Saturday, October 29, 2011
Pak Karim dan Mak Ainul Mardiah (nama bukan maen) berkahwin sejak hampir 35 tahun yang lalu.Mereka dikurniakan 12 orang anak (produktif) dan masing-masing sekarang berumur diantara 20 hingga 35 tahun.Mereka semua telah berjaya,ada yang menjadi peguam,doktor,cikgu,pensyarah,pelajar dan segala bagai lagi yang cemerlang dan terbilang termasuk ustaz dan ustazah..Complete gitu.
Pak Karim di usia mudanya sangat havoc person,sangat playboy,sangat baran,sangat hitam,sangat tiada langsung yang baik-baik.Juga dia merupakan kaki tunggang,kaki langgang,serta kaki Danok (Thailand,ayam murah-murah beb)..Tiada langsung kebaikan yang diperoleh di kelopak mata Pak Karim.Entah apa yang membuatkan Mak Ainul Mardiah berkenan pun tak tahu lar.
Perkahwinan berjalan lancar,ada hadrah pada malam hari (zaman dulu punya parti).Perkahwinan itu macam orang lain juga,Pak Karim masih berperangai lama,masih mengunjungi Danok,menempah ayam-ayam muda lagi.Puas berusaha Mak Ainul Mardiah untuk merubah suaminya,hingga anak ke 12 masih belum mampu diubah.Tiap malam dia berdoa.
Namun,Pak Karim tidak pernah menampar,menempeleng,memaki hamun,setakat marah sikit-sikit ja,esok diam la.Makan,pakai Mak Ainul Mardiah diberikan secukupnya,zakat fitrah,zakat padi,zakat pendapatan segala bagai semua dibayarnya,kekadang diberikan hadiah kepada Mak Ainul Mardiah,kepada anak-anak yang berjaya di dalam pendidikan.
Hingga kini mereka masih bertahan,perkahwinan masih utuh walau diambang emas.Anak-anak semua bahagia,tanpa seorang pun mengikut jejak Pak Karim.Mereka menganggung kehidupan ibu bapa mereka dengan cemerlang.
Mak Ainul Mardiah dan Pak Karim masih kekal bahagia walaupun telah pencen,berkunjung ke rumah sanak saudara,pergi ke pasar bersama-sama.Kekadang ada jugak hari Pak Karim masuk ke Danok,melampiaskan nafsu kepada ayam muda.Hingga kini.
##Hebat kehidupan mereka..Ketahanan jiwa seorang perempuan,Keutuhan cinta kepada suaminya mengatasi segala-galanya.Mereka Bahagia!
0 comments:
Post a Comment