Tuesday, May 29, 2012

Entri pada kali ni,RK ingin kongsikan sebuah tulisan yang sangat sesuai dibaca oleh setiap kakitangan yang bekerja di muka bumi Allah S.W.T ini.Semoga kita dipupuk dengan rasa ikhlas dalam apa juga perkara yang dilaksanakan.Silakan membaca.

 Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas. 

Kelebihan bekerja dengan ikhlas. 

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.

2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat. 

3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan. 

4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad. 


5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

 6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan pendirian. Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".





 - Artikel iluvislam.com 

Salam Ukhuwah berkongsi karya di http://atikaahmadiah.blogspot.com
Teruskan Pembacaan...

Sunday, May 13, 2012


Assalamualaikum dan Alhamdulillah masih dipanjangkan nafas untuk menghela lagi.Sekian lama tidak dapat mengemaskini blog ni,akhirnya,pada masa dan ketika detik jam 3.26 pagi,12 Mei 2012 ni dapat juga diberi kesempatan waktu untuk update entri terbaru.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai kehebatan sebuah percutian yang dialami pada 5 Mei 2012 hingga 7 Mei 2012 yang lalu.Saya bersama rakan seramai lagi 3 orang telah menghabiskan masa selama tiga hari di Pulau Langkawi,Kedah Darul Aman.Cuti-Cuti Malaysia pulak kali ni.

Kami naik feri terakhir pada Khamis tersebut.Sampai sana langit telahpun menjengah kelam.Dalam pukul 9 malam macam tu.Pihak kereta sewa dengan senyum sengihnya memberi kunci dan berlaku hilang dalam kesesakan Jeti Kuah.(Duit hulur mau tak senyum)..

Lalu,selaku pemandu yang memiliki lesen bertauliah kelas D,saya dengan rela hati terpaksa menjadi driver diorang.Kunci dihidup,kami bergerak ke Pantai Cenang.Lokasi untuk tempat menginap.Semasa dalam perjalanan,seriously sangat teruja sebab bertahun dan berabad lama tak datang ke Langkawi ni.Walaupun ada sedara.Mata melilau kiri dan kanan.

Kami sampai di tempat penginapan.Delta Motel,betul-betul sebelah Underwaterworld Langkawi.Motel ni kira bajet punya la.Tapi kemudahan lengkap.Ya la,bujang ni bilik diguna sebagai tempat tidur sekejap saja.Kami hanya tidur pada jam 3 pagi dan bangun seawal subuh untuk meluangkan secukup masa di Langkawi.Kalau nak p untuk tidur baik lepak di kampung saja kan.

Tapi nak bagitau secara jujur,3 hari memang tak cukup.Kami buat rancangan supaya ada dua kali trip ke sana.Ini kira trip pertama.Sebab terlalu banyak tempat yang ada dan memang betul-betul 1 minggu baru lengkap satu Pulau Lagenda kami terokai.Trip kali kedua entah belum difikirkan masa lagi.Biar 1 jadi sempurna dulu.

Ok.Pagi Jumaat yang tenang.Kami bergerak keluar pada jam 7 pagi.Sunyi sepi jalan raya,mungkin penduduk Langkawi nyenyak tidur sebab semalaman mencari pahala rasanya.Haha.Yang berkahwin saja okay.Nasib baik la co-driver kat sebelah pernah kerja kitchen kat sini,jadi dia la jd tour guide kami.Kami bergerak mencari sarapan.Masuk dalam kampung baru dapat nasi lemak dan roti canai.

Kenyang.Kami bergerak menuju ke Pusat Peranginan Telaga Tujuh.Dalam pukul 9 macam tu.Bukan nak mandi,tapi nak menikmati suasana air terjun pada waktu pagi.Selesai snap atas bawah kiri kanan air terjun tu,dalam pukul 10,kami bergerak ke Cable Car.Rupanya dalam group ni,saya yang pertama kali ke sini.sighh.Memang best dan rasa macam semua masalah campak kat bawah bila naik cable car ni.Lega kepala otak.Dapat tengok penciptaan tuhan dari tempat yang atas.Memang indah.Masyaallah.

Seterusnya kami bergerak ke Makam Mahsuri,menikmati suasana sejarah Mahsuri di sana.Naik ke rumah kedah,masuk muzium mahsuri.Bergambar sana dan sini.Selesai.Berhenti rehat sementara menyambung perjalanan pada petang nanti.Pada jam lebih kurang 5 petang.Kami bersiap sedia untuk beraksi.Berjalan kaki menuju ke Pantai Cenang.Belakang ja lokasi dia..Berpesta air!..Ramai pulak minah2 salleh ni berjemur.Cabar iman sehh.Haha.

Kami main air dan main mata hingga dekat Maghrib.Lalu menikmati pemandangan sunset.Indahnya tak terucap dengan kata-kata.Selepas selesai semua perkara persiapan diri,kami menuju ke Pekan Kuah.Tempat pertama adalah Langkawi Parade.Pusing-pusing dan makan.Kami berjalan sekitar Pekan tu,sempat p Haji Ismail Group sat,dalam merayau dalam Uptown Kuah.Kemudian kami balik dan merayau di sekitar Pantai Cenang.Banyak kedai di sepanjang Pantai tersebut.Macam-macam barangan ada jual.Cenderahati.

Sabtu.Masa sangat pantas.Banyak perkara tak dapat buat sebab dah jadi hari Sabtu.Cepat benar.Kami seterusnya kemas barang sebab nak check out terus.seperti biasa kami mencari tempat breakfast.Kemudian,kami bergerak ke Tanjung Rhu,agak jauh dari Pantai Cenang.Lepak di sana dalam sejam,kemudian kami bergerak ke Kolam Air Panas,Wildlife Park dan seterusnya ke Kilim Geopark.

Saat jam melewati tengahari,kami seterusnya bergerak ke Pekan Kuah,tempat pertama adalah Idaman Suri,penuh orang dok shopping.Kami masuk dan keluar tanpa plastik di tangan.Terlalu ramai.Orang Kelantan ramai.Seterusnya kami ke tempat Jual barangan Gamat,Nusantara dan Warisan.Kemudian ke Billion Langkawi,Haji Ismail Group.Selesai beli beberapa buah tangan,kami ke Taman Lagenda pulak.Dekat dengan Jeti Kuah.ada la replika keris yang besar kat situ.

Kemudian,kami seterusnya ke Pemandangan Indah Pulau Langkawi.Tengok langkawi dari puncak bukit.Tempat yang selalu orang tengok anak bulan kat sana.Hampir petang,kami seterusnya hantar kereta dan Lepak di tempat terakhir,Dataran Lang.Ambil beberapa keping gambar dan berjalan ke Jeti.Tiket jam 6 Petang.Selamat Tinggal Langkawi.

Sampai Kuala Perlis kami lepak makan dan seterusnya pulang ke Cmart Changlun,ada konsert.Artis ada Mila dan beberapa lagi.Sound teruk jadi lepak dalam 10 minit ja.Apa yang tak bestnya,dek sebab terbawa-bawa pengendalian kereta automatik,calar telah terjadi pada kereta gue masa kat Kuala Perlis..Aduss.Panas gak.Kena try polish dan harap-harap pudar la kesan calar tu.Panjang lebar coretan kali ni.Next trip ada beberapa perkara yang kami tidak sempat buat insyaallah akan dilaksanakan.Antaranya adalah Island Hopping,Snorkeling di Pulau Payar.Tunggu!..

Korang semua wajib ke Pulau Langkawi sekiranya ingin bercuti bersama isteri suami atau keluarga.Memang terbaik.Cuma elakkan waktu cuti sekolah sebab harga melambung tinggi juga orang ramai.Nak buat apa pun tak seronok.Jumpa Lagi..Assalamualaikum.Selamat Malam.Layankan cebisan kenangan dibawah.Terima Kasih




























Teruskan Pembacaan...