Sunday, July 17, 2011

Salam,

Bukan semua orang senang akan sikap dan diri kita bukan?.Untuk menyenangkan semua orang saya beranggapan adalah mustahil sebab setiap dari kita ini adalah berbeda satu sama lain..Jadi kehendaknya,minatnya dan perilakunya akan sentiasa berlainan.

Dewasa ini,saya merasakan bahawa semakin hari,semakin sukar untuk menyenangkan orang,bukan nasib diri bertemu dengan orang yang sukar dimengertikan dan juga mungkin juga diri yang semakin hari meningkat usia ini,makin jauh meninggalkan sikap dan peribadi yang lama..hanyut dibuai tugasan yang menjengah hampir setiap hari,serta tugas sedia ada yang tidak pernah habis.

Maafkan diri yang bukan sempurna ini dan bukan jenis yang akan mengikut kehendak sesiapa dan sesuka hati menyuruh kita untuk membontoti mereka demi mengikut kehendak mereka..Mana mungkin setiap dari kita tidak pernah melakukan kesilapan.Jadi sesiapa yang kurang senang dengan diri ini,dan terasa dengan perlakuan hamba,maaf dipinta.

Namun setiap perlakuan dan perkara yang saya lakukan,nescaya saya merujuk akal fikiran dan melakukan pertimbangan hati tanpa bulat-bulat memberi keputusan dan melaksanakannya..Rasa,akal ini masih lagi waras dan mampu untuk berfikir dengan tenang..Harapan,adalah perubahan kita bersama untuk memberikan kehidupan yang terbaik untuk diri keluarga dan Yang Maha Esa.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails