Sunday, August 28, 2011

Ramadhan,ketika kehadiran mu,seluruh penghuni dunia menyambut dengan penuh kemeriahan.
Kini pada akhir ramadhan,amat sukar untuk melepaskan kau pergi.
Namun janji Allah untuk memberi kenikmatan dilaksanakan dengan kehadiaran kemeriahan Syawal.

Esak,Tangis dipenuhi pada malam hari menyembah kepada Allah Yang Esa.
Mohon agar diterimna taubat hamba yang hina.
Minta supaya diterima segala kebaikan dan dipanjatkan pahala keberkatan bulan Mulia.
Di akhir-akhir ini,pintu syurga dibuka seluas-luasnya,panjatkan segalam doa.
Mohon dimakbulkan.

Andai ini Ramadhan terakhir,maka rugilah hamba yang melepaskan ia pergi tanpa sebarang ibadat.
Andai ini Ramadhan terakhir,maka ia menjadi satu tempoh penuh kemuliaan bagi seorang hamba yang menikmati ramadhan dengan iman dan takwa.

Nafas dihela dengan pantas,gugup dan getar melingkari tengkuk.Takut andai Bulan ini tidak memberi apa-apa makna,takut andai segala puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

Ya tuhan,dengan hampirnya kedatangan Syawal ini,Hamba-Mu ini tunduk dan sujud menyembah-Mu.Dengan penuh tawadduk dan rasa hina,Mengucapkan terima kasih atas pemberian bulan yang penuh pahala dan ganjaran ini.Selamat tinggal Ramadhan.Moga ketemu lagi tahun hadapan.

Syawal,kedatangan mu untuk meraikan perjuangan di Bulan Ramadhan.Kami nantikan dengan penuh sabar.Kami harapkan Syawal ini memberi kegembiraan kepada semua Umat.

Syawal,Kami raikan dengan penuh kesyukuran.Selamat datang Syawal.



Teruskan Pembacaan...

Salam,Tujuan entri ini adalan untuk mewakili diri dan hati ini yang masih lagi kurang pada bahagian yakin.Yakin dari segi mana?..Yakin dari meng'awam'kan blog ini.Saya masih kurang pasti kenapa keyakinan ini masih seakan seperti titisan embun pada daun keladi,yang jatuh bila dihembus angin.Mungkin kerana trauma yang blog ini akan ditatap oleh rakan taulan di ofis,yang mana mungkin menjejaskan persepsi terhadap kerja yang dilakukan.Mungkin diandai tiada kerja.Bukan takut,namun malas bercanggah pendapat yang akhirnya tiada kemenangan di mana-mana pihak

Justeru itu,hanya sahabat handai,yang 100 peratus dipercayai kesahabatan mereka,dipelawa membaca dan meliuhat isi kandungan blog ini,walaupun tiada minat.Tuhan,pohon berikan sedikit kekuatan pada diri ini untuk menghadapi segala cemuhan andai diri ini tersasar di jalan sebenar.Mohon keyakinan pada diri yang lemah ini ditambah dan diberikan semangat bagi meneruskan bait-bait tulisan untuk perkongsian.Tidak seronok rasanya hanya kawan taulan saja yang dapat membaca isi hati dan luahan serta motivasi pemupuk kesedaran bersama ini.

Ingin juga dikongsi bersama rakan-rakan yang baru.Tapi ruang antara berani dan takut itu,ditengahnya adalah yakin.Keyakinan pada masa kini tampaknya memihak kepada tidak gentar untuk biarkan blog status kepada public.Tidak enak rasanya orang berbual dibelakang kita yang tanpa kita ketahui.Penyakit masyarakat kita,seronok menilai dari belakang daripada depan.

Biarlah kandungan ini didalam private.Hingga sampai waktu ketika nanti.Akan berada di public juga.Cuma cepat atau lambat sukar dijawab.Seronok apabila hari-hari ada rakan baru yang berkunjung bukan?..Ingin rasai sebegitu.Biarlah dugaan dan halangan ini dikurangkan secara perlahan-lahan dan tanpa sedar,ianya di dalam situasa umum.

Penulis hanya melontarkan kata-kata yang dirasakan jujur dan sesuai bagi dikongsi bersama-sama untuk masing-masing belajar dari pengalaman diri kita.Walaupun kadang-kadang entri itu salah di sisi agama,seperti mengutuk.tapi rasalah,ianya jujur dan memang melepasi batas-batas iman yang pudar ketika itu.Maaf sekali lagi.

Mohon kalian dapat berdoa bagi mengukuhkan keyakinan agar blog ini berada di tempat awam.Supaya jiwa dan hati ini kuat menempuh awam nanti.Menempuh komen yang dilontar nanti.Masanya akan tiba dan Insyaallah andai diizinkanNya,akan diumumkan kelak.

"Ku titipkan doa agar perjalanan kita yang belum tahu dimana kesudahannya nanti,berada dalam keredhaan-Nya"..Amin



Teruskan Pembacaan...

As-Salam,Saat untuk kita menyambut kegembiraan atas perjuangan selama sebulan makin hampir dan semoga bekalan yang kita ciptakan dalam bulan ini mendapat manfaat dan diterima oleh-Nya.Bulan ini ternyata penuh dengan dugaan yang kadangkala merumitkan akal fikiran bagi melaksanakan percaturan menyelesaikan segala masalah yang terbuku.

Lama sudah entri baru tidak dapat dikeluarkan kerana malam-malam yang penuh sibuk menjalani ibadah ataupun kalau ponteng,sibuk dengan keluar mencari-cari bahan baru untuk ditambah kedalam anak mata bagi menafsir perkara yang setiap hari berlaku secara berlainan,atau lebih mudah keluar meraya-rayau melihat aktiviti malam yang sangat indah.Hiruk pikuk manusia berteriakan mencari kelengkapan perayaan.Lebih dari mencari keberkatan nampaknya.Kalau kita berlumba-lumba seperti dalam Tesco untuk menunaikan ibadah,alangkah barakah hidup ini.











Mulut adalah yang sukar untuk dikawal.Ya,saya akui memang sukar apabila kita hampir betah untuk meninggalkan perkara yang biasa dilakukan selama 11 bulan bukan?..Mata,tangan,kaki,telinga dan jugak nafsu masih mungkin untuk dikawal,namun percakapan yang keluar hampir setiap saat adalah satu bentuk kawalan yang memerlukan daya juang yang tinggi.Manusia biasa,mudah rapuh dengan aktiviti dunia.Itu saya.

Moga-moga persiapan raya kalian meriah tahun ini dan ingat,biarlah kita beraya mengikut ibadat bukan adat.Di sekitar kawasan jajahan saya,hujan hampir setiap hari dan mungkin akan berlanjutan sehingga hari raya.Suasana agak suram sedikit pada malam-malam hari kerana pelita tidak dapat dinyalakan.Namun,aktiviti membeli-beli tampaknya masih berjalan aktif.Penuh saja orang di sana sini ditambah dengan kepulangan perantau.Sesak Jitra.Setahun sekali dapat lihat kesesakan macam ni.











Anyway,mungkin ini entri terakhir saya sebelum aidilfitri.Maklum saja,esok cuti.Nak buat ketupat,lemang,lontong (cakap saja.haha)..Dan dikesempatan ini,hari baik dan bulan mulia,ingin saya panjatkan keampunan,kemaafan atas kekhilafan diri ini andai menghina,mengutuk dan mengumpat sesiapa.Saya hamba yang penuh dengan kekurangan diri dan sentiasa belajar untuk menjadi yang lebih baik dari semalam..

















Insyaallah ketemu lagi di entri akan datang.

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.
Teruskan Pembacaan...

Sunday, August 21, 2011

Kepada semua mulut-mulut manis berbau gulai tempoyak yang mempertikaikan kredibiliti Universiti tempat saya belajar sebagai tempat yang tidak diiktiraf atau tempat yang bukan seperti Universiti lain,anda silap.

Disini saya sertakan bukti bahawa kursus pengajian kami semua ini diiktiraf oleh JPA dan ianya membawa maksud kami pelajar-pelajar bertuah yang berada di Univesiti ini layak memasuki skim perkhidmatan awam setelah tamat pengajian kelak.

Mungkin anggapan tuan-puan serong terhadap kami,namun kami lebih berusaha daripada tuan-puan yang belajar sepenuh masa di Universiti tuan puan itu.Atas faktor apa saya katakan sebegitu.Ialah,tuan-puan bayangkan bahawa tuan puan mempunyai anak,rumah,kereta isteri dan suami yang masih perlu ditanggung beserta dengan tanggungjawab sebagai pelajar.Tuan-puan mampu tak berbuat seperti kami..Yang bekerja disiang hari,kemudian mencuri masa 24jam untuk menelaah pelajaran?..

Kami bertuah kerana kami mempunyai pekerjaan dalam masa yang sama belajar.Kami tidak perlu takut untuk bersaing selepas tamat pengajian kerana kami mempunyai pengalaman bekerja.Tidak seperti tuan-puan yang masih fresh lagi.Jadi,harapan kami sedikit lebih daripada tuan-puan.Namun bukan saya hendak mengata kepada tuan-puan.Kita belajar ni,kat mana pun,cara bagaimana pun,Niat utama kita adalah untuk mencari ilmu.

Jadi tuan-puan xperlu lah nk mempertikaikan golongan seperti kami atau pun rakan-rakan tuan puan yang belajar di Universiti yang bukan setaraf tuan-puan.Kami tetap berusaha untuk mencapai seperti yang tuan-puan impikan juga.

Jesteru,kami harap mulut tuan-puan akan tertutup selepas bukti ini juga minda tuan-puan yang canggih manggih itu dapat dibuka seluas-luasnya seperti dunia tanpa sempadan.Di hari baik,bulan baik ini,saya xmau lah nak mengurangkan pahala puasa.Cuma saya ingin ingatkan bahawa kita ni manusia dan Hamba-Nya.Sejauh mana kita mendongak ke langit.Lambat laun ke tanah juga akhirnya..Salam Ramadhan.


Teruskan Pembacaan...

Wednesday, August 17, 2011

Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama.

Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!!!

Contoh: Anda yang lahir pada tahun 1988, umurnya sekarang 23 pada tahun ini. Jadi, 88 + 23= 111..!!!

Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!!!

Subhanallah...

Dipetik dari : http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/


Teruskan Pembacaan...

Smile, an everlasting smile
A smile can bring you near to me
Don't ever let me find you gone
Cause that would bring a tear to me
This world has lost it's glory
Lets start a brand new story

Now, my love
Right now there'll be no other time
And I will show you how my love

Talk, in everlasting words
And dedicate them all, to me
And I will give you all my life
I'm here if you should call to me
You think that I don't even mean
a single word I say...
It's only words and words are all I have
To take your heart away.

This world has lost it's glory
Let's start a brand new story
Now, my love
Right now there'll be no other time
And I will show you how my love

Talk in everlasting words
And dedicate them all to me
And I will give you all my life
I'm here if you should call to me

You think that I don't even mean
a single word I say...
It's only words and words are all I have
To take your heart away.

It's only words and words are all I have
To take your heart away.



Teruskan Pembacaan...

Monday, August 8, 2011

Hari ni dah 6 Hari berpuasa,dan masih belum terlupa lagi seperti hari pertama yang lalu.Perjalanan puasa sangat indah dengan dipenuhi dengan jemputan-jemputan ke bazaar ramadhan bagi menipiskan dompet yang memang sentiasa nipis.

Dalam meniti tapak kaki melangkah jauh kedalam bazaar,mata seringkali gagal berfungsi mengikut hati yang salah dalam pengemudian jiwa.Salah kita kah kalau pakaian pengunjung bazar boleh dikatakan sangat keterlaluan?.Mata secara automatik pandang,tetapi hanya sekali,namun mesti akan keluar kata-kata yang tidak sedap didengar oleh mulut ini.Kurang pahala puasa ja kalau hari-hari berkunjung ke bazaar.

Semakin jauh berjalan,semakin banyak yang ditolak pahala ni,

Setakat hari ni,baru 2 kawasan bazaar,dan memang sama ja perwatakan perempuan molek yang hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga ini.Apa alasan kakak-kakak dan adik-adik manis sekalian?..Jangan cakap dosa sendiri tanggung okay..Orang lain terpaksa pikul dosa serpihan dari pakaian korang tu tau x.Hormati la sikit bulan yang penuh mulia ni.Paksakan diri untuk berpakaian yang menutup aurat atau paling kurang yang tidak menonjolkan isi tubuh anda secara berlebihan.Nanti dah lama-lama praktik,mesti akan terbiasa.Tepuk perut,tanya selera la kan..

Bangun dari leka,

Puasa ni banyak dugaan yang kena tepis dari besar hingga dugaan yang kecil.Bahkan,ada yang mendapat dugaan yang tidak diduga sama sekali seperti cerai,gugur dan sebagainya.Simpati pada mereka.Kentalkan diri untuk hadapinya.Kerna Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Bibir kering tanpa lipice,

Masa untuk menghadiri tarawih.Saf penuh sehingga 3 barisan pada Isyak dan Permulaan tarawih.Namun,sehingga 8 rakaat sahaja.Saf dikira hilang meninggalkan yang satu dihadapan,hanya yang meniti usia senja khusyuk dalam tawadduk mengambil peluang meningkatkan amalan sebelum bertemu-Nya.

Diri ini termasuk juga didalam golongan saf yang hilang pada rakaat ke 8 itu.Apa yang dikejar masih samar.Mungkin kerana lama imam yang bakal bergelar tahfiz,dalam umur 20 an itu mengimamkan solat tarawih,maka ramailah yang jadi tidak sabar untuk pulang menikmati sisa-sisa hidangan berbuka tadi.Andaian yang mungkin benar.Tapi,hairan,kerana masih bertenggek lagi di kaki lima masjid sambil berbual kosong.Dengan telinga yang dipalu oleh merduan suara imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Tidak rasa malu pun untuk berganjak pulang.Lagi sekali Hairan memenuhi kepala ni.

Harga barang naik, RM10 tidak cukup dibawa ke bazaar,


Pengakhiran entri ini dengan sedikit manisan kata-kata.Penuhilah Ramadhan ini dengan Kebaikan,Jangan cemarinya dengan Kemaksiatan dan Rasailah Keberkatannya sementara diizinkan DIA.Kejar sebanyak mungkin pahala,Sujud serendah mungkin mengEsakanNya.Pintu Taubat terbuka seluas-luasnya..Petik hati yang masih leka itu untuk Mendalami Kerendahan Sebagai Seorang Hamba yang Menumpang di Bumi ini.Entah esok atau lusa akan dipanggil bertemu-Nya.

Wassalam.Selamat Meniti Perjalanan Di Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, August 2, 2011

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

http://www.ashtech.com.my/bulanislam/


Teruskan Pembacaan...

Salam semua,Hari ni alhamdulillah,kita telah memasuki hari kedua dalam Bulan yang penuh barakah,Ramadhan.Semoga kita dapat lalui perjalanan sepanjang 30 hari ini dengan penuh ketakwaan dan keutuhan keimanan dalam setiap jiwa kita. Entri kali ni xmau berbicara panjang lebar soal dosa,pahala atau pun apa saja yang berkaitan dengan keperibadian kita masing-masing.Cuma nak berkongsi kehairanan bersama kalian,kenapa bila muncul saja bulan puasa,ramai orang akan buka radio yang islamik macam ikim.fm,buka youtube tengok video berkenaan al quran dan kebesaran Illahi,mainkan lagu mp3 yang semuanya adalah berteraskan nasyid.

Kenapa perlu tunggu setahun sekali baru nak buat perkara tersebut.Ya,fahamlah yang bulan ni bulan yang penuh keberkatan dan pahala.Namun,xkan kita ni tunggu setahun sekali untuk kejar dan nikmati keindahan islam sendiri.Padahal,jiwa kita islam dari lahir lagi bukan.Aku pun x terlepas daripada melakukan perkara yang sama,sampaikan kat ofis ni dah buat satu server untuk kandungan ramadhan bagi perkongsian semua kakitangan.Moga mendapat pahala secara berjemaah hendaknya.

Ok.Seterusnya mari kita bercerita pasal diri pulak.Hentikan kehairanan diatas dan tinggalkannya dengan persoalan yang diri sendiri sahaja yang mengetahui.Tapi ingat satu saja,kita buat apa pun kena ikhlas kerna-Nya.

Aku nak cerita satu insiden yang memang Maharajalawak kelmarin.Entah apa dosa otak pun tatau la..Fikiran entah melayang kemana..Tengah dok tunggu keta siap,bawah bahang panas matahari yang melebihi 33 darjah celcius,aku boleh selamba p kedai sebelah dan bayar harga sebotol air Revive.P balik kedai keta dan nah,hulur pulak kat kawan.."Nak ka xmau" lalu beliau dengan selamba tanya "hg xposa ka"..

Hohhohoh..Luah air dalam mulut..terus campak botol dalam tong sampah.Masyaallah..Lupa dan memang xingat yang aku tengah berpuasa.Malu ada la jugak sebab ada perempuan sorang,dua kat dalam kedai tu dan aku percaya mesti depa tengok kejadian yang maha memalukan ini..Haha.Tapi aku yakin,puasa aku sah sebab aku teguk dan luah balik sebab memang lupa.

Hari ni rasanya incident macam tu xkan berlaku lagi la..Haha..Malu gak la kan.Tapi nak buat macam mana.Standart la kot ramai yang lupa pada hari pertama.Full stop sebab malu.haha

Ok berbalik kepada Ramadhan.Bulan ni apa kata kita kejar kepada pahala,sembahyang kalau lelaki tu xpayah tinggal langsung.Amacam?..Kemudian penuhkan kesabaran didada..lebihkan dari bulan yang lain sebab bulan ni mesti lagi banyak dugaan.Kemudian,kita penuhkan saf masjid untuk mendirikan solat tarawih.Walaupun sebelum ni kita sekadar hari jumaat saja di masjid.Macam penulis ni la.Haha.Kita sebagai remaja,biar kita ramai-ramai yang mengimarahkan Rumah Allah..

Kemudian,berbelanja tu ala kadar dan cukup ikut keperluan sudah lah.P bazar ramadhan jangan mata melilau tengok aweks2 dan pakwes2..Sat g posa atas tiket tahan minum dan lapar saja,pahala terbang tah ke mana.Kemarin aku cuma beli kurma,kuih dan air ja..Jimat dan keperluan sebab dah ada yang telah dimasak kt umah.Last sekali,teguhkan iman,kuatkan jiwa,tinggikan keperibadian mengejar rimbunan pahala yang mencurah dan berganda pada bulan ni.Ayuh kita beribadah..

Salam penutup.

Teruskan Pembacaan...