Monday, May 16, 2011

at 9:46 PM

JIKA TANGAN TERHIRIS PISAU

Berikut ialah entri kiriman dari Shahirahkhairuddin. Sebuah entri yang menarik untuk kita fikirkan dan renungkan mengenai cinta.


Putus cinta. Ditinggalkan. Difaktabkan.
Sudah serik, malah tak mahu lagi jadi apa-apa untuk sesiapa pun.

Kita seringkali duduk di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. Kita jadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. Kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. Kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup, lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut. Menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. Sangat menyedihkan bukan? Sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. Hidup ini adalah pilihan, masalahnya kita yang tak mahu buat pilihan apa-apa. Masalahnya kita rela untuk terus duduk di hadapan pintu yang tertutup itu dan mengharapkan pintu tersebut akan terbuka semula suatu hari nanti. Soalnya sampai bila mahu tunggu? Sampai kepala beruban?

Kadangkala kerana merasa terkhianati, kita jadi lupa macam mana rasanya cinta. Kita lupa atau sengaja buat-buat lupa? Kerana takut terkhianati lagi mungkin. Saya beri contoh mudah. Kita sedang kupas bawang, tiba-tiba pisau yang kita gunakan itu mencederakan jari kita. Terhiris lalu berdarah. Apakah kita tidak mahu menggunakan pisau lagi selepas itu? Berubah angin, kupas bawang pakai gunting pulak? Ataupun kita ambil keputusan, memasak tanpa menggunakan bawang. Kita rela makan dengan rasa yang tidak cukup perencah. Macam tu?

Come on la. Hidup ini terlalu indah untuk di sia-siakan. Cinta itu adalah anugerah. Setiap orang berhak untuk merasa mencintai dan dicintai. Malah cinta itu tidak mengenal siapa. Orang buta juga punya perasaan cinta.. bercinta, dan kemudian berkahwin. Malah golongan OKU juga bercinta. Heh, teringat pula kepada kawan saya 'mad lompat' yang hanya mempunyai sebelah sahaja kaki. Beliau merupakan classmate pertama yang menamatkan zaman bujang. Cool kan? Hurm.. kita yang sempuna ini apatah lagi. Apakah kita mahu mensia-siakan anugerah yang Allah beri ini begitu saja? Menolak kasih sayang yang hadir semata-mata kerana sudah serik.

Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan dan adakala menakutkan untuk diterima. Tapi kita kena belajar untuk jadi kuat. Kita mesti berani untuk bangun kembali. Kalau kita tak berani, macam mana kita nak maju ke hadapan? Ibarat bayi yang baru belajar berjalan, andai dia terjatuh, dan takut untuk berjalan lagi, sampai bila-bila pun tak kan tahu berjalan sendiri bukan?

Satu yang saya percaya, hukum hidup ini mudah. Kalau kita berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan datang kepada kita semula. Kalau kita memberikan kasih sayang, kasih sayang itu akan datang kepada kita semula. Dengan syarat, apa sahaja yang kita lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas. Dalam bercinta pula, kalau kita tak permainkan perasaan orang, pasti perasaan kita juga tidak akan dipermainkan. Kalau pun kita dipermainkan, kalau pun kita dikecewakan, anggap saja itu adalah harga yang harus kita bayar untuk bahagia yang tuhan akan beri kemudian nanti. Mendung bukan sepanjang waktu. Esok-esok, matahari menjengah kembali. Kalau ada tangan yang dihulur untuk beri kekuatan kepada kita agar kita dapat bangkit semula, sambutlah ia dengan serendah-rendah hati. Manalah tahu, itu bahagia yang kita cari selama ini. luka dalam hati yang warnanya merah itu, lama-lama nanti pulihlah.


Secebis kata-kata untuk dikongsi bersama ;

As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

http://terfaktab.blogspot.com/2011/05/jika-tangan-terhiris-pisau.html

0 comments:

Related Posts with Thumbnails