 - 3

Teruskan Pembacaan...

Hello,Wassup dan Assalamualaikum.Disini adalah disertakan beberapa #TipsMengurat yang diperoleh daripada hashtag #tips mengurat dalam twitter,yang mana rasa bley pakai tu boleh la kita pakat-pakat amalkan ye dak?..Kalau yang dah praktis tapi xjalan-jalan gak,ambil maklum,langkah seribu la kawan.


Cik Senah Ronggeng
RT : never be yourself
»
dyla rosli
Go slow. Don't be too desperate.
»
Faizal Khalid
- Be yourself, only better.
»
Mohd Zulhelmie
don't be so quick to give up. until you get a straight up NO answer, continue being persistent but don't be pushy.
»
Muhammad Aliff
realistic. Takkan la minnie mouse nak dengan upin or ipin.
»
nadhira brundage
no one wants to be just an option.so don't make them feel like they are.
»
Cik Senah Ronggeng
Jangan membeli kalau mcm tu. RT : jangan jual murah dan jangan jual mahal..
»
»
andyhowtt
jangan jual murah dan jangan jual mahal..
»
Cik Senah Ronggeng
Huraikan terma 'annoying' RT : jangan biarkan pasangan anda annoying dengan anda
»
Wanoi Doherty
brings your dad expensive car on a date.
»
nadhira brundage
jual mahal.tapi jangan sampai terlalu mahal.
»
naif
RT : Just be urself. If he/she couldn't accept the real you, just move on to the next.
»
andyhowtt
jangan terlalu mengharap
»
andyhowtt
mulakan dengan kejujuran bukan pembohongan
»
Mohd Zulhelmie
tak payah mengurat. biar dia datang. dia tak datang? orang lain datang kan? tak payah nak memilih sangat.
»
nadhira brundage
takkan kemana kalau dah jodoh.jadi jangan sesekali gelojoh.
»
Hafiz
Ok macam style cepat cepat bagi tipss nak belajar ni (˘⌣˘)ε˘`)"
»
kaizen shinobi
haiii... agak2 bila kita boleh kapel?
»
kaizen shinobi
tolong check kan number I ni, x dapat masuk r orang call... [situasi pondok bas]
»
andyhowtt
jangan terburu-buru nnti nampak cam desprated sgt :p
»
andyhowtt
kenal dulu, kawan dulu, bila hati dah terpaut baru bercinta
 
 
fs: Kuntum Bukan Sebunga,Ekor Bukan Sekumbang
Teruskan Pembacaan...

Pak Karim dan Mak Ainul Mardiah (nama bukan maen) berkahwin sejak hampir 35 tahun yang lalu.Mereka dikurniakan 12 orang anak (produktif) dan masing-masing sekarang berumur diantara 20 hingga 35 tahun.Mereka semua telah berjaya,ada yang menjadi peguam,doktor,cikgu,pensyarah,pelajar dan segala bagai lagi yang cemerlang dan terbilang termasuk ustaz dan ustazah..Complete gitu.

Pak Karim di usia mudanya sangat havoc person,sangat playboy,sangat baran,sangat hitam,sangat tiada langsung yang baik-baik.Juga dia merupakan kaki tunggang,kaki langgang,serta kaki Danok (Thailand,ayam murah-murah beb)..Tiada langsung kebaikan yang diperoleh di kelopak mata Pak Karim.Entah apa yang membuatkan Mak Ainul Mardiah berkenan pun tak tahu lar.

Perkahwinan berjalan lancar,ada hadrah pada malam hari (zaman dulu punya parti).Perkahwinan itu macam orang lain juga,Pak Karim masih berperangai lama,masih mengunjungi Danok,menempah ayam-ayam muda lagi.Puas berusaha Mak Ainul Mardiah untuk merubah suaminya,hingga anak ke 12 masih belum mampu diubah.Tiap malam dia berdoa.

Namun,Pak Karim tidak pernah menampar,menempeleng,memaki hamun,setakat marah sikit-sikit ja,esok diam la.Makan,pakai Mak Ainul Mardiah diberikan secukupnya,zakat fitrah,zakat padi,zakat pendapatan segala bagai semua dibayarnya,kekadang diberikan hadiah kepada Mak Ainul Mardiah,kepada anak-anak yang berjaya di dalam pendidikan.

Hingga kini mereka masih bertahan,perkahwinan masih utuh walau diambang emas.Anak-anak semua bahagia,tanpa seorang pun mengikut jejak Pak Karim.Mereka menganggung kehidupan ibu bapa mereka dengan cemerlang.

Mak Ainul Mardiah dan Pak Karim masih kekal bahagia walaupun telah pencen,berkunjung ke rumah sanak saudara,pergi ke pasar bersama-sama.Kekadang ada jugak hari Pak Karim masuk ke Danok,melampiaskan nafsu kepada ayam muda.Hingga kini.

##Hebat kehidupan mereka..Ketahanan jiwa seorang perempuan,Keutuhan cinta kepada suaminya mengatasi segala-galanya.Mereka Bahagia!


Teruskan Pembacaan...

Tuesday, October 25, 2011

Salam,letakkan sedikit usaha untuk mencapai apa yang kita hajati,seperti kejayaan belajar,kejayaan menyunting anak dara orang,kejayaan dalam kerjaya,kejayaan dalam ibadah.Untuk menikmati segala bagai kejayaan ini,usaha walaupun sedikit adalah perlu.

Sebenarnya niat asal nak bercerita pasal cinta @ kegagalan dalam approach someone yang kita minat.Yes.Pengalaman sendiri ker bang?..Of coz la daripada pemerhatian adik manis oii.Kekadang malu nak mengaku sendiri,letak alasan macam ni la.ye dak?..

Ok.Fokus pada tajuk.Kalau kita minat seseorang itu,dan ada sedikit respon yang kita rasa bagai langit nak runtuh atas kepala kita ja bila dia kasik respon baik punya,lalu..Kita yang bajet orang nak ni la kan,mesti akan berusaha sedikit demi sedikit untuk menarik perhatian beliau untuk meminati kita dan akhirnya menjadi hak mutlak kita.

Tapi.Andai kita telah berusaha,aplikasi berbagai cara,cuma tak sampai tahap berbomoh ja kan,.iman tinggi lor.Kita akhirnya kena berserah dan tawakal serta redha jugak anggap,dia bukan jodoh kita.Kita harus menerima hakikat walau kita yakin dia itu jodoh kita.Banyak persamaan dan keserasian.Namun,takdir siapa berhak memindanya bukan?.

Objektif entri ini adalah untuk memotivasikan sesiapa yang gagal dalam mengayat gadis manis,atau diayat oleh balak ganteng bangat itu,agar jangan meletak harapan bak setinggi planet marikh.Usaha dulu,harapan letak tipis,tapi bergerak seiring dengan usaha.Baru betul.

kalau dia x suka akan kita,kita kena sedar dari respon yang diberi.Contoh,call xjawab,mesej xreply,fb buat xtau,twitter senyap,g+ diam menyepi..Dan kekadang dia ada namun bagi alasan yang minda kita fikir tidak munasabah,maka eloklah beredar daripada dia,kerna dia berusaha mengelak dan menjauhkan diri dari kita,serta dia tiada apa-apa hal pun dengan kita,hanya menganggap kita sebagai kacauganggu hidup yang hadir sementara dan bagi jenaka untuk dia ketawa apabila ada manusia yang berusaha untuk dia dan dia berjaya dalam pasaran yang dibina..(melalut sudah)..Senang cerita,jangan kacau kalau tiada respon.Hurghh.Tersirat sangat ayat kat atas ni.Kekeke

fs: Guna akal untuk menilai,jangan turutkan hati dan nafsu serta bajet yakin itu.Chaloo.

Teruskan Pembacaan...

Teruskan Pembacaan...

Monday, October 24, 2011

As-Salam.Kita diciptakan dalam pelbagai bentuk,dalam pelbagai rupa,dalam pelbagai cerita hidup.Setiap dari diri kita adalah berbeza antara satu sama lain walaupun kembar.Itu adalah fakta.Jesteru,dalam kita menghadapi hari hari yang mendatang,pelbagai jenis rintangan dan jutaan aturan hidup kita akan lalui,tempuhi secara berlainan antara satu sama lain.

Kita sebagai manusia ini sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup,bagi mengecapi nikmat dunia yang sementara ini dan juga agar tidak dijauhkan dengan nikmat akhirat.Namun,kerana kita ini mengejar kearah kesempurnaan,tanpa sedar kita telah dihambat oleh masa lalu,masa silam yang inginkan kesempurnaan itu tidak dicapai.

Andai kita tidak bersungguh-sungguh,maka hampa lah jawapannya,kesempurnaan itu meninggalkan kita hari demi hari dan semakin jauh serta sukar digapai.Kesempurnaan ini berada di dalam segala aspek,cuma kita sendiri boleh mengisi tempat kosong dimana ayat kesempurnaan ini diletakkan.

Oleh itu,mari kita berpesan sesama sendiri,supaya dalam keterujaan kita mencari kesempurnaan,kita pastikan bahawa masa silam kita tidak diulang.Hari ini tidak seperti semalam,esok tidak seperti kelmarin.

Ayuh anak muda,bangun menentang kejahilan politik (ada kaitan ka)..Chaloo

Teruskan Pembacaan...

Ha salam semua.selamat pagi,yang tengah bersarapan tu selamat bermakan-makan la ya.
Hari ini dirasakan entri-entri blog akan dipenuhi oleh warna merah,mungkin tangisan air mata penyokong tegar dek kalah teruk di rumah sendiri.

Ari ni stop blogwalking,menyampah tengok pakat dok update benda yang sama.Baca berita dekat premierleague sudah la wey.Yang xpenah tengok bola pun tetiba update dalam blog apasal.Cari traffik la tu.Wahahaha.

Lagi satu tragis,kematian Marco Simoncelli,di Litar Sepang.MotoGP tengah hari kelmari.Update pasal cerita ni pun bersepah di blog.Sehari dua ni pakat-pakat jadi pemberita pulak kan.kekeke

fs:Apasal Biru juga kalah.Walaupun tipis.


Teruskan Pembacaan...

Sunday, October 23, 2011

Arghh.Dengus sendirian ketika malam hampir melepaskan nafsu penatnya bagi menunggu siang bertandang,dalam fikiran terbayang-bayang dokumen yang dilekatkan pada pam di stesen minyak tadi.Rasanya di semua stesen minyak ada dilekatkan.

Yes.Harga berapa banyak kita kena bayar, dan berapa "mahal" pulak kerajaan terpaksa tanggung subsidi.Wey,otak penat lar nak melawan psikologi macam ni.Ramai akan lebur otak dek kerana nak berfikir sedalam mungkin pasal sebab musababnya psikologi ini dibuat.hurghh

Dan sekarang kita disogokkan dengan kedai 1 Malaysia..Sekarang ni barang-barang runcit dan restoran baru dilaksanakan.Pohon agar kedai 1 Malaysia ini dipanjangkan kepada kedai hardware,kedai jual alat ganti kenderaan,spa,butik pakaian,kedai kasut,kedai elektronik..Biar semua,dari atas sampai bawah,dari dalam sampai luar,kita 1 malaysia.baru best.

proton dan perodua jugak kena join kedai 1 Malaysia ni.Jual kereta pada harga mampu milik,jauh lebih murah dari kenderaan asing.

Dan yang paling baru,perang psikolgi ini akan diteruskan pada caj perubatan.Apa faedah?..Macam xikhlas ja orang kena bayar seringgit,tapi dalam bil tulis,patut bayar 200.Omaii.Pelik cara peperangan seperti ini,Yang sakit bertambah sakit,memikirkan cara mengatasi perang ini..Kita tunggu la pelaksanaannya,tadi dah keluar di berita bukan.

fs:...Apa lagi lepas ni yer.Harap dapat beli rim kereta 1 malaysia,nak beli tiket flight 1 malaysia.Maklumla,murah...
Teruskan Pembacaan...

Saturday, October 22, 2011

Woit.Salam,


Macam mana cara nak dapat feel menaip assignment?.


Bagaimana cara hendak melaksanakan tugasan secara berjadual?


Apakah punca-punca kemalasan melaksanakan tugasan?


Kenapa rasa kurang semangat apabila tiba masa siapkan tugasan?


Bahan semua telah disiap cari,penuh desktop.Tapi kenapa malas?


Jawapan : Tiada pembakar semangat.ekekeke.chow.t


fs: Bila hari bekerja,niat tunggu cuti nak siapkan,bila cuti,niat nak rehat,so sambung ari keja pulak.Dan begitulah seterusnya.Hingga tugasan siap.Last minute adalah jiwa saya,last minute adalah cikgu saya.Mari rehatkan minda,hilangkan lelah di jiwa.tidurrrrrr.Wassalam Teruskan Pembacaan...

Salam gadis-gadis comel diluar sana.Dengar,Faham,Hayati,Teliti.



Teruskan Pembacaan...

Tiada Kata-Kata Yang Banyak,Hanya Ucapan Selamat Tinggal.



Teruskan Pembacaan...

GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.

Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.

Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya




Teruskan Pembacaan...

Thursday, October 20, 2011

"Kalau kita nak jadi pokok yg tinggi....

 Bersedialah untuk ditiup angin....

Atau hanya cukup sekadar rumput di tanah ...
Tapi selalu dipijak orang??..."


Kita yang memilih dan menentukan kehidupan sendiri.Tepuk dada tanya selera

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, October 18, 2011

Hi guys,Salam.Sila jauhkan pemikiran anda daripada otak biru dan tolong tukar segera kepada warna pelangi apabila melihat kepada tajuk entri kali ini.Koyak koyak koyak..Apa yang koyak ya?.Mari-mari bertepuk tangan sambil meneka.Seluar koyak.Yes,Kejadian pagi tadi,usai melaksanakan tugas membongkok,zrapppp.Koyak seluar eden,mungkin usia yang bertambah membuatkan ianya kurang kukuh.Segera pulang menukar kepada yang lain.Sambil berfikir dan bersiul dalam kereta,terfikir untuk membuat satu perumpamaan berkenaan koyak seluar.Ia berkenaan masa,usia dan keutuhan yang mempengaruhi sebuah hati (xoxo).

Sebuah hati yang diterapkan dengan semulia akhlak apabila dibiarkan lama tanpa baja bagi menyuburkannya akan tinggal usang,umpama daun kering yang gugur pada dahan mati.Makin lama dibiarkan,makin berusaha hati tersebut mengikut jejak langkah nafsu yang akan menyensongkannya kepada dunia kesalahan atau dosa.

Manusia hanya penuh dengan cabaran dan dugaan hidup tanpa henti,itu kehidupan.Apabila hati ini semakin lama berada di jiwa seseorang hamba itu,makan pelbagai acuan yang dicoret mengikut perubahan hidup pemilik hati tersebut.Andai dilukakan hati itu,maka akan koyak,dan mengambil masa untuk dipulihkan.Beza sebelum koyak dan selepas pulih adalah sangat besar maknanya.

Tidak mungkin hati yang sebelum koyak akan menjadi seperti yang selepas dipulihkan bukan?.Ia memakan masa untuk mencari persamaan,mencuba membentuk acuan seperti sebelum koyakan terjadi.namun,ianya pula bergantung kepada keteguhan iman,kekuatan jasad dan rohani pemilik hati ini untuk berusaha meyakinkan hatinya sendiri.

Andai jiwa,jasadnya mudah pecah (fragile),pasti yang lama hanya tinggal kenangan,mula kisah hati yang baru.Lupakan tragedi parah yang lama,punca koyakan hati itu.Senyum pada waktu hati belum koyak tidak akan sama seperti hati yang baru pulih.Senyum tawar,senyum hipokrit.Bercakap sekadar mencukupi korum,memenuhi enak perbincangan.

Hati juga berkait dengan cinta (mari jiwang sebentar).

Bak kata ayat-ayat cinta la kan

"cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah."

Jadi hati kita ini kena dibersihkan sebaiknya,dijaga semulianya,agar dapat membendung koyakan dari terjadi,Ada manusia yang punya hati yang nipis,juga ada yang punya hati yang keras.Manusia itu berlainan sikapnya antara satu sama lain.Bagi mencipta kelainan hidup.Kalau sama,maknanya robot la kita bukan.

Tak kisahlah sama ada hati berkait pasal cinta,hati pasal kerja,hati pasal peribadi,hati pasal keagamaan.Namun,kita perlu jaga secantiknya,jangan biar ia mudah rapuh dan rosak yang akhirnya koyak rabak.nanti sukar untuk dipulihkan.

Suci hati kita dengan ketakwaan,serahan hati kepada-Nya andai tampak makin jauh,kembali semula.Pasti DIA ada untuk kita.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci kerana Allah.” (HR. At Tirmidzi)

Hati yang bersih mempengaruhi cara hidup kita.Namun hati yang telah koyak,sukar untuk kembali asal.Jaga hati bagi membolehkan hidup kita sentiasa dibawah limpahan keredhaan-Nya.

Chalooo..Balik.

Teruskan Pembacaan...

Sunday, October 16, 2011

If you want to count the faults of anyone else, 


count your own faults instead


Teruskan Pembacaan...

Saturday, October 15, 2011


Birds 17 580x580 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
ehem.. buat ape tu? haha

Birds 16 580x435 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
burung kuning yang comel icon smile Koleksi Gambar Burung burung yang Comel

Birds 15 580x486 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
burung ni sangat unik dan meruntun jiwa

Birds 14 580x386 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
haha tamak makan kacang yang lagi besar dari mulut dia

Birds 13 580x580 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
sebut AAAA

Birds 12 580x435 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
merenung masa depan

Birds 11 580x457 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
Warna burung ni sangat comel

Birds 10 580x386 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
bermadu asmara la plak haha

Birds 9 580x435 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
aku suka tengok burung ni haha jambul dia.. pergh

Birds 8 580x390 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
burung ni ada rupa macam angry birds haha

Birds 7 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
hahaha comel giler itik ni

Birds 6 580x284 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
hohoh comel je.. siap pimpin tangan

Birds 5 580x386 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
hoho siap halau binatang lain tak kasi makan pisang

Birds 4 580x398 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
tengh kongsi makan tikus bang?

Birds 3 580x311 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
dah dapat hidangan untuk hari ini hohoho

Birds 2 580x456 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
rupa dia macam burung dodo haha

Birds 1 580x401 Koleksi Gambar Burung burung yang Comel
Teruskan Pembacaan...