Monday, November 28, 2011

Salam semua,sejak malam semalam,blog RK ini rasanya bermasalah dan puas digodek coding dalam html tapi masih belum jumpa apa sebab boleh jadi macam ni.

Anda pernah hadapi perkara macam ni tak.Tolonglah ana.hoho..Bila setiap kali buka blog,akan terpapar pop up window daripada blog cik KINAH NAZARI ni.Kemudian browser akan 'hang' untuk beberapa saat dan akan muncul lagi berterusan hingga RK kena tutup blog ni.

Hingga ke saat ini,masih tiada jalan penyelesaian.TOLONG TOLONG TOLONG


Teruskan Pembacaan...

Saturday, November 26, 2011

Salam Sejahtera semua,Hari ini merupakan pengakhiran tahun 1432H,yang akan menjadi sebuah kenangan untuk simpanan arkib kita.Pahit dan Manis dipenuhi dalam coretan kisah kenangan.

Lembaran tahun baru Hijrah 1433H diharapkan menjadi bingkisan permulaan yang indah dan dengan penuh azam baru dapat dilaksanakan bermula esok.Moga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa ke jalan yang diredhaiNYA.

Moga tahun baru ini menjadi lebih baik meninggalkan kisah tahun lalu.Moga azam pada tahun baru ini menjadi lebih baik dan penuh usaha untuk menggapai azam tersebut menjadikannya realiti.

Doa Akhir tahun ini dibaca selepas waktu Asar dan Sebelum waktu Maghrib tiba


Doa Awal tahun ini dibaca selepas masuk waktu Maghrib



Moga tahun baru yang datang ini membuka ruang kepada kita dan menyedarkan kita bahawa kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah ini,kita masih diberi peluang untuk memohon keampunan bagi kehidupan yang lebih indah dan dibawah rahmatNya.

Tinggalkan segala keburukan tahun lalu,Bangkit dan mulakan kehidupan baru yang lebih penuh kebaikan harapnya.Amin.

Lakukan HIJRAH daripada keburukan kepada kebaikan.Syukur dengan detik masa yang masih diberi ini.

Teruskan Pembacaan...

Friday, November 25, 2011

RehalKayu Tak Dapat Update Lagi Entri Terbaru Buat Masa Sekarang Kerana Sibukkan Diri Dengan Membaca dan Menghafal Untuk Final Exam Bermula DISEMBER Ini.

Kita Berjumpa Selepas Tamat Exam

Moga Kita Masing Masing Cemerlang Dalam Setiap Yang Dilakukan.Aminn.

Doakan Kecemerlangan Kita Semua

Habuk La Blog ni :D




RK: Blogwalking mungkin akan dilakukan andai lapang
Teruskan Pembacaan...

Tuesday, November 22, 2011

JAKARTA, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-26 selepas menundukkan Indonesia 5-4 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh 90 minit.

Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam Isnin.

Dengan itu Malaysia mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA.

Gol yang memberi kemenangan kepada Malaysia dilakukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar selepas kedudukan terikat 4-4 sebelum itu.

Pemain tuan rumah Ferdinan Sinaga gagal menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Kekalahan ini memusnahkan harapan skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan untuk meraih pingat emas sejak 20 tahun lalu di mana kali terakhir Indonesia memperolehi emas adalah pada 1991.

Beraksi di hadapan lebih 100,000 lautan merah putih, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan gol lawan seawal minit keempat menerusi tandukan pemain pertahanan, Gunawan Dwi Cahayo.

Ia berpunca daripada sepakan sudut di sebelah kiri gawang negara yang diambil oleh pemain tengah Octovianus Maniani sebelum Gunawan mudah menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol tersebut menyaksikan penyokong tuan rumah bersorak girang dengan jaringan pembukaan itu.

Walaupun tertekan dengan jaringan awal tersebut, anak didik Ong Kim Swee jelas tidak mudah mengalah dan melajukan rentak dengan mengatur beberapa serangan menerusi gandingan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu, namun tagihan aksi negara masih belum panas.

Pada minit ke-16, skuad negara dikejutkan dengan jaringan kedua Indonesia namun pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang dianggap 'offside'.

Barisan pertahanan yang dilihat longgar memudahkan Octovianus Maniani melorongkan bola kepada Titus, pemain kelahiran Papua New Guinea itu.

Kesungguhan Malaysia dapat dilihat apabila banyak peluang negara terhidang. Malah kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Aksi trio penyerang sensasi tuan rumah Octovianus, Patrich Wanggai dan Titus sering kali cuba menguji penjaga gawang Malaysia menerusi percubaan jarak jauh dan gerakan serang balas dan Khairul Fahmi nyata lebih bekerja keras pada malam ini.

Asraruddin Putra Omar berjaya memecah kebuntuan penyamaan gol pada minit ke-33 menerusi tandukannya yang mudah membolosi gawang, lawan hasil hantaran cantik daripada Baddrol di luar kotak penalti.

Terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Khairul Fahmi dan pemain pertahanan perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia ketandusan idea, Kim Swee memasukkan Muhd Nazmi Faiz Mansor bagi menggantikan K. Gurusamy pada minit ke-77 dan Yong Kuong Yong menggantikan Thamil Arasu selang tiga minit kemudian.

Ini ternyata merupakan percaturan yang baik di mana Muhd Nazmi dan Yong bersama Mohd Irfan serta Baddrol banyak mengucar-kacirkan barisan belakang Indonesia yang dilihat kian goyang.

Baddrol yang juga merupakan perancang utama skuad negara hampir menambah gol hasil sepakan percuma kaki kanannya namun percubaan tersebut sedikit tersasar hingga menggusarkan Kurnia. Permainan yang terikat seri 1-1 dipaksa berlarutan kepada 120 minit masa tambahan memaksa kedua-dua pasukan rancak menyerang balas namun masih tiada penyudah yang berkesan oleh kedua-dua negara hinggalah terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada negara.

Octovianus dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawana malam ini.

Sementara itu penentuan pingat gangsa menyaksikan Myanmar membelasah naib juara edisi 2009, Vietnam 4-1 pada aksi sebelum perlawanan Malaysia-Indonesia di stadium yang sama.

-- BERNAMA

Teruskan Pembacaan...

Sunday, November 20, 2011

Malas Untuk Menulis,
Masih Mencari Semangat Itu Yang Semakin Jauh Hilang,
Perlukan Sebuah Awan Yang Redup dan Tenang,
Bagi Mengiringi Tulisan Kenangan di Negara Winter Sonata,

Harap Anda Bersabar.
Tiada Idea,Minda Kosong,Otak Liar Memikirkan Bahan.
Gambar Ribuan Yang Diambil Masih Belum Lihat Keseluruhan.
Semoga Segalanya DiPermudahkan. Teruskan Pembacaan...

Thursday, November 10, 2011


















Teruskan Pembacaan...

Wednesday, November 9, 2011


Terbang Ke KOREA !!!
Teruskan Pembacaan...

Salam,

Jam Menunjukkan Pukul 4.00 Pagi

Mata Masih Berhadapan Dengan Skrin

Tangan Masih Mengetuk Keyboard Lagi

Menghabiskan Baki Tugasan Sebelum Terbang ke KOREA Esok Malam

Jadual Esok :

1) Terbang Dari Alor Setar Ke Kuala Lumpur Pada Jam 8 Pagi

2) Terbang Dari Kuala Lumpur Ke Incheon,Korea Pada Jam 11 Malam

3) Pastikan Tugasan Dihantar Selewat-Lewatnya Ketika Berada di LCCT!! :D

Insyaallah Akan Berada Di Sana Selama Seminggu

Terbang Pulang Ke Tanahair Pada Awal Pagi 15 November

RK: Kepada Sesiapa Yang Ingin Memesan Barangan Keluaran Korea Seperti Artis K-Pop,Pelakon K-Drama dan Sebagainya lagi,Sila Tinggalkan di Ruangan Komen :D

RK Akan Update Entri Ini dari Semasa Ke Semasa Kalau Internet Access Di Sana Cantik..

Teruskan Pembacaan...

Monday, November 7, 2011

Cuti Itu Membawa Kesunyian
Hilang Rasa Pekitan Kota
Hilang Punca Sesakan Mata

Manusia Berkejar Mencari Kedamaian Hati Mungkin
Membuang Segala Lelah Di Minda dan Jiwa
Menyusuri Kicau Damai Burung Di Kampung Halaman

Menukar Duka Tugasan Kota Kepada Gembira Aktiviti Desa
Mengubah Bising Menjadi Aman.
Dunia Kadang Terhenti Seketika.Merehatkan Dari Melayan Kerenah Makhluknya
Mencari Sesuatu Yang Tiada Penghujung.
Manusia Itu Penuh Alpa dan Tamak Hal Dunia.

Sunyi Kota Akan Meruntun Kembali
Hati dan Minda Siap Siaga
Memohon Ampun Kampung Halaman
Meninggalkan Jauh Dari Pandangan

Kembali Menyesakkan Kota
Tanpa Menghiraukan Dinihari Atau Malam Hari.

Selamat Tinggal Desa.
Moga Kesunyian Ini Menjemput Kembali
Kami Menunggu Dengan Tadahan Tangan Berdoa
Agar Datang Lagi Cuti Yang Membawa Kesunyian Ini.

Teruskan Pembacaan...

Saturday, November 5, 2011

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak

Peluang Hadir Untuk Membersihkan Diri dan Dosa
Peluang Hadir Memenuhi Rukun Islam Kelima
Peluang Hadir Bagi Melihat Diri,Bagi Menzahir Keinsafan,Bagi Merintih Taubat Pada-Nya
Peluang Hadir Bagi Menitis Airmata Gembira,
Peluang Hadir Untuk Berdiri Disana Sangat Istimewa,
Peluang Menangis Sujud Pada Yang Esa Di Tempat Yang Mulia

Terima Kasih Ya Allah,Atas Kurniaan Rezeki Untuk Berada Di Tanah Suci,
Moga Engkau Menerima Taubat dan Penyesalan HambaMU yang Hina Ini,
Moga Haji Yang HambaMU Lakukan Ini Mendapat Haji Mabrur.AMin.

Selamat Menyambut Aidiladha,Selamat Pergi & Balik
Dan 
Berjaya Menunaikan Haji Dengan Sempurna Kepada Semua Rombongan Haji.

Takbir Berkumandang,
Menimbulkan Rasa Kesyahduan,
Meningkatkan Rasa Keinsafan.

Mari Insafi Kekhilafan Diri.


Teruskan Pembacaan...

Hanya lighting,props,persembahan pembukaan dan penutup serta lontaran sajak Dato Rahim Razali sahaja yang BERJAYA

Terima Kasih.Cuba Lagi



RK: Wajarkah Penggunaan IPAD??..Sob3 Teruskan Pembacaan...

Friday, November 4, 2011



Pahit itu hilang dibadai ombak gembira.Lalu ia menjadi manis

Manis itu jatuh kedasar lara dek ditelan tarikan masam.

Masam itu terbang tinggi ke langit,kerna ditiup angin bahasa masin.

Masin itu kekal.abadi.di hati.

Kerana ianya himpunan Pahit,Manis dan Masam.

Hidup ini terlalu penuh dengan rasa.Namun,rasa itu semakin jauh menghilang dari emosi tanpa sesiapa pun sedar
Teruskan Pembacaan...

Salam sejahtera,Selamat Datang juga kepada rakan-rakan blogger baru yang membalas kunjungan.Korang memang best.Malam ni,RK nak share ilmu baru atau mungkin refresh kepada yang sudah tahu mengenai perkara ini.

Korang pernah x berada dalam bangunan setinggi 40 tingkat,kemudiannya,korang turun untuk ambil barang dalam kereta,Bila sampai saja kat kereta,korang lupa nak bawa kunci..Letih kan nak naik ke ofis semula.Penyelesaiannya bagaimana?..Haa,ni yang RK nak cerita,semalam ja baru buat eksperimen ni.Sila tekan link kat bawah kalau nak teruskan bacaan sekiranya minat.Hehehe

Cara-caranya adalah:

1) Korang kena call collegue yakni officemate korang yang berada sekitar kunci korang tu

2) Kemudian,korang kena berdiri dekat dengan Lamborghini korang tu sambil berhubung dengan rakan melalui telefon

3) Suruh rakan korang tekan button untuk buka kunci pada alarm Lamborghini korang tu.Talian telefon jangan matikan.Kalau x jampi ni x jadi.Hehe

4) Percaya sama RK,Korang boleh buka Lamborghini korang dan ambil barang yang tertinggal tu.Kemudian suruh dia lock semula..Kalau tak nanti orang lain tolong ambil barang lagi pulak.Hehe

5) Sebabnya adalah,alarm kereta menggunakan gelombang yang boleh melalui handphone kita.Tak kira la dimana kita berada,asalkan ada talian telefon.Ia boleh membantu dalam kes-kes kecemasan macam cerita di atas.

Silakan mencuba kalau tak percaya :D


Teruskan Pembacaan...

 
"Peluang yang diberikan untuk berpijak serta menjalani kehidupan pada hari ini hanya sekali.
 
Tiada kali yang kedua.Jadi,pastikan diri kita menggunakan peluang ini sebaik mungkin.
 
Jangan sesekali biarkan hari ini berlalu begitu saja.Hargai,Nikmati serta Hayati sebaik mungkin.
 
Agar tiada penyesalan pada hari esok"
 
 
Teruskan Pembacaan...

Woooi penganjur Seksualiti Merdeka 2011 yang dengarnya akan diadakan di Annaxe Gallery pada 2 hingga 13 Nov ni dengan tema QUEER WITHOUT FEAR ,Korang ni seriously sangat tidak menghormati pendirian penduduk majoriti Malaysia,serta pemerintahan dan pentadbiran negara.Walau kita ni negara demokrasi dan mengamalkan keterbukaan.Tapi masih ada lagi batas dan kekangannya.

Jangan memperjuangkan sesuatu yang memang salah di SINI.Korang nak memperjuangkan "Human Right" pun jangan la sampai nak menuntut hak kebebasan golongan Gay,Lesbian,Transeksual dan sebagainya yang haram lagi..Agama rasmi kita ISLAM,ambil yang tu sebagai pemahaman korang dah la.Tolong HORMAT.Nak buat p la tempat luar MALAYSIA..

Jangan samakan keterbukaan kita beragama sama seperti amalan cara hidup songsang tu..Itu memang tidak dapat diterima.Syoh3,Nak buat pun p luar okay..Pihak berkuasa tolong take action dan jangan biarkan golongan ni jadi melampau.Tuhan sendiri dah cipta lelaki dan perempuan untuk berpasang-pasangan.

WOIII..PERKASA,UMNO,PAS,PKR,MIC,MCA,DAP dan lain-lain..Kerjasama dan halang puak golongan ni okay..(Tetiba Politik lak).

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir." (ar-Ruum: 21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan..." (An-Nisa´:1)

Dengan keterangan di atas, jelas sekali ´hikmatallah´ menjadikan manusia daripada lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua, untuk mengekalkan ketulenan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah s.w.t menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah s.w.t kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya

Sumber kata-kata : YADIM


fs: Sekarang ni musim MOGOK dan DEMONSTRASI kah??. Teruskan Pembacaan...

Entri ini dihasilkan hasil daripada kesan RK hantar isteri untuk servis petang tadi.Pastinya di Spa Original,yakni Proton Servis.Costing around RM450 dan kena pulak time nak beraya ni,agak semakin menipis la poket ni.Tapi,atas dasar keselamatan diri dan keluarga serta sokong Buatan Malaysia,Jalannnnn..haha

Punya la dok mengeluh kat kawan time lepak malam tadi di sebuah kopitiam,kena la tarbiah yakni basuhan minda sikit."Hang ada ASB x?"..Permulaan basuhan.haha.RK dengan bangganya menyatakan "tadak bai".Akaun lain ada lor.Macam Etiqa dan Hajj.Beliau nyatakan lagi tidak cukup.Full stop cerita RK..Kita gerak kepada point sebenar :.

Simpanlah Walaupun Sekupang (Seposen)

Nilai duit hari ini sangat tinggi,tambah pulak dengan kos sara hidup yang agak makin luar biasa,harga barang naik mendadak..Petang tadi p market harga seperti berikut:

Ayam = Sekilo RM9.00
Sotong = Sekilo RM14
Ikan Merah = Sekilo RM7

Disebabkan kos yang makin meningkat ini,RK nak saran kepada semua serta diri RK sendiri.Mari kita pakat-pakat menyimpan wang,walaupun sedikit.Pepatah "cikit2 lama2 jadi bukit"..

1) Kalau Student,Buat Tabung.Biar walau seposen,ajar diri tu untuk simpan.Lentur buluh dari rebung dik.

2) Kalau pekerja swasta atau kerajaan,buat potongan gaji terus ke ASB,Tabung Haji dan Akaun Saving yang lain.Biar sebulan RM30 pun ok jugak.Asalkan ada simpanan dan kita tidak sedar pun yang kita menyimpan sebab ianya Automatik (nada Dato Rahim Razali)..Mulakan sedikit,kalau gaji naik,maka up la lagi.

3) Buat akaun kecemasan,kalau dah kawin,macam-macam masalah yang kita tak duga akan jadi.Macam "teraccident" dan bakal dapat anak sedangkan anak pertama baru umur 2 bulan.Haha..Contoh ja ni.

Last but no least,Belajar menyimpan dari kecil,kalau x,Mari mula sekarang.Ambil seposen yang kat meja tu,masuk dalam bekas tupperware.Simpan dan sembunyi..Ada lagi kasik tambah..Sonok bila dah penuh nanti..Cuba ya !

Makin lama simpan nanti,dah xsedar yang korang boleh bayar duit muka rumah,atau kereta.XBUAT MEMANG RUGI :D

Dan yang penting,korang bila dah pencen atau nak pegi haji nanti.Dipermudahkan hidup dengan sumber simpanan dan tabungan korang tu.Aminnnn.

Teruskan Pembacaan...

Thursday, November 3, 2011

Salam,Selamat Aidiladha folks!

Ni ada lagi satu program yang boleh meramaikan jumlah follower dan rakan blogger kita.Rugi kalau anda semua tak mencuba.Peluang hanya diberikan sekali saja.Jadi mari kita pakat-pakat sertai.Mudah ja..


KLIK PADA BANNER DI BAWAH NI.

IKUT LANGKAH-LANGKAH MUDAH YANG DIBERIKAN BELIAU

TARIKH TUTUP : 20 NOVEMBER 2011

SELAMAT MENCUBA ! MOGA LEPAS NI RAMAI FOLLOWER KITA :D


Teruskan Pembacaan...

Salam semua,selamat menikmati cuti 4 hari kepada golongan yang berada di Negeri Kedah,Kelantan dan Pahang (ada lagi x yang start cuti Jumaat) yang bermula esok hari.Semoga Aidiladha anda disambut dengan meriah.

Selepas blogwalking selama 3 hari berturut-turut siang dan malam,akhirnya jumpa blog yang meriah ni dan sempena follower kurang daripada 500 dan baru kembali tegar menulis semula blog,ingin juga menambah rakan-rakan dan juga kenalan.

Ini cara mudah dan senang.Mari pakat-pakat join sebelum ianya berakhir:

Tarikh akhir : 4 November 2011 (Jumaat)

Masa : 2 Petang

SILA KLIK SINI DENGAN KADAR LAJU DAN SEGERA :D




Teruskan Pembacaan...

Lembu-lembu a.k.a cow atau cattle seluruh dunia mesti pada masa sekarang tengah hidup dalam ketakutan,kegentaran dan muka masing-masing jadi masam.Nak makan pun xberapa nk lalu dan berselera dah kan.Sangat kasihan

Tuan empunya lembu ini pun sekarang ni la nak tunjuk pemilik paling mulia di muka bumi ini,memberi makanan melebihi jangkauan tekak si lembu,Memberi minum air pepsi dan coke supaya lembu ini gembira.

Namun,lembu-lembu ini semua boleh baca minda pemilik depa,awal-awal lagi reject makanan yang diberi,botol coke dan pepsi disepak camtu ja guna kaki kanan belakang.Wahahaha.Lembu sekarang dah reti mogok lapar.Tuan empunya fenin kepala sebab berat badan dah menurun,mau jual macam mana.Orang tengok pun dah macam lembu-lembu di negara miskin.

Teknik yang digunakan lembu ini dikira berjaya untuk sementara waktu.Tuan depa mengatakan bahawa giliran mereka pada tahun hadapan,jadi lembu ni pun bersorak sakan,dan masing-masing mula makan dan kutip semula botol coke dan pepsi yang disepak itu.

Masing-masing makan dan minum hingga puas.Akhirnya tertidur kekenyangan dalam kegembiraan.Esok pagi (tidur selama 6 jam)..Macam manusia lak.Haha..Bila diorang buka mata saja,tetiba nampak pemandangan atas jalan raya.Cantik dan indah melihat motor dan kereta.Semua bertepuk tampar ingatkan tuan mereka bawa berjalan-jalan dan mungkin ke SOGO..

Namun,setibanya ditempat yang disangka SOGO,masing-masing muka bertukar jadi macam Nora Elena yang menangis.Masing-masing telah reda..Umur mereka hanya sementara.Mereka hanya hidup pada waktu itu sahaja.Masing-masing berharap ditempatkan di Syurga kelak.Tempat yang dibawa adalah PUSAT SEMBELIHAN..Mereka akan dikorbankan untuk disedekahkan kepada Mangsa-Mangsa Kemiskinan di Somalia.Dalam kesedihan,mereka gembira,kerana akan mengenyangkan manusia yang kelaparan..Lalu,semua mereka senyum lembu ketika disembelih..

Selamat Menyambut AidilAdha.Semoga semua rombongan yang menunaikan haji dari seluruh dunia mendapat Haji yang MABRUR..AMINNNN
Teruskan Pembacaan...

Wednesday, November 2, 2011

Borang bantuan rakyat isi rumah RM500 ini akan mula dikeluarkan dan diedarkan pada bulan disember ini,LHDN akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.

Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :

1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh download online , tengok di surat khabar atau pergi ke pejabat LHDN terdekat ) mulai Disember 2011 ini.
2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau pun tidak.
4. Wang bantuan isi rumah akan di kreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya

Sumber : Puan Bee
Teruskan Pembacaan...

Wahai Burung,Hari ini cukup setahun engkau dimiliki,
Wahai Burung,Hari ini dengan berat hati,dengan sulit jiwa,
Aku lepaskan engkau terbang,pergilah sejauh mana dan setinggi mana engkau mahu,
Terbanglah sepuas-puasnya diiringi dengan putihan awan,biruan langit,
Aku ucapkan terima kasih atas pemilikan yang sementara ini,

Ku imbas kembali kisah engkau dan aku burung,
Bagaimana engkau kumiliki,dan bagaimana engkau ku khianati,


Burung,engkau sangat menarik perhatian aku,
Burung,pada masa itu,engkau membuatkan aku berusaha memasang jerat,
Burung,pada masa itu,engkau membuatkan hati aku memberontak ingin memerangkap engkau untuk memasuki sangkar yang dibuat,
dan Burung,tahukah engkau pada masa itu,setiap masa aku memikirkan cara memiliki engkau,

Setelah berhempas pulas memasang jerat,bersiul manis untuk menarik perhatian engkau ke jerat,
Engkau akhirnya pasrah,
Engkau akhirnya termakan dengan siulan pujuk rayu yang aku buat,
Engkau berjaya aku tangkap,Lalu kumasukkan engkau ke dalam sangkar
Yang dibina indah sekali,Hanya engkau yang layak berada disitu,
Setiap hari engkau dibelai,Diberi makan semewahnya,Lirik mata aku tidak pernah berpindah ke burung yang lain,
Kau begitu rancak memberi respon menyukai tempat baru,tuan yang baru,
Setiap hari yang dilalui bersama engkau sangat bermakna dan penuh kenangan,

Namun,aku jua manusia,
Yang punya cabaran dugaan ujian,remuk dan
Aku lalai selepas engkau kumiliki,
Kerana aku sangka engkau akan terus berada dalam genggaman aku,
Ku percaya pada kesetiaan yang engkau beri,
lalu aku pun,tidak endahkan engkau,
Aku menumpukan pada hidup yang penuh sibuk hingga jelingan ke sangkar engkau pun hanya seminggu sekali,
Engkau aku abaikan,Engkau aku sisihkan.Sesekali engkau menggelupur meminta simpati aku perhati engkau,
namun masih tiada balasan dari aku.Tegar hati ini.Kerana yakin engkau hak aku selamanya,


Hingga pada satu malam,
Aku bermimpi yang engkau menangis mohon dilepaskan,kerana hanya jasad engkau berada di dalam sangkar itu,
Hati engkau,Jiwa engkau telah telah lama mati,
Hampir 3 malam mimpi itu menghantui aku,

Lalu,
DiKesiangan harinya,aku reda dan bertekad,aku menerima keputusan engkau,
Aku sedar diri ini tiada masa membelai engkau,
Aku sedar diri ini hanya menjanjikan perkara yang sementara,
Aku sedar langsung masa aku hanya untuk perkara yang lain,
Engkau aku singkir dari jadual masa aku.Kerana terlalu yakin engkau hak aku.

Aku putuskan keputusan ini,
Dengan minda dan hati yang terbuka,Dengan reda jodoh engkau dan aku tiada,
Aku lepaskan engkau hari ini jua,
Aku terbangkan engkau dimana tempat aku menjerat engkau,

Ku pohon,jangan sesekali terbang lagi disini,
Pergilah bina kehidupan sejauh mungkin,
Engkau sangat meninggalkan kenangan terindah padaku,

Burung,Engkau bebas,
Langit itu engkau yang punya,
Terbang dan carilah ketenangan serta kebahagian yang diimpikan,
Anggap kita bertemu untuk berpisah..


Terima Kasih Burung..

Teruskan Pembacaan...

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, November 1, 2011

Dalam kita berjalan merentasi kehidupan yang luas ini,dengan kebanjinjiran manusia seramai 7 Billion,mampukah kita bertahan dengan segala macam onak dan duri yang telah dicipta untuk kita lalui.

Dalam tatihan kita,ada yang tersadung,lalu jatuh rebah ke tanah.Mungkin selama ini,perjalanannya atas tanah,namun tidak pernah memandang ke bawah.Itu peringatan yang DIA beri untuk melihat kebawah walau berada setinggi mana.

Dalam menghadapi perjalanan hidup,kita sentiasa mengharap dan terus berharap untuk hari esok yang indah dicipta buat kita.Kita ingin segera melupakan hari ini yang pasti sebuah kenangan yang tak mungkin berulang lagi.

Ayuh,dalam menjalani hidup,dalam mendaki ketinggian cita-cita,dalam menuruni ke dasar budi..Kita cari hidayah untuk membentuk jati diri yang lebih kuat pada masa akan datang.Dunia semakin tua,Dunia semakin lama bertapak,Dunia telah menginjak usianya.Jangan menunggu Dunia ini menjadi rapuh baru hendak sujud kepada-Nya.

Sentiasalah memohon Hidayah agar kesejahteraan hidup terjamin dan bahagia ke akhir hayat dalam keredhaanNya.Amin

Tuhan…
Lama aku gelintar
Cari arah cahaya
Menerangi gelita

Tuhan….
Indahnya hidayah Mu
Sinari ruang kalbu
Luruh airmata ku
Mensyukuri nikmat Mu

Tuhan
Pimpinlah hati ini
Untuk ku menghayati petunjuk Mu
Walau di uji kesabaranku
Juga keimananku
Tidak tercabar keyakinan ku
Pada janji-janji Mu

Tetap bersujud di hadapan Mu
Merayu cinta Mu
Seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untuk Mu

Betapa ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan
Semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

Teruskan Pembacaan...

As-salam,

Haa,sebok sungguh twitter,facebook,Google Plus n segala bagai lagi,semua pakat dok buat wish,dok buat status dok berdoa berharap segala bagai,siap ada yang happy bila ada orang ucap "i love u" pada tarikh keramat macam ni.

Kita semua ni tunggu tarikh yang cantek and kiut ja ka nak buat sesuatu benda yang romantik,serius,hebak dan perkara yang mustahil.Apsal hari lain xmau buat?..Tunggu pulak 11.11.11 ni,apa status dan doa korang nak buat ye dak..

Macam sampah ja penuh kat fb dan twitter.

#Tetiba suami ucap sayang kat isteri malam ni

#Tetiba kucing jadi periang malam ni

#Tetiba langit jadi cerah malam ni

#Tetiba sorang mamat approach awek malam ni,kul 12pm

#Tetiba makwe ajak pakwe buat seks malam ni (kenangan).tengkorak hgpa!

#Tetiba anak menangis bagai nak rak malam ni.

#Tetiba bergayut sampai pagi esok

#Tetiba study sampai takmau gerak p mana (walla).

Semua yang tetiba ni adalah berkait rapat dengan pemikiran yang dah set siap tarikh ni WAJIB buat sesuatu,PERLU tinggalkan sesuatu kenangan.Kalau macam tu boleh la percikkan sperm kat awek anda,pastu rekod 3gp,tajuk 1.11.11..Kenangan jugak tu..Holla.

####Buat la bacaan yassin,sembahyang hajat,istikharah kalau dah bajet malam ni gempak sangat tarikhnya..Panjatkan kesyukuran kat Illahi yang hg tu masih dipanjangkan umur untuk menjalani kehidupan pada tarikh macam ni!..

Chow bebeh.Salam

Teruskan Pembacaan...