Friday, May 27, 2011

Kenapa la awak ni sentiasa mengecewakan saya,bukan mudah saya mendapatkan awak,itu awak tau kan,jadi kenapa harus awak buat begini kepada saya.Dah lama saya bersabar dengan perangai awak,dh banyak kali saya cuba ubah,tapi awak hanya bertahan sekejap aja,lepas tu awak mesti kembali ke perangai lama awak.

Orang lain pun mesti xtahan kalau mereka tengok n alami sendiri perangai awak..Tolong la,berubah demi saya dan orang lain,terutama mak bapak awak sendiri..penat saya bercakap dengan depa untuk ubah perangai awak,puas depa menasihati awak,tp macam saya cakap td,hanya bertahan seketika..skang ni lagi terok,awak dh jd perangai dulu dari minggu lepas lagi..

Saya mintak maaf kalau terlepas cakap dengan mak bapak awak minggu lepas,bukan niat saya untuk sakitkan hati depa,tapi saya memang dh xtahan,terpaksa cakap kasar dengan depa sebab perangai awak dh makin menjadi-jadi..

Kalau ahad ni kita jumpa,n awak masih lagi macam ni jugak,,saya mintak maaf,saya terpaksa tinggalkan awak untuk mencari yang lain..dh 2 bulan hubungan kita,namun awak macam xpaham kehendak saya..cuba la penuhi dengan kasih sayang yang setimpal yang telah saya beri kat awak..

Saya memang marahkan awakkkkkkkkk..oh STREAMYX..hahaha.....

Kesimpulan : Agak sial minggu lepas,streamyx tmpat gua menabur bakti wat hal,bayaran dh la dekat 7ratus sebulan,..Bayaran xsetimpal dengan apa yang aku peroleh..x ka sial macam tu..kadar kepantasan mengalahkan jebon yang berlumba lari dengan kuda..mak bapak dia adalah Telekom..haha

Teruskan Pembacaan...

Monday, May 16, 2011

Wahh..Tajuk bukan men seksi n macam poyo lagi kan..Abg saifol,Abg Mi,Anas,Emi..Hangpa semua patut baca dan amik teladan kepada perkara-perkara yang aku nak buat ni sebab hgpa semua kena tiru aku..Baru kita boley kawin..haha

Aku buka entri ni bukan sebab pa,sebab baca blog hanis zalikha pagi tadi..Mak aii..Bapak punya gila perkara dia nak buat..So aku yang berada dalam alam realiti ni nak buat beberapa perkara sebelum aku kahwin..

1) P Korea..Wahh..Macam xlama lagi ja nak kawin?? - Haha..

2) Dapatkan segulung ijazah (so dah cover yang atas tu kan,lambar lagi..sob2)..bila la bley rasa nikmat dunia nih..haha..Anyway perkara ni sangat penting n hopefully cepat abis..ada ijazah ni sembang bley kencang sikit,cari keja ley tinggi sikit n sangat penting,,untuk kesenangan bakal isteri dan bakal anak-anak aku n jugak mak ayah aku..Brapa ramai yunk?? 4..cukup?..okey i ikut u..wadefak punya skrip..haha..

3) Aku berhajat besau nk keja tempat lain sebelum kawin..Putrajaya ka,Sabah ka,Unimap ka,UUM ka,Pejabat agama ka..Teringin berpindah ke satu anak tangga kehidupan..cewah..

4) Nak pastikan kereta aku selesai dimodified segala macam n aku dh xsebut lagi nak make up keta..Mau make up isteri lak..

5) Mempunyai sebuah rumah walaupun bukan semi d,teres biasa cukup..Hidup biar tidak terlalu menonjol,hidup atas pada kelayakan dan berdasarkan pendapatan bersama isteri (aku nak cari yang bekerjaya maksudnya,bayar hutang sesama)..haha

6) Ada duit dalam ASB,Public Mutual,Tabung Haji yang stabil..Skang masih belum mencarum..wahh..sedey..Ijazah punya hal la ni..hehe..

7) Mau repair rumah aku yang sedia ada..Kena buat bilik ala-ala bilik hotel yang Kate Middleton duduk tu..Baru best sikit bermesra dengan wife aku nanti..

8) Akhir sekali,aku nak cari awek..ya la..lau nak kawin mesti perkara ni adalah utama,lau x nak kawin ngan sapa?..dngan rim keta?,ngan seat recaro?..mana bley dapat anak bai..apa daa..N aku xmemilih bakal wife aku asal cantik dan bergaya..(demand la ni..mangkaq)..lawak ja..Asal aku suka dia,dia suka aku,n pelbagai ciri2 kampung ada kt dia..kira ok la..

9)..Last,terlupa..wakakka..Aku nk tingkatkan iman,tinggikan ilmu agama,ilmu rumahtangga(bukan permata yang hilang okay)..Sebab aku akan jadi khalifah lepas tu kan..kena pimpin isteri pulak..jadi kena bersedia utk pikul tanggungjawab tu..Doa pa semua kena tau,bukan doa mandi wajib ja(ingat tu saifull)..haha

Lastly,,Kepada kengkawan,lau ada sahabat yang single tu,tinggalkan no phone dia di dalam mesej anda kemudian sent kan kepada saya..wahahha

Jijah,pastikan sepol buat perkara ni sebelum dia ucap "will u marry me jijah"...Haha..Jangan tau bawak g langkawi ja..

Teruskan Pembacaan...

Another hitz entry by terfaktab :
Situasi: Bakal mak mertua aku itu seorang yang sangat kolot. Sangat mengutamakan tradisi di mana bakal menantu dia ini seorang yang sangat urban fikirannya. Apakah akan bahagia rumah tangga bakal menantunya ini dengan anak lelaki kesayangannya kelak? Jadi demi untuk kepentingan rumah tangga aku, aku telah bertindak agresif dengan menulis surat untuk bakal mak mertua aku ni.


Dear future mother-in-law,

Sebelum saya tulis surat ini, saya sudah check medical report aunty. Saya juga sudah bertanya kepada doktor bagaimanakah kesihatan aunty sekarang. Ternyata aunty masih sihat walafiat. Tiada penyakit sakit jantung atau darah tinggi. Jadi aunty boleh lah baca surat ini sampai habis tanpa serangan sakit jantung ye! Saya khuatir sahaja, aunty tak sempat melihat kami berkahwin awal awal lagi dah ciao. T_T

Sebenarnya aunty. Bukan saya tak suka aunty. Saya suka sangat aunty bila aunty sendiri kata nak buat wedding ala-ala siti nurhaliza dengan dato k tu. Tapi aunty tahu tak dalam hati saya membuak buak mahukan wedding of the year lah aunty. Saya tak nak ala ala macam wedding siti dengan dato k. Saya mahu wedding ala ala macam Prince William dengan Kate Middleton tu aunty!

Saya tahu aunty tak sabar nak timang cucu. Tapi aunty. Umur saya baru 20 lebih. Umur 25 pun belum lagi. Jangan risau aunty. Saya yakin dengan tahap kesuburan saya ini. Saya dah check doktor. Saya subur katanya. Tak tahu plak anak aunty tu. Air mani dia berkualiti gred A kot. Aunty kena lah tunggu dalam 3 hingga 4 tahun lagi baru boleh timang cucu. Saya bukan apa. Anak aunty tu pun payah saya nak jaga. Nampak sahaja perempuan dahi licin sikit, mula lah tu ketiak dia naik miang.

*ini yang akan saya pakai masa kami honeymoon!*

Lagi satu aunty. Kami bila dah kawin. Kami tak akan duduk dengan aunty tahu. Ala aunty ni. Sporting lah sikit. Saya nak berdua-duaan dengan anak aunty tu. Macam mana saya nak ehem ehem dengan anak aunty tu kalau aunty nanti asyik ketuk pintu bilik kami. Jangan risau aunty. Saya tak akan biarkan anak aunty tu jadi si tanggang moden! Saya akan pastikan kami berdua akan pulang melawat aunty sebulan sekali. Bukan jauh pun rumah kita. Dua tiga blok sampai lah rumah aunty.

Lepas tu aunty. Kelak kalau saya dengan anak aunty tu dah ada anak. Saya harap sangat aunty tak masuk campur urusan nak namakan anak kami tu. Itu anak kami aunty. Kami lah yang berhak ke atasnya. Kalau aunty nak bagi nama juga, tolong lah bagi nama yang bunyi futuristic sikit! Baru lah nampak hebat cucu aunty tu nanti.

Kalau aunty nak jaga anak kami tu pun boleh. Saya alu alu kan sangat aunty. Tapi jangan pula aunty minta anak aunty tu suruh saya berhenti kerja. Saya tak nak kerja suri rumah tangga sepenuh masa. Saya ada PHD tahu! Tapi PHD saya bukan dalam kursus ekonomi rumah tangga. Tak elok lah sia siakan sijil PHD saya tu.

Aunty jangan pula ajak saya masuk dalam politk wanita ini semua. Saya tak minat langsung nak join club wanita aunty tu. Sebab situ semua mak mak datin termasuklah aunty pun datin. Saya rasa saya kurang sesuai berada di dalam kolompok bukan dunia saya. Mungkin kena tunggu saya dapat datin dulu baru saya sudi nak join. Aunty lah bagi gelaran datin tu pada saya. Sanggup tak bagi? :p

Kalau aunty sempat telefon saya nak marah marah pasal surat ini, saya bersyukur kepada Tuhan. Maksudnya aunty tak kena serangan sakit jantung lepas baca surat ni. Jangan lah marah aunty. Lagi 3 bulan saya dengan anak aunty tu nak buat wedding of the year. Tak kan nak tengok anak aunty tu jadi bujang terlajak plak kan? Saya sayangkan anak aunty tu sangat sangat!

p/s: aunty pun saya sayang. Tak boleh sayang uncle. Nanti aunty cemburu.

I love you my future mother-in-law. XOXO Teruskan Pembacaan...

JIKA TANGAN TERHIRIS PISAU

Berikut ialah entri kiriman dari Shahirahkhairuddin. Sebuah entri yang menarik untuk kita fikirkan dan renungkan mengenai cinta.


Putus cinta. Ditinggalkan. Difaktabkan.
Sudah serik, malah tak mahu lagi jadi apa-apa untuk sesiapa pun.

Kita seringkali duduk di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. Kita jadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. Kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. Kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup, lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut. Menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. Sangat menyedihkan bukan? Sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. Hidup ini adalah pilihan, masalahnya kita yang tak mahu buat pilihan apa-apa. Masalahnya kita rela untuk terus duduk di hadapan pintu yang tertutup itu dan mengharapkan pintu tersebut akan terbuka semula suatu hari nanti. Soalnya sampai bila mahu tunggu? Sampai kepala beruban?

Kadangkala kerana merasa terkhianati, kita jadi lupa macam mana rasanya cinta. Kita lupa atau sengaja buat-buat lupa? Kerana takut terkhianati lagi mungkin. Saya beri contoh mudah. Kita sedang kupas bawang, tiba-tiba pisau yang kita gunakan itu mencederakan jari kita. Terhiris lalu berdarah. Apakah kita tidak mahu menggunakan pisau lagi selepas itu? Berubah angin, kupas bawang pakai gunting pulak? Ataupun kita ambil keputusan, memasak tanpa menggunakan bawang. Kita rela makan dengan rasa yang tidak cukup perencah. Macam tu?

Come on la. Hidup ini terlalu indah untuk di sia-siakan. Cinta itu adalah anugerah. Setiap orang berhak untuk merasa mencintai dan dicintai. Malah cinta itu tidak mengenal siapa. Orang buta juga punya perasaan cinta.. bercinta, dan kemudian berkahwin. Malah golongan OKU juga bercinta. Heh, teringat pula kepada kawan saya 'mad lompat' yang hanya mempunyai sebelah sahaja kaki. Beliau merupakan classmate pertama yang menamatkan zaman bujang. Cool kan? Hurm.. kita yang sempuna ini apatah lagi. Apakah kita mahu mensia-siakan anugerah yang Allah beri ini begitu saja? Menolak kasih sayang yang hadir semata-mata kerana sudah serik.

Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan dan adakala menakutkan untuk diterima. Tapi kita kena belajar untuk jadi kuat. Kita mesti berani untuk bangun kembali. Kalau kita tak berani, macam mana kita nak maju ke hadapan? Ibarat bayi yang baru belajar berjalan, andai dia terjatuh, dan takut untuk berjalan lagi, sampai bila-bila pun tak kan tahu berjalan sendiri bukan?

Satu yang saya percaya, hukum hidup ini mudah. Kalau kita berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan datang kepada kita semula. Kalau kita memberikan kasih sayang, kasih sayang itu akan datang kepada kita semula. Dengan syarat, apa sahaja yang kita lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas. Dalam bercinta pula, kalau kita tak permainkan perasaan orang, pasti perasaan kita juga tidak akan dipermainkan. Kalau pun kita dipermainkan, kalau pun kita dikecewakan, anggap saja itu adalah harga yang harus kita bayar untuk bahagia yang tuhan akan beri kemudian nanti. Mendung bukan sepanjang waktu. Esok-esok, matahari menjengah kembali. Kalau ada tangan yang dihulur untuk beri kekuatan kepada kita agar kita dapat bangkit semula, sambutlah ia dengan serendah-rendah hati. Manalah tahu, itu bahagia yang kita cari selama ini. luka dalam hati yang warnanya merah itu, lama-lama nanti pulihlah.


Secebis kata-kata untuk dikongsi bersama ;

As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

http://terfaktab.blogspot.com/2011/05/jika-tangan-terhiris-pisau.html Teruskan Pembacaan...

 Salam,


Udah lama ngak ketemu,kali ini gue ingin mengucapkan selamat ari guru kepada guru-guru gue yang masih berada lagi di sek men keb changlun jugak sek keb dato wan kemara dengan harapan guru-guru sekalian berada dalam keadaan sihat endaknya..Siapalah gue ari ini jika anda-anda sekalian ngak ngajarin gue..Masih beberapa nama gue ingatin dalam pemikiran gue seperti namain cikgu zaiton,cikgu faisol,cikgu emilda,cikgu ruby,cikgu sejarah gue,cikgu matematik gue,cikgu pj gue,cikgu semua la cikgu2 gue..semoga kalian terus berusaha mendidik pelajar menjadi seperti gue yakni rajin dan turut perintah..Juga ngak dilupakan kepada kwan2 gue yang bakal menjadi cikgu..tahniah seh,ari ni ari kalian juga seperti bakal cikgu nadia,bakal cikgu Iman,bakal cikgu diana,bakal teacher akrimi dan hafiz,bakal cikgu ika..Moga anda mendapat pelajar seperti gue..wahahha.Akhir bicara gue yang ari ni ttiba jadi indonesian sebab berangan n mimpi smalam mau g sana dong..gue persembahkan kepada kalian sajak dari professor i dulu..nah terimalah..



Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Teruskan Pembacaan...