Thursday, November 3, 2011
at
6:44 PM
Labels:
aidiladha,
cinta elysa,
fasha sandha,
haji 2011,
hanis zalikha,
hari raya haji,
korban lembu,
lembu,
nora elena,
raya haji,
selamat aidiladha
Tuan empunya lembu ini pun sekarang ni la nak tunjuk pemilik paling mulia di muka bumi ini,memberi makanan melebihi jangkauan tekak si lembu,Memberi minum air pepsi dan coke supaya lembu ini gembira.
Namun,lembu-lembu ini semua boleh baca minda pemilik depa,awal-awal lagi reject makanan yang diberi,botol coke dan pepsi disepak camtu ja guna kaki kanan belakang.Wahahaha.Lembu sekarang dah reti mogok lapar.Tuan empunya fenin kepala sebab berat badan dah menurun,mau jual macam mana.Orang tengok pun dah macam lembu-lembu di negara miskin.
Teknik yang digunakan lembu ini dikira berjaya untuk sementara waktu.Tuan depa mengatakan bahawa giliran mereka pada tahun hadapan,jadi lembu ni pun bersorak sakan,dan masing-masing mula makan dan kutip semula botol coke dan pepsi yang disepak itu.
Masing-masing makan dan minum hingga puas.Akhirnya tertidur kekenyangan dalam kegembiraan.Esok pagi (tidur selama 6 jam)..Macam manusia lak.Haha..Bila diorang buka mata saja,tetiba nampak pemandangan atas jalan raya.Cantik dan indah melihat motor dan kereta.Semua bertepuk tampar ingatkan tuan mereka bawa berjalan-jalan dan mungkin ke SOGO..
Namun,setibanya ditempat yang disangka SOGO,masing-masing muka bertukar jadi macam Nora Elena yang menangis.Masing-masing telah reda..Umur mereka hanya sementara.Mereka hanya hidup pada waktu itu sahaja.Masing-masing berharap ditempatkan di Syurga kelak.Tempat yang dibawa adalah PUSAT SEMBELIHAN..Mereka akan dikorbankan untuk disedekahkan kepada Mangsa-Mangsa Kemiskinan di Somalia.Dalam kesedihan,mereka gembira,kerana akan mengenyangkan manusia yang kelaparan..Lalu,semua mereka senyum lembu ketika disembelih..
Selamat Menyambut AidilAdha.Semoga semua rombongan yang menunaikan haji dari seluruh dunia mendapat Haji yang MABRUR..AMINNNN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment