Monday, August 8, 2011

Hari ni dah 6 Hari berpuasa,dan masih belum terlupa lagi seperti hari pertama yang lalu.Perjalanan puasa sangat indah dengan dipenuhi dengan jemputan-jemputan ke bazaar ramadhan bagi menipiskan dompet yang memang sentiasa nipis.

Dalam meniti tapak kaki melangkah jauh kedalam bazaar,mata seringkali gagal berfungsi mengikut hati yang salah dalam pengemudian jiwa.Salah kita kah kalau pakaian pengunjung bazar boleh dikatakan sangat keterlaluan?.Mata secara automatik pandang,tetapi hanya sekali,namun mesti akan keluar kata-kata yang tidak sedap didengar oleh mulut ini.Kurang pahala puasa ja kalau hari-hari berkunjung ke bazaar.

Semakin jauh berjalan,semakin banyak yang ditolak pahala ni,

Setakat hari ni,baru 2 kawasan bazaar,dan memang sama ja perwatakan perempuan molek yang hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga ini.Apa alasan kakak-kakak dan adik-adik manis sekalian?..Jangan cakap dosa sendiri tanggung okay..Orang lain terpaksa pikul dosa serpihan dari pakaian korang tu tau x.Hormati la sikit bulan yang penuh mulia ni.Paksakan diri untuk berpakaian yang menutup aurat atau paling kurang yang tidak menonjolkan isi tubuh anda secara berlebihan.Nanti dah lama-lama praktik,mesti akan terbiasa.Tepuk perut,tanya selera la kan..

Bangun dari leka,

Puasa ni banyak dugaan yang kena tepis dari besar hingga dugaan yang kecil.Bahkan,ada yang mendapat dugaan yang tidak diduga sama sekali seperti cerai,gugur dan sebagainya.Simpati pada mereka.Kentalkan diri untuk hadapinya.Kerna Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Bibir kering tanpa lipice,

Masa untuk menghadiri tarawih.Saf penuh sehingga 3 barisan pada Isyak dan Permulaan tarawih.Namun,sehingga 8 rakaat sahaja.Saf dikira hilang meninggalkan yang satu dihadapan,hanya yang meniti usia senja khusyuk dalam tawadduk mengambil peluang meningkatkan amalan sebelum bertemu-Nya.

Diri ini termasuk juga didalam golongan saf yang hilang pada rakaat ke 8 itu.Apa yang dikejar masih samar.Mungkin kerana lama imam yang bakal bergelar tahfiz,dalam umur 20 an itu mengimamkan solat tarawih,maka ramailah yang jadi tidak sabar untuk pulang menikmati sisa-sisa hidangan berbuka tadi.Andaian yang mungkin benar.Tapi,hairan,kerana masih bertenggek lagi di kaki lima masjid sambil berbual kosong.Dengan telinga yang dipalu oleh merduan suara imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Tidak rasa malu pun untuk berganjak pulang.Lagi sekali Hairan memenuhi kepala ni.

Harga barang naik, RM10 tidak cukup dibawa ke bazaar,


Pengakhiran entri ini dengan sedikit manisan kata-kata.Penuhilah Ramadhan ini dengan Kebaikan,Jangan cemarinya dengan Kemaksiatan dan Rasailah Keberkatannya sementara diizinkan DIA.Kejar sebanyak mungkin pahala,Sujud serendah mungkin mengEsakanNya.Pintu Taubat terbuka seluas-luasnya..Petik hati yang masih leka itu untuk Mendalami Kerendahan Sebagai Seorang Hamba yang Menumpang di Bumi ini.Entah esok atau lusa akan dipanggil bertemu-Nya.

Wassalam.Selamat Meniti Perjalanan Di Bulan Ramadhan Al Mubarak.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails