Sunday, July 24, 2011

Apa nak tulis pada waktu senggang sebegini rupa.Mata melilau mencari mangsa untuk dijadikan bahan.Tapi hanya beberapa orang chinese bercakapan sesama sendiri ja.Mana faham nak olah.Tapi nada macam bertengkar memperjuangkan kebenaran masing-masing.Harap..

Oh kepala,sila putar seberapa pantas mungkin beri idea untuk tangan ini menitip di keyboard segera tanpa hilang setitis ingatan pon.Hoho.Merapu apa ni,paham dengan kata-kata yang keluar pun x..Macam mana aku boleh main taip ja.Maaf.

Nak argue pasai masa la..Sebab masa bagi aku adalah sama setiap orang..Setuju x?..Angkat tangan,lau x setuju,pohon tutup browser anda dan pergi ke site tukartiub..haha.Setiap dari kita memiliki masa sejumlah 24 jam per seorang.Sama,tapi cara menggunakan masa tu adakah berbaloi dan berfaedah?..Tidur dh 8 jam (bukan entri ni banyak kali tulis ka.)..Tulis saja la labu sementara ada akal.Hahaha.

Bosan la,masa itu emas,jadi xpayah rugikan emas dengan mengkajinya,yang penting ianya berharga dan kena lakukan secara teliti agar xrugi walau secibis emas itu pun..Mari kita cakap bab bab bab bab???..

Sungguh dan Sumpah kering idea mau tulis n karang..HOHOHO..Stop kat sini la..Tunggu la kot-kot menjelang ramadhan ni idea mai..Insyaallah..Bye semua


Teruskan Pembacaan...

Terima Kasih,Thank you,Syukran,n bla bla bla.Susah sangat ka kita nak ucap perkataan ni.Entri kali ni tiada salam sebab ingin menyampaikan kemarahan mewakili seluruh makhluk semesta planet pluto dan musytari.Kalian sangat tiada adab dan tatasusila bila macam hampas memekik meronta meminta tolong,dan selepas tangan dihulur,korang jadi taik.Muka toya semacam,belah tanpa ucap terima kasih.Bukan meminta,tapi dh tolol sangat ka?

Ya aku sangat benci dengan manusia hipokrit yakni biadap tahap tongai ni.Hang kira hang punya masalah dah bley settle,terus hang buat muka taik n sombong dan terus belah.Wey apa punya bangsai bingai la engkau mamat muka xley blah oi..Time nk minta tolong hg call cakap macam manisan tebu bukan main.Dah aku p tolong hg bley buat tau semua lak.Dan masih xsettle,aku tolong lagi..Habis yang kau belah n xcall aku cakap apa pon napa?..Bukan nk dengar sgt thanks dari mulut bangkai hg tu.Tapi at least bagitau la yg hg punya masalah sudah settle..Aku xhadap pon tapi aku nk tegur sebab hg ni kategori manusia bingai sombong belagak tau semua padahal otak hang = Zero.

Entri ni aku tuju khas kat sapa2 yang rasa korang diperlekeh,tidak ditegur dan dibuat tatau oleh manusia-manusia yang sebelumnya meminta tolong korang bagai nak rak..Mari kita maki dan tegur dia secara kasar dan tidak berhemah..Sesuai dengan taik yang dia lempar la kan.Aku maki sebab iman aku rapuh dan hilang sabar.Wakaka..Ramadhan nanti aku taubat bab ni.

Sekarang,biarkan mamat tu berseronok dan gumbira dengan kejayaan beliau padahal hampas ja..Mari kita bersastera membikin cerita membuang dusta.Adab dan Tingkahlaku..Saya bukanlah orang yang sangat beradab,kadang makan pon tumpah sana sini.Jadi kalau kita tidak beradab,xkan kita xboleh nk berubah kan.Manusia sekeliling korang dh usha lain macam pon korang bley wat dek ja..Ati kering or korang ni ati bingai?..

Jaga lah adab ,tingkahlaku dan pertuturan kita.Keluarkan yang manis dari mulut,dan biar jujur dari hati..Adakah kita perlu jadi hipokrit.Berapa lama sangat mampu bertahan..2,3 hari nanti hipokrit tu makan diri kita balik.Biar orang kata kita ni bajet beradab,tapi hati kita memang ikhlas macam yang mak bapak kita ajar.GO to hell la sapa yang kain kutuk belakang tu kan.Kesimpulan pada cerita ni,mari kita bersama-sama menjaga adab supaya orang lain xbenci..Kalau diorang xberadab,lantak p la kan..Kubur masing-masing.Tapi mau kena kutuk dulu la kat dunia ni..Wahaha.Malas dah aku nak menaip,hilang mood dek bangkai sekor yang bajet bagus.

Apa pun,korang tegur la kawan korang kalau ada yang macam ni.Nanti lagi ramai benci,susah hidup..Baik naik bangunan SPRM dan terjun.Abis cerita..Sapa pun xsusah.Salam penutup bicara pembunuh hati pada kali ni.


Teruskan Pembacaan...

Monday, July 18, 2011

Pijak,Sepak dan Patahkan semua yang ada di depan
Biar Seribu Langkah Berlari Mengelak Sejuta Kekabutan
Biar Luruh Jantung Hati Menahan Keperitan
Biar Tenggelam Ditelan Badai Kemusnahan....


Biarkan Lena Yang Asyik itu Tersedar Sendiri
Biarkan Semua mata Yang Memandang itu Penuh Pertanyaan
Biarkan Kesesakan Pada Pemikiran Akal Menujah Perjalanan Akhir
Biar Semua Mengerti
Biar Semua Merintih
Biar Semua Menjerit Payah

Jangan Jadi Petualang Pada Bangsa Sendiri
Jangan Rebah Sebelum Bangkit Menyerang
Jangan Sembunyi Dalam Terang Malam
Jangan Menangis Dalam Ketawa Hiba
Jangan Menyanyikian Lagu Penderitaan

Biarkan Ia Berlalu Dalam Diam
Dan Tanpa Sedar Ia Makin Menghilang Ditelan Kabus
Biar Sakit ini Tersimpan di Benak selama-lamanya
Biarkan Biarkan Segalanya Berlaku

Jangan Pernah Menyesal Walau Sesaat....


Teruskan Pembacaan...

Sunday, July 17, 2011

Selepas bulan Ramadhan, kita mempunyai bulan Syaaban yang juga mulia. Mulianya bulan Syaaban ini seperti dipetik didalam banyak hadith-hadith didalam buku karangan Al Muhaddith Al Hafiz Syeikh Salim Al Sanhuri Al Maliki, Kelebihan Malam Nisfu Syaaban. Semua yang diperkatakan dalam entri ni dipetik dari buku tersebut diatas. Hadith-hadith dan hujah yang diyakini dari alim ulama. Semoga bersama mendapat manfaat.

Salah satu kepentingan malam nisfu Syaaban ialah ianya berlaku satu peristiwa yang penting bagi umat manusia. Malam nisfu Syaaban adalah malam dimana berlakunya pertukaran surat-surat yang mana nama-nama manusia yang akan mati antara Syaaban ini ke Syaaban yang akan datang tercatit. Nama-nama orang yang akan mati juga dipindahkan dari dewan orang mati ke dewan orang hidup.

Seperti kata Rasulullah saw, baginda tidak mahu namanya dipindahkan ke dewan orang mati dalam keadaan baginda tidak beribadah. Hadith dari Sayyidatina Aisyah juga mengatakan yang beliau tak pernah melihat Rasulullah berpuasa lebih banyak dalam bulan-bulan lain selepas Ramadhan sebanyak dalam bulan Syaaban.

Banyak lagi kelebihan malam nisfu Syaaban iaitu nisfu Syaaban juga merupakan salah satu hari perayaan untuk Malaikat selain daripada Lailatulqadar sepertimana manusia juga mempunyai dua hari raya iaitu eidulfitri dan eiduladha. Malam ini juga merupakan antara malam dimana doa akan dikabulkan terus melain doa oleh dua golongan iaitu yang musyrik (menyekutukan Allah) dan musyahin (yang bermusuhan)

13,14 dan 15 Syaaban juga terdapat satu event yang penting untuk kita umat Muhammad dimana pada 13 syaaban Rasulullah bermunajat agar diberi peluang untuk memberi syafaat dan pengampunan kepada umat baginda lalu Allah memperkenankan permintaan baginda dan membenarkan baginda memberi syafaat kepada 1/3 umat baginda. Pada malam 14 baginda bermunajat lagi lalu diperkenankan lagi 1/3 umat manusia. Dan pada malam 15lah Allah memperkenankan Rasulullah untuk memberikan syafaat kepada seluruh umat baginda melainkan mereka yang melarikan diri daripada Allah laksana seekor unta melarikan diri dari tuannya.

Galakan menghidupkan malam nisfu Syaaban adalah sunah yang amat digalakkan. Antara cara yang disyorkan oleh Rasulullah sendiri adalah dengan bersolat sunat tasbih serta puasa sunat.

Dimalam-malam Syaaban juga Allah akan mengampunkan dan memberi nur keimanan kepada hambanya yang mencari nur tetapi bagi mereka yang tetap dalam kesesatan, Allah akan membiarkannya dalam kesesatan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri.

*Semoga kita bersama diberi hidayah agar hati kita semakin lembut dengan zikrullah dan anggota kita mencintai ibadah. Amin.

Sumber : http://reveriemalaya.blogspot.com/2010/07/ringkasan-kitab-kelebihan-malam-nisfu.html
Teruskan Pembacaan...

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N

BERAMAL LAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.

Diambil dari blog ini : http://nuraiman.wordpress.com/2008/08/14/amalan-pada-malam-nisfu-syabaan/

Teruskan Pembacaan...

Salam,

Bukan semua orang senang akan sikap dan diri kita bukan?.Untuk menyenangkan semua orang saya beranggapan adalah mustahil sebab setiap dari kita ini adalah berbeda satu sama lain..Jadi kehendaknya,minatnya dan perilakunya akan sentiasa berlainan.

Dewasa ini,saya merasakan bahawa semakin hari,semakin sukar untuk menyenangkan orang,bukan nasib diri bertemu dengan orang yang sukar dimengertikan dan juga mungkin juga diri yang semakin hari meningkat usia ini,makin jauh meninggalkan sikap dan peribadi yang lama..hanyut dibuai tugasan yang menjengah hampir setiap hari,serta tugas sedia ada yang tidak pernah habis.

Maafkan diri yang bukan sempurna ini dan bukan jenis yang akan mengikut kehendak sesiapa dan sesuka hati menyuruh kita untuk membontoti mereka demi mengikut kehendak mereka..Mana mungkin setiap dari kita tidak pernah melakukan kesilapan.Jadi sesiapa yang kurang senang dengan diri ini,dan terasa dengan perlakuan hamba,maaf dipinta.

Namun setiap perlakuan dan perkara yang saya lakukan,nescaya saya merujuk akal fikiran dan melakukan pertimbangan hati tanpa bulat-bulat memberi keputusan dan melaksanakannya..Rasa,akal ini masih lagi waras dan mampu untuk berfikir dengan tenang..Harapan,adalah perubahan kita bersama untuk memberikan kehidupan yang terbaik untuk diri keluarga dan Yang Maha Esa.



Teruskan Pembacaan...

Thursday, July 14, 2011

Siapa setuju dengan tajuk entri saya?..Harap kalian pun sependapat dengan saya.Saat dan ketika ini,saya rasa ujian dan dugaan
sedang menimpa diri dan juga team untuk berhadapan dengan orang awam.Kami dah pun bersedia pada saat perkara ini akan dijangka berlaku
dan tetap yakin yang setiap masalah ada penyelesaiannya.


Andai terjatuh rebah tersungkur ke bumi hari ini,jangan kita membiarkan diri terus dipijak dan diratah oleh perasaan hati yang mati..Bangun belajar merangkak dan bertatih semula untuk menggapai bintang di atas langit,meninggalkan segala pahit getir yang telah dilalui..Utamanya,jangan berputus asa.Cabaran adalah sebahagian dari kehidupan.

Setiap cabaran yang kita lalui seharian x kira bila dan bagaimana persekitaran kita,akan mendatangkan sebuah pengajaran
dan lebih hebat daripada itu,dalam kita tidak sedar,sebuah ciri kepimpinan akan terbentuk melalui cara kita menangani cabaran
yang dihadapi.

Jangan cepat kita berputus asa tanpa kita melakukan usaha yang sepatutnya,jangan rebah sebelum bertatih,jangan jatuh sebelum berdiri.
Tidak seronok andai kita hidup ni tanpa ada masalah,cabaran dan dugaan untuk kita rempuhi bagi menguji sejauh mana
keimanan dan kesabaran kita.

Merujuk kepada ilmu pengetahuan yang diambil dari pelbagai sumber,kita sebagai manusia dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

manusia berjaya - dimana hari ini adalah lebih baik daripada kehidupan semalam

manusia yang terpedaya - dimana hari ini adalah sama saja kehidupan seperti semalam

manusia yang rugi - kehidupan hari ini adalah lebih teruk daripada semalam

Kalian semua ingin berada dalam kategori yang mana?..Suluhlah diri kita saat kita melalui kehidupan harian,dimana kita berada dan adakah
kita telah melakukan yang terbaik dalam hidup ini..orang yang cemerlang akan melakukan pekerjaan yang orang malas x mahu buat.
Cedoklah ilmu dimana-mana untuk menghadapi perkara yang kita tidak sangka dan duga akan alami,biarkan dada kita penuh dengan ilmu untuk
mengamalkannya dan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Namun harus diingat,sebesar mana pun ilmu yang kita ada,setinggi mana pun pengetahuan kita,jangan sesekali berasa riak.Janganlah kamu
menuntut ilmu untuk berbangga dihadapan mahupun untuk berdepan dengan orang yang jahil atau menarik perhatian manusia kepada kamu
Barangsiapa yang berbuat demikian,maka nerakalah tempatnya.

Mari kita bersama-sama mengejar dan menggapai cita-cita dengan merasai cabaran sebelum menakluk keindahan hidup berpaksikan akhlak dan
ilmu serta diselaputi dengan keimanan dan ketakwaan kepada-Nya..Wallahualam.

"Tembak cita-cita anda dilangit yang paling tinggi walaupun terkena awan yang paling rendah"


Salam.




Teruskan Pembacaan...

Sunday, July 10, 2011

Kuala Lumpur,9 Julai 2011 – Sejumlah ribuan manusia pelbagai latar belakang dan umur daripada 5 tahun hingga 70 tahun beramai-ramai membanjiri Bandaraya Kuala Lumpur dengan melaungkan slogan “Reformasi” dan tidak diketahui punca mereka berarak tanpa mengikut isu asal yang ingin menyuarakan kehendak kepada SPR sebanyak 8 perkara tersebut..Ini ala-ala berita..Dan bawah ni ala-ala makian berintelek sebab mereka ni menghancurkan Negara sendiri tanpa ambil peduli keadaan sekeliling.

Wey BERSIH!..Apa niat dan agenda korang bila buat semua perkara ni.Ada hasil apa yang korang dapat lepas berhimpun dan berarak ramai macam ni?..Kenapa masa Sambutan Maulidur Rasul korang xramai macam ni datang sambil berselawat keatas Nabi di dataran merdeka?..Janganlah nak menghancurkan Negara sendiri demi nafsu korang memperjuangkan politik..Walaupun berbeda fahaman politik,korang kena la guna akal,xpayah sampai nak menyusahkan seluruh Negara..Hampir seluruh Bandaraya Kuala Lumpur lumpuh hari ni.

Aku memang xpuas ati la kat korang ni,walaupun aku bukan berada di sana,tapi aku dapat tengok macam mana korang punya tabiat buruk yang boleh merosakkan seluruh bangsa kat Malaysia ni.Korang bersorak beramai-ramai,tapi xkan dapat apa.Korang jangan fikir nak jadikan Malaysia ni macam Negara luar tu seperti Libya.Fikir sedalam-dalamnya sebelum bertindak.

Aku nak listkan kat bawah ni apa yang aku fikir pasal korang yang memang keseluruhannya aku tafsirkan sebagai rosak..Budaya korang ni menyebabkan orang lain sukar buat aktiviti seperti berniaga,kerja dan membawa keluarga bercuti.

1) Kenapa sanggup datang dari jauh,semata-mata mencari benda yang memang korang pasti xkan dapat.Jauh bang datang dari kedah,kelantan,johor..Abang,makcik xsayang duit ka habiskan kt perhimpunan tu?>>entah-entah ada yang xpernah sampai KL pun sebelum ni,dek kerna Bersih,sanggup bergolok bergadai..Hasilnya..SAMPAH makcik oi!..

2) Agenda korang ni xjelas..Niat awal lain,pastu bila dh berhimpun,jadi lain..Reformasi jadah apa..Korang ingat kerajaan akan tumbang ke dengan perbuatan korang ni.Wey,Malaysia la,bukan Libya.

3)Semua warga KL mewakilkan aku untuk sumpah seranah korang.Bila pemimpin korang kena tangkap,abis punca nak buat apa.Rugi n buang masa ja korang lepak n buat kacau..Dengar siap budak-budak IPT pun ramai,abis la kalau korang ni bakal jadi pemimpin nanti,Xlayak langsung budak-budak oi..Hancur kalau Malaysia dapat kat korang nanti.

4)Korang ni hanya nak amik publisiti murahan dan berniat bagi memalukan pentadbiran Negara.Tapi korang silap,pihak berkuasa dah makin hebat, dan Negara akan sanggup buat apa saja,xkira latar belakang politik apa,untuk menghalang perkara yang sia-sia.

5) Korang balik kg,balik taman masing-masing dan berhimpun beramai-ramai kat surau,masjid,buat solat hajat,baca doa beramai-ramai untuk kesejahteraan Malaysia.Lagi mulia.Fikir guna akal yang waras sebelum ikut punggung orang lain.Mudah dipengaruh dengan benda yang xbetul mencerminkan diri korang ni tiada pegangan kukuh.Titik dan tamat.

KUALA LUMPUR KOTOR DEK BERSIH..

Teruskan Pembacaan...

Saturday, July 9, 2011

Jerit perih,suka dan duka serta kesungguhan dengan mengikut rujuk keterpaksaan telah berakahir pada saat penulisan ini bertempat di Kopitiam.Terima kasih kepada semua rakan taulan serta bos yang membantu hingga ketitisan yang terakhir..

Daulat tugasan ini amat besar dan memberi pengajaran tentang ilmu hidup serta penilaian terhadap masa dan budaya kerja yang dilakukan.Amat besar pengorbanan yang perlu dilakukan demi menyelesaikan masalah yang dihadapi tambahan dengan masalah di tempat kerja yang dirasa tidak akan selesai sampai bila-bila.

Penuh tawadduk dan tawakal hanya bekalan bagi menjamin keterusan dalam sambungan pembelajaran sepanjang hayat ini.Tanpa usaha,tiada guna mengaplikasikan tawakal..Saya sudahi dulu..
tinta penulisan ini.

Salam

Teruskan Pembacaan...

Thursday, July 7, 2011

Dalam perjalanan melangkah menaiki tangga sebuah cerita hidup,kita saban hari menjalaninya tanpa mengetahui dunia ini semakin melangkah lanjut usianya.Semakin rakus kita menerajang perut bumi bagi mencari bekalan hidup di dunia tanpa sedetik pun memikirkan yang bumi sedang meratapi saat penghujungnya...

Enak mata memandang ke langit biru dengan menyaksikan burung beterbangan keriangan..Sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan mulia,Ramadhan Al Mubarak,bagaimana persiapan kalian semua?..Sudah order baju raya?..Berapa pasang..

Kuih muih untuk tester dilihat dimana-mana sahaja pada ruangan ofis ni,menandakan pergolakan hati yang tidak sabar membuat perniaagan yang pasti menguntungkan pada bulan mulia tersebut..Namun dalam kita berebut-rebut mempromosikan perniagaan,jangan terlintas di benak kelupaan pada gantian puasa tahun lepas.Pastikan sudah diganti penuh..Moga-moga kita tingkatkan amalan sebelum kedatangan bulan Ramadhan..Biar nyenyak dan aman melaksanakan ibadat dan penuh dengan tawadduk.

Coretan berakhir disini..Waktu siang yang cepat berlalu diganti malam menyesakkan lagi perjalanan hidup yang dirasakan sangat pantas berlalu..Adiosa..

Salam

Teruskan Pembacaan...

Salam,nah ini kali keberapa entah la,percubaan demi percubaan akhirnya terjadi juga coding yang baru diaplikasikan ini..Apa khabar kalian semua?..Saya harap hari ini hari yang bagus untuk tuan-tuan dan puan-puan melaksanakan tugas
Setiap kali bicara ini ditulis,mesti ada saja yang hendak diceritakan.Pada entri kali ni,saya hanya ingin mencuba coding baru,dan percaya lah idea untuk penulisan masih belum timbul di benak fikiran ini lagi.Masih berputar ligat otak ini bagi mencari maklumat dan idea baru yang boleh dikongsi bersama.Saya ingin menyambung kerja ya kalian.Kita ketemu di lain kali.Harapan saya supaya kalian sihat dan berjaya..Salam.. Teruskan Pembacaan...

Wednesday, July 6, 2011

Edisi pada kali ini adalah Perkahwinan...teeeeeeett..(Rujuk pada edisi Terfaktab)..Haha

Isu yang ingin dibawa oleh saya pada kali ini adalah amat sesuai pada kalian yang berada diperingkat umur 23 - 29 (lebih dan kurang dikira sebagai tidak layak membaca entri ini)..Kemarin telah berlaku satu permainan kata-kata yang pada aku sangat mengelirukan tutur kata mereka ini hingga keluar duit caruman setiap bulan untuk Takaful Ikhlas ni..Namun disebalik terpengaruh,tidak juga diri ini sesalkan kerna ianya simpanan masa hadapan saya jugak..Perlu ditegur juga anda wahai ejen,penerangan bukan bermaksud kami mahu..okay?..

Terang tapi jangan sampai anda memaksa kerna ini hanya bergantung kepada kewangan dan pemikiran positif diri kami sahaja.Tapi sangat cemburu pada kaum perempuan dimana pakej mereka termasuk dengan elaun perkahwinan dan elaun bersalin..Anda wajib menelefon ejen-ejen takaful ikhlas sekarang wahai kaum yang penuh dengan persoalan..hehe..

Saya maafkan anda kali ini kerana saya ingin menyimpan duit untuk masa hadapan dan gaji saya meningkat bulan ini dek kerna kenaikan tahunan..Sudah berada dalam arena pekerjaan ini hampir 2 tahun.Banyak lagi yang perlu belajar disamping pelajaran yang sangat berguna untuk hidup didunia dan akhirat kelak.Amin syukur.

Kembali kepada topik utama kita,perkahwinan.Permulaan ini hanya sebagai pengenalan sahaja,Perlu mengadap soalan bila nak kahwin sangat membebankan tujahan akan kepala ini bagi menjawab..Tidakkah penemuduga soalan ini tidak ketahui bahawa saya seorang yang tidak kukuh pada tangga kewangan lagi.Juga masih belum punya calon yang berjaya meruntun hati nurani ini bagi mengikat tali perkahwinan?.

Pada saya,perkahwinan ini mengambil kira keseluruhan aspek sebelum ianya menjadi bahagia.Perlu diambil kira dari segi ilmu dan iman untuk menjadi khalifah (lelaki)..Untuk meminpin baby tersayang dan juga bakal anak-anak.Seterusnya perlu mempunyai kewangan kukuh bagi membolehkan tanggungjawab dapat dilaksanakan,ingin sekali mengelak meminjam duit pada kawan atau saudara ketika mahu membawa isteri ke hospital nanti..Biarlah guna kewangan sendiri..Seterusnya biarlah diri ini betul-betul mahu memikul tanggungjawab yang pada saya ianya sangat berat.Hidup seorang pun dah macam caca-merba disiplin kawalan diri ini..Belajar dulu menjadi insan kemudian baru mulakan pencarian pasangan hidup

Akhir sekali,biarlah teman atau pasangan yang bakal bertakhta di kerajaan hati ini memahami secara terperinci setiap perilaku tubuh ini bagi meningkatkan pemahaman dan tidak menyesal berkahwin dengan diri yang kurang sempurna ini nanti..Biarlah kita saling mengenali dahulu sebelum mengambil keputusan muktamad.

Titik.Harap anda bakal muncul dalam hidup ini  wahai bidadari ,beserta dengan pakej yang mampu menawan kalbu bukan kerna kecantikan..Tapi budi pekerti kamu,akhlak kamu yang membuatkan saya terpikat.Bye!!

Salam..

Teruskan Pembacaan...

Doa aku kepada kalian supaya lebih baik hidup hari ini dan esok berbanding kelmarin......

Fenomena BERSIH 2.0 menyebabkan pembacaan aku pada akhbar utama terhenti sejenak lantaran bosan menjadi tunjang akal bagi memikirkan isu dan hal mereka ini.Entah apa berita dan isu semasa selain bersih ini pon aku dh hilang punca.Harap ada akan update ketika menikmati sarapan pagi nanti ~

Kesiangan hari ini dan kelmarin membuatkan aku sesak dek kerana permasalahan utama internet yang menangis-nangis meronta minta dibaiki segera,pantas aku hubungi TM dan hari ini alhamdulillah segalanya berjalan lancar,lega dapat teruskan pembacaan dalam talian dan usaha memeriksa tarikh final dan lega lagi kerna ia dihujung Ogos tambahan juga hari Jumaat.Tidak perlu cuti rehat.Amin.

Malam ni rasa sunyi tanpa bunyi cengkerik yang diandaikan menghormati persembahan malam yang sangat tenang.Sangat indah andai dapat memiliki sepasang sayap bagi menjelajah pelusuk alam menonton teater keindahan dunia ni bukan?..Terbang pergi sejauh mungkin bagi melupakan segala jerit perih masalah juga realiti kehidupan yang amat susah dari imaginasi hati kecil.

Mesti indah kalau dapat dilihat dari atas,apa terjadi di bawah.Selalu sangat dibawah hingga terlupa untuk memandang ke atas pun sangat susah diterima akal hati.Jangan terlalu merendah diri andai anda bijak mengatur disiplin diri untuk berhadapan dengan manusia yang penuh dengan tabiat yang berlainan dan sukar dibaca.

Sunyi malam menghentikan acara menaip ini untuk seketika bagi membolehkan pembacaan atas talian bagi mengambil semula pengetahuan yang hampir 3 purnama tiada yang masuk ke akal ini.Sejenak terfikir seperti berada di alam lain yang penuh dengan hutan dan tiada yang memerhati gerak diri kemana..Adiosa.Salam

Teruskan Pembacaan...