Saturday, December 31, 2011

Akhirnya dapat peluang tengok filem yang manusia Malaysia minat sampai 11 Juta ni
Not bad,Songlap lagi teruk.
Sinematografi yang sangat menarik.Mesti ramai lepas ni wat photoshoot kat situ.zzzzz.Tulisan tulisan terakhir 2011.












hahahahaha  Teruskan Pembacaan...

Thursday, December 29, 2011

2011 hampir dipenghujungnya
lembaran 2012 bakal dibuka
tulisan pada hari hari terakhir 2011..zzzzz Teruskan Pembacaan...

Friday, December 23, 2011

SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

-- BERNAMA

RK: Kesian kat anda,tapi tu la,lain kali bila dah pegang amanah rakyat,buat la secara amanah.Harap nama ja sebagai orang islam,tapi anda memilih cara salah untuk cepat kaya.Selamat hidup dalam penjara.


Teruskan Pembacaan...

PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan.

Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Dis ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di sini.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh Cuepacs ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.

Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.

"Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.

Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil Cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.

Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil Cuepacs akan hadir untuk memberi pandangan.

"Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, Cuepacs akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.

"Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.

Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.



-- BERNAMA

RK: Kenaikan Gaji hasil Pelarasan ke SBPA agak banyak..Boleh senyum sinis dan meletakkan beberapa tambahan lagi ke dalam azam tahun depan.HAHAHAHA.Terima Kasih Kerajaan Malaysia (Tiada Kaitan Politik).
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, December 21, 2011

Nami Island,KR

Acara Menjelajah Ke Seluruh Pulau

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, December 20, 2011

Teruskan Pembacaan...

Monday, December 19, 2011

Sembahyang 5 Waktu sehari semalam,itu asas kita sebagai orang islam.Namun,kita ni bertahun-tahun sembahyang,namun kita kurang arif dan kurang minat untuk mendalami maksud bacaan yang kita lontarkan setiap kali bersembahyang.Rugi bukan.Kita membaca menghafal setiap bacaan namun tiada pengertian mendalam maksud bacaan itu.Jesteru itu,sempena lembaran Hijrah baru yang bermula,eloklah kita sama-sama menikmati erti bacaan dalam sembahyang bagi menambah khusyuk kita.Amin


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Rahsia Solat:

1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Sumber : http://wanwma.com/agama/maksud-bacaan-dalam-solat/



Teruskan Pembacaan...

Nilai budi pekerti dilihat dari segi mana?.Pakaiannya kah,Ayat-Ayat yang keluar dari mulutnya kah atau itu hanya picisan benteng untuk menampakkannya baik dan dia berpegang teguh kepada Islam?.

Mulut pung pang pung pang cakap pasal akhlak anak muda,nak kuatkan ilmu anak muda dengan islamik,nak bimbing anak muda ke arah islamik agar tidak terpengaruh dengan gejala LBGT.Sesuai dengan cara pemakaian songkok tinggi dan Kemeja 1 Malaysia tu.

Semua ayat manis didengar dan bagus bila ada persatuan begini.Aware pasal gejala sosial.

Tapi,hujung kisah.

BAKAR KERTAS.TUNJUK PROTES.OK.(ISLAMNYA DIA)

Senyum Sinis.Tukar p CNN News. Teruskan Pembacaan...

PYONGYANG, Dec 19 (Bernama) -- North Korean state-run KCNA news agency announced Monday the country's leader Kim Jong-il passed away on Saturday at the age of 69.

The leader died of "great mental and physical strain" while in a train during a "field guidance tour on Saturday at 8.30 a.m (2330 GMT Friday)," China's Xinhua news agency cited KCNA news agency.

It is reported that the communist leader suffered from an advanced acute myocardinal infarction, complicated with a serious heart shock on the train.

His funeral will be held Dec 28 and the national mourning period extends until Dec 29, said the news agency.

Kim had received medical treatment for his cardiac and cerebrovascular diseases for a long period, KCNA said.

"Every possible first-aid measures was taken immediately, that failed to save the leader's life. An autopsy conducted on Sunday, which confirmed that he died of his diseases," the report said.

Kim is believed to have suffered a stroke in 2008. The communist country's "Dear Leader" - reputed to have had a taste for cigars, cognac and gourmet cuisine - was believed to have had diabetes and heart disease.

The son of Kim Il Song, the founder of the communist nation, Kim Jong Il had been in power since 1994 when his father died of a heart attack at age 82.

In September 2010, Kim Jong Il unveiled his third son, the twenty-something Kim Jong Un, as his successor, putting him in high-ranking posts.


-- BERNAMA

* Moga hubungan Korea Selatan dan Korea Utara bertambah baik selepas ini walaupun ketua Korea Utara adalah anaknya sendiri.Namun mungkin cara pemikiran yang berlainan.Kita tunggu dan lihat

Teruskan Pembacaan...

Sunday, December 18, 2011

Salam Malam,Sekarang ni sibuk di seluruh Malaysia berkenaan isu Ariff Alfian Rosli yang dilaporkan hilang 3 tahun lepas di Dublin,Ireland telah berkahwin dengan teman lelaki beliau,Jonathan.Mak Ayah dia ni dulu telah 8 kali pergi cari dia kat sana tapi tak jumpa.Sekarang ni Petronas kejar family dia untuk tuntut hutang dalam lingkungan RM800,000.00.

Dia ni pelajar cemerlang bekas tajaan depa dalam bidang Medic.Bukan dia yang ingin RK ceritakan,bukan dia RK ingin aibkan.Ramai RK tengok luar sana mengutuk dia (he deserves it la kan.haha)..tapi yang kesian hina mak ayah dia,kata tak reti didik pa semua.Korang tau ka hakikat sebenar kejadian isu ni bagaimana?..Dia bukan jadi Gay pada umur 15 tahun dan kebawah,dia ada akal yang cukup bijak untuk mentafsir baik dan buruk kan.RK juga percaya,dia dididik dengan ilmu agama oleh mak bapak dia ni.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”

(At-Tabrani dan al-Baihaqi)



Punca si Ariff jadi gay ni mungkin disebabkan oleh beberapa perkara tersebut:

1) Iman yang lemah.Well,tinggal kat oversea yang penduduk islam ada berapa kerat ja,jadi bila iman lemah,beliau mudah diresapi bisikan syaitan.Tiada bimbingan dan bantuan ketika syaitan meresapi minda beliau.Abis dan hancurlah iman dikuasai syaitan tersebut.Kalau dia sembahyang tak tinggal,mengaji al quran asyik khatam,dan semua pegangan agama n suruhan agama dia buat.Mesti tak jadi.

2)Stress dengan pengajian.Dengarnya bidang perubatan ni sangat sukar.Entah betul atau tidak.Jadi RK anggap beliau ni stress,nak cuba benda baru,nak cuba minat lain,cari benda yang boleh mengurangkan tekanan,dia pada masa itu,dia jumpa "ayat Being a Gay can release ur tension".Haha..Mungkin la kan.

3)Ada rakan yang menyayanginya melebihi seorang rakan.Disini maksudnya rakan lelaki layan dia lebih baik dan bagus dari perempuan hingga terbit rasa cinta dan sayang pada lelaki tersebut hingga dia alpa yang dia punya sebuah pedang.haha.Itu la bila orang cakap,cinta ni mengatasi segala-galanya.Dalam konteks ni,dia dah terjerumus lama dalam Gay,jadi nak buktikan kecintaan jadahnya ni,dia kahwin.

4)Akhlak dan Moral yang runtuh.Terjebak dengan rakan-rakan sial kat sana.tak reti pilih kawan,silap percaturan hidup.

5) Kena dump dengan makwe dia yang tinggal kat Malaysia.Terus berubah jadi gay (wahahha,tambahan ja ni)

Itu saja yang RK ada di minda pada masa sekarang ni.Walau sibuk dengan exam,tetap nak buat ulasan sebab dah penuh sangat TL dan Blog lain mengutuk memaki hamun beliau dan keluarga.

Pada RK.Jangan babitkan keluarga,mak ayah dia.Depa ni dah susah payah didik dia bagi jadi pandai.Mana depa tau nak anak depa ni nak jadi Gay.Kalau tak,konfirm diorang tak lepas ke luar negara.

Kepada Ariff Alfian Rosli (nama bukan main cantik lagi.).Ada masa,sementara dipanjangkan usia,diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan di atas muka bumi tuhan ini,sebelum terlewat dan sebelum bisikan malaikat ingin mencabut nyawa anda berkumandang,elok berTAUBAT.Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya.

TAUBAT TAUBAT dan TAUBAT..Kembali ke pangkal jalan dan ke pangkal keluarga.Bersihkan nama mak ayah anda,juga nama anda di MALAYSIA...Sebelum anda dilaknati,kembali lah ke jalan yang benar.pintu taubat masih terbuka.

Tidurrrr........Tiada gambar sebab menjaga aib seorang hamba Allah.Kita ni siapa nak menghukum dia ye dak?..Setiap manusia melakukan kesilapan dan kesilapan itu tidak sama jenis dan tahapnya.

Geli gila tengok gambar dia bercium..Nikmat ka camtu?..Pedang lawan Pedang.Tak cool langsung.Chooii ada la.Hahahaha




Teruskan Pembacaan...

Thursday, December 15, 2011

Salam,hari ni RK nak komen sikit pasal filem Songlap yang mula ditayangkan di semua pawagam tanahair bermula hari ni.Disebabkan exam habis dalam 2.30 petang,RK pun plan dengan member untuk keluar merayau ke AS Mall dan terus tuju ke pawagam.Kot ada cerita yang best,boleh gak buang masa sejam dua.

 

Songlap ada jam 4.15 petang,terus beli dan masuk room dia,time masuk tu pun wayang dan mula dalam 2,3 minit.Kesimpulannya,malas nak menaip banyak,pendapat yang RK bagi ni adalah peribadi,jadi kalau ada yang tak boleh masuk akal anda,abaikan dan sila beli tiket dan tonton sendiri.Wahahaha.

Kisah mengenai dua beradik,Ad n Am yang penuh dengan emosi dan kasih sayang yang boleh mengalirkan air hidung anda.

OK.Ni kesimpulan keseluruhan.

1) Lakonan mantap Shaheizy Sam dan gandingan dengan Shafie Naswip menjadi.

2) Sara Ali tu sapa,pelakon baru ka.Xbest,dialog sikit ja.Lakonan ok dan dia cun.Wahaha

3) Cerita ni pasal kekeluargaan dan isu penjualan bayi dan kerosakan akhlak remaja

4) RK nak gelak pun x,nak serius pun x tonton cerita ni.

5) SERIOUSLY out.macam kisah melayu drama,tadak apa yang best.Macam Cerekarama,Slot Akasia atau apa apa slot drama kat tv la mudah cerita.

6) Ending ntah apa-apa.ada Songlap 2 ka lepas ni?

7) Pelacur (Normah Damanhuri)- mantap..Hahaha.

Sapa yang belum tengok dan rasa nak letih kerja n nak berehat boleh p tonton cerita ni,sebab korang akan tidur dengan selesa dan nyaman sekali.

KESELURUHAN MARKAH,RK BAGI....>>>


 










TAHI BINTANG..OK la kan dari tiada bintang langsung :D
Teruskan Pembacaan...

Monday, December 12, 2011

KUALA LUMPUR (Dec 12, 2011): Tuanku Mizan Zainal Abidin and Tuanku Nur Zahirah returned to Terengganu at the end of His Majesty's reign as the 13th Yang di-Pertuan Agong in full royal tradition.

Tuanku Mizan, who was installed as the 13th Yang di-Pertuan Agong on April 26, 2007 for a five-year term, left Istana Negara at 11am.

The royal couple's departure was accompanied by the minister-in-attendance, Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek and his wife, Datin Seri Che Sharifah Ismail.

Also present were Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan and his wife, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin and Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said and his wife, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Earlier, the royal couple spent time to shake hands with all of the 500 staff of Istana Negara before proceeding to the Parliament Square for the official farewell ceremony.

Tuanku Mizan, who wore the official attire for the Head of State known as "muskat", also accorded an audience to Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

Muskat, the costume that originated from the old government of Muscat, which is now known as Oman, is made of black thread and sewn with gold-coloured embroidery in the form of the hibiscus flower, which is the Malaysian national flower.

Their Majesties left the Istana Negara in the official vehicle for the Yang di-Pertuan Agong, escorted by seven outriders and 12 sovereign escorts from the Royal Armoured Corps.

As they left the Istana Negara, Their Majesties passed by an Honour Guard mounted by members of the 6th Battalion Royal Ranger Regiment comprising three officers and 45 other ranks lead by Major Mohd Zaffar Ismail, while another group from the same regiment played the national anthem "Negara Ku".

The arrival of Tuanku Mizan and Tuanku Nur Zahirah at the Parliament Square was greeted by Najib and his wife as 20 members of the Second Regiment of the Royal Armoured Corps sounded the trumpets.

Their Majesties were then escorted to the dais, walking past an honour guard after which the Royal Malay Regiment Band led by Major Ahmad Muzaimi Mohd Ali played the national anthem.

At the same time, the personal colour of the Yang di-Pertuan Agong was raised followed by a 21-gun salute.

Tuanku Mizan later inspected the honour guard mounted by 103 officers and other ranks from the First Battalion, Royal Malay Regiment led by Lt Mohd Nor Azizan Yahya.

The national event proceeded with the recital of a prayer by the Federal Territory Mufti, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, which was then followed by the 'Royal Salute' and the playing of the national anthem.

Their Majesties then shook hands to bid farewell to the members of the Cabinet, heads of departments and foreign diplomats before proceeding to the Bunga Raya Complex, KL International Airport (KLIA).

Meanwhile, as the vehicle carrying Their Majesties passed Jalan Parlimen, the people from all walks of life including civil servants and private sector employees lined up both sides of the road to bid farewell to Tuanku Mizan and Tuanku Nur Zahirah.

Their Majesties' arrival at the Bunga Raya Complex, KLIA at 12.35pm was preceded by a procession in accordance with the rich traditions of the Malay Sultanate, with a decorated elephant leading the procession comprising 30
drummers and 300 escorts wearing traditional Malaysian costumes.

Upon arriving at the main gate of the complex, the royal couple were greeted by Najib and Rosmah, as well as Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim and his wife, Datin Seri Maznah Rais.

This was followed by a presentation, 'Daulat Tuanku', by members of the procession after which Wan Zahidi recited a prayer before Their Majesties boarded the aircraft which would take them back to Terengganu.

Cheers of "Daulat Tuanku" were uttered three times as everyone present waved to bid farewell to Their Majesties.

The special aircraft carrying the Royal couple took off from the KLIA at 1.15pm heading for the Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, has been chosen as the 14th Yang di-Pertuan Agong, while the Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V, 42, was chosen as the Deputy Yang di-Pertuan Agong.

This is the second time that Tuanku Abdul Halim was chosen as the Yang di-Pertuan Agong.

The first time was in 1970 for a five-year term from Sept 21, 1970 to Sept 20, 1975.

Tuanku Abdul Halim will attend the oath-taking ceremony as the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara tomorrow. – Bernama



Teruskan Pembacaan...

Saturday, December 10, 2011

Salam,RK nak kongsikan bersama anda semua mengenai cara-cara menunaikan solat sunat gerhana.Seeloknya kita buat berjemaah di masjid,dan kalau taknak pergi masjid,buat sorang kat rumah.

Gerhana ada dua iaitu

1. Gerhana matahari. Ia berlaku apabila bulan melindungi matahari.

2. Gerhana bulan. Ia belaku apabila bulan berada di dalam kawasan bayang bayang bumi.

*Apabila berlaku gerhana sama ada gerhana itu sebahagian sahaja atau keseluruhan disunatkan sembahyang bagi mereka yang bermukim, musafir, merdeka, hamba, lelaki dan perempuan.

*Sembahyang sunat gerhana adalah sunat muakad

*Masuk waktu sembahyang gerhana matahari dengan permulan melindungi bulan akan matahari. Habis waktunya dengan taida lagi permukaan matahari yang terlindung dengan bulan atau jatuh matahari dalam keadan gerhana.

*Masuk waktu sembahyang gerhana bulan dengan permulan masuk bayang bayang bumi pada bulan, dan habis waktunya dengan tiada lagi bayang bayang bumi pada permukaan bulan atau dengan naik matahari. Tidak habis waktunya dengan naik fajar atau jatuh bulan pada malam dalam keadan gerhana.

*Diketahui masuk waktu dan keluarnya dengan pengelihatan mata, tidak dengan perkataan ahli kaji bintang.

Cara melakukan sembahyang sunat gerhana

*Niat sembahyang sunat gerhana matahari
أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى

Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah تعالى

*Niat sembahyang sunat gerhana bulan
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى

Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaad kerana Allah تعالى

*Niat itu hendaklah didalam hati.

*Sekurang kurang sembahyang sunat gerhana seperti sembahyang sunat zuhur.

*Sekurang kurang sempurna hendaklah disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan tidak dipanjangkan bacaan padanya.

*Yang palig sempurna disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap rakaad.

*Cara yang paling sempurna hendalah seorang itu

1. takbiratul ihram berserta dengan niat,

2 baca doa iftitah,

3. baca أعوز بالله,

4. baca al-fatihah,

5. baca surah al-baqarah hinga selesai,

6. rukuk dengan membaca tasbih sekadar seratus ayat daripada surh al-baqarah,

7. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk,

8. baca fatihah,

9. baca surah ali Imran,

10. rukuk kali kedua dengan membaca tasbih sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah,

11. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk,

12. sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar seratus ayat daripada surah al-baqarah

13. duduk antara dua sujud serta baca bacaan antara dua sujud,

14. sujud yang kedua dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah,

15. berdiri pada rakaad kedua,

16. baca al-fatihah,

17. baca surah an-nisa hinga selesai,

18. rukuk dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh ayat daripada surah al-baqarah,

19. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk

20. baca fatihah

21. baca surah al-maidah

22. rukuk dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah,

23. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk

24. sujud dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh daripada surah al-baqarah,

25. dudu antara dua sujud dengan membaca bacaan diantara dua sujud,

26. sujud kedua dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah,

27. duduk bagi membaca tasyahud akhir,

28. memberi salam.

*sembahyang gerhana yang kurang akmal (sempurna) seperti ini juga, hanya pendekkan bacaan surah dan kurangkan tasbih pada rukuk dan sujud.

*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.

*setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi pada dua khutbah itu.

*hendaklah khatib menyuruh taubat, bersedekah, puasa dan lainnya.


RK dapat info ini dari : http://almalakawi.wordpress.com/2009/12/30/sembahyang-sunat-gerhana/

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan amalan kita terhadap Allah S.W.T..Takkan sentiasa saja nak berbicara bab cinta dan hiburan ye dak?. Teruskan Pembacaan...

Salam semua,esok pada 10 Disember 2011.bersamaan dengan 14 Muharran 1433 Hijrah,sebuah lagi sejarah pembikinan semesta bumi akan berlaku.Kejadian yang akan tersimpan dalam sejarah tamadun manusia,GERHANA BULAN.

Gerhana Bulan ini berlaku apabila Bulan dihalang untuk menerima cahaya matahari.Petang tadi ada tonton Al Kulliyah.Jadi sempat juga la curik ilmu untuk dikongsi dengan pembaca sekalian.Jadi selepas bermain main dengan google,RK jumpa info yang sesuai untuk dikongsi bersama anda.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.



Info ini diperoleh di http://www.falak-online.net/portalfalak/category/blog-tags/gerhana-bulan

Mari kita bersama-sama menyaksikan kejadian ini dan melakukan solat sunat gerhana,doa,munajat pada ketika dalam waktu kejadian gerhana ini..Menyusul adalah cara-cara melaksanakan solat sunat gerhana.
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, December 7, 2011

Salam dan Wohaa kepada semua pembaca budiman dan sentiasa mengetik laman blog RK.Musim kenduri kendara yang masih belum selesai ni,elok lah kiranya RK berbicara serta bermadah mesra berkenaan hubungan cinta dan perkahwinan yang dicipta oleh keluarga yang akhirnya akan mewujudkan pernikahan dan majlis perkahwinan.Seditik intro yang panjang lebar.Haha

Zaman ini,sedikit sebanyak macam kembali seperti zaman dahulu semula dimana anak anak gadis yang chumel berkahwin pada usia yang sangat muda,15,16 dan 17..Sungguh produktif la,tapi semua la ni dah pandai merancang,kahwin muda pun anak last2 ada dua saja..tak pun paling ramai 3..Kurang meriah la kan nak banding dengan dulu.Ya la,tak dinafikan faktor ekonomi telah menyebabkan kita merancang keluarga tanpa sedar.

Ok.Balik kepada topik.Sebenarnya RK berpendapat ketentuan jodoh yang dicari dan diatur oleh keluarga ni ada baik dan juga ada buruknya.Bergantung kepada anak teruna dan gadis tersebut.Kalau atur tapi bila berkahwin,semua perkara asyik nak berbalah dan ada ja yang tak kena,susah jugak.Last akan salahkan mak bapak pulak.Jadi akan jadi keburukan kepada semua pihak.

Jadi rasanya walaupun pihak keluarga atur,tapi jangan la sampai hari nak akad nikah baru jumpa kak,kena la juga keluar jumpa dan bersembang.Tak boleh ikut cara dulu sangat,nanti mau lari malam pertama,terkejut suami muka macam Aaron Aziz pulak.Haha.Yang lelaki takut terkencing bila tengok isteri muka macam Neelofa.Haha..Keluar date bahasa mudahnya,sembang apa yang patut dan cuba kenal lebih lanjut.Itu mempermudahkan lagi urusan yang diatur keluarga kita.

Kalau rasa tak boleh go on dengan hubungan tu,terus terang dengan keluarga.Jangan pendam pulak,nanti diri yang merana pula.Walaupun bagi alasan tak mau derhaka kat ibu bapa anda,tapi ini bukan cara yang terbaik.Jangan bajet sangat nak jadi anak yang mengikut kata,benda lain korang tak ikut pun.Haha.

Seterusnya,zaman ni ramai yang atur perkahwinan anak anak adalah sebab teruna dan dara sekarang ni banyak yang sibukkan diri dengan kerjaya masing-masing.Maklumlah,dapat kerja susah sekarang ni,nak naik pangkat lagi la payah kan.Loan belajar pula nak cover.So,mana la nak sempat jeling-jeling awek kat shopping complex,mana nak sempat p tasik bagi lelaki mai mengorat kan.Mostly masa abis kat kerja ja.

Jadi cara aturan oleh keluarga ni menjadi jalan penyelesaian kepada mereka yang sibuk bekerja.At least orang usaha gak untuk korang rasa nikmat dunia ada berumahtangga serta beranak pinak.Kalau tak,membujang sampai ke tua.Bosan nanti hidup sorang tau x..Susah pula saudara mara nak jaga korang.Better kahwin.Nanti anak anak dah besar senang.Tapi andai ditakdirkan hidup membujang selamanya,terima dan redha.Ketentuan Illahi kita tak dapat tangkis.

Kesimpulanya kakak dan abang sekalian,kalau keluarga atur,cuba kenali pasangan anda sebaiknya,sebab keluarga kita tahu apa yang terbaik.Kalau dapat yang tak baik tu,maknanya pasangan anda hipokrit la depan family anda.Yezza.Kalau tak mau keluarga atur,cepat-cepat cari calon,bawak balik tunjuk.Kalau tak diorang akan anggap korang tak laku dan akan tolong carikan..

Moga perjalanan dan pencarian jodoh anda berkesudahan dengan kebaikan dan kebahagiaan.Jumpa lagi. Selamat Malam.ZZZZZZZZzzzzzz


  * Tak Jeles Ke Bang..Keh3
Teruskan Pembacaan...



MANUSIA DICIPTA BUKAN UNTUK MENJADI ROBOT
Teruskan Pembacaan...

Saturday, December 3, 2011

senarai calon yang layak :

1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)

2. Karma (Faizal Tahir)

3. Penakut (Yuna)

4. Sedetik Lebih (Jaclyn Victor)

5. Awan Nano (Hafiz)

6. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)

7. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)

8. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)

9. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

10. Sungai Lui (Aizat)

11. Kisah Hati (Alyah)

12. Gadis Semasa (Yuna) Teruskan Pembacaan...

Thursday, December 1, 2011

Takziah kepada seluruh keluarga Rara ZIkry ataupun nama penuhnya Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry) atas pemergian insan yang mereka sayangi ini pada sekitar jam 8.30 malam tadi.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

RK pun hanya mengenali selepas membaca maklumat di internet dan Timeline Twitter yang penuh sarat dengan update tentang pemergiannya tadi.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai arwah gadis jelita ini,sila baca di laman berikut.Lama penderitaan yang arwah tanggung dan RK merasakan bahawa pemergiaannya ini adalah jalan terbaik setelah lama menanggung derita dan dugaan yang hebat ini pada usia yang sangat muda.

OHTIDAK

FACEBOOK RARA ZIKRY



AL-FATIHAH


Teruskan Pembacaan...

Pelajar yang mengambil peperiksaan PMR 2011 boleh menyemak keputusan PMR 2011 SMS.

Semak keputusan PMR 2011 online SMS: Taip PMR jarak ANGKA GILIRAN CALON dan hantarkan ke 15888

SELAMAT BERJAYA DALAM TEMPUHAN DUGAAN ACUAN HIDUP YANG KEDUA SELEPAS UPSR


Teruskan Pembacaan...