Monday, December 31, 2012

Salam,


Hari ini merupakan hari terakhir penulisan pada tahun 2012

Semoga esok hari,permulaan tahun baru,mula memberikan sesuatu yang baru demi perubahan yang lebih baik dan esok saya akan memberikan beberapa perancangan atau mudah katanya angan-angan sempena 2013

2012 berakhir dengan suka,duka,pahit,manis sebuah kehidupan yang telah dilalui selama 365 hari.Masa sangat pantas berputar,bumi ligat pada paksinya.

Entri ini semoga diharapkan dapat meninggalkan jejak 2012 pada alam maya.

Exam sudah selesai!!..Yuhuuuuuu


Teruskan Pembacaan...

Sunday, December 23, 2012

Hingga 29 Disember 2012..





Teruskan Pembacaan...

Sunday, December 9, 2012

Hassan Al Basri seorang ulama` terkemuka  yang berasal dari basrah, Iraq melihat seorang pemuda datang kepada seorang doktor dan bertanya sesuatu. Katanya, Wahai doktor apakah tuan mempunyai resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa penyakit hati?, Doktor itu menjawab "Ada". Pemuda itu berkata lagi, tolong berikan resipinya dan doktor itu menyebut lapan resipi yang akan meleburkan dosa.

1.      Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepada Allah

2.      Jadikan taubat sebagai campurannya , lalu masukkan wadah redha atas semua ketentuan dan      takdir Allah

3.      Campurkan dengan campuran Qana`ah iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita

4.      Jadikan taubat sebagai campurannya

5.      Masukkan dalam kuali taqwa, tuangkan kedalamnya air rasa malu, lalu didihkan dengan api cinta

6.      Kemudian masukkan kedalam adunan syukur

7.      Serta keringkan dengan kipasan harap

8.      Lalu akhirnya minumlah dengan senduk pujian

Jika saudara mampu melakukannya pasti saudara mampu mencegah penyakit dan pelbagai ujian sama ada di dunia atau akhirat. Selamat mencuba


Teruskan Pembacaan...