Thursday, July 14, 2011

Siapa setuju dengan tajuk entri saya?..Harap kalian pun sependapat dengan saya.Saat dan ketika ini,saya rasa ujian dan dugaan
sedang menimpa diri dan juga team untuk berhadapan dengan orang awam.Kami dah pun bersedia pada saat perkara ini akan dijangka berlaku
dan tetap yakin yang setiap masalah ada penyelesaiannya.


Andai terjatuh rebah tersungkur ke bumi hari ini,jangan kita membiarkan diri terus dipijak dan diratah oleh perasaan hati yang mati..Bangun belajar merangkak dan bertatih semula untuk menggapai bintang di atas langit,meninggalkan segala pahit getir yang telah dilalui..Utamanya,jangan berputus asa.Cabaran adalah sebahagian dari kehidupan.

Setiap cabaran yang kita lalui seharian x kira bila dan bagaimana persekitaran kita,akan mendatangkan sebuah pengajaran
dan lebih hebat daripada itu,dalam kita tidak sedar,sebuah ciri kepimpinan akan terbentuk melalui cara kita menangani cabaran
yang dihadapi.

Jangan cepat kita berputus asa tanpa kita melakukan usaha yang sepatutnya,jangan rebah sebelum bertatih,jangan jatuh sebelum berdiri.
Tidak seronok andai kita hidup ni tanpa ada masalah,cabaran dan dugaan untuk kita rempuhi bagi menguji sejauh mana
keimanan dan kesabaran kita.

Merujuk kepada ilmu pengetahuan yang diambil dari pelbagai sumber,kita sebagai manusia dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

manusia berjaya - dimana hari ini adalah lebih baik daripada kehidupan semalam

manusia yang terpedaya - dimana hari ini adalah sama saja kehidupan seperti semalam

manusia yang rugi - kehidupan hari ini adalah lebih teruk daripada semalam

Kalian semua ingin berada dalam kategori yang mana?..Suluhlah diri kita saat kita melalui kehidupan harian,dimana kita berada dan adakah
kita telah melakukan yang terbaik dalam hidup ini..orang yang cemerlang akan melakukan pekerjaan yang orang malas x mahu buat.
Cedoklah ilmu dimana-mana untuk menghadapi perkara yang kita tidak sangka dan duga akan alami,biarkan dada kita penuh dengan ilmu untuk
mengamalkannya dan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Namun harus diingat,sebesar mana pun ilmu yang kita ada,setinggi mana pun pengetahuan kita,jangan sesekali berasa riak.Janganlah kamu
menuntut ilmu untuk berbangga dihadapan mahupun untuk berdepan dengan orang yang jahil atau menarik perhatian manusia kepada kamu
Barangsiapa yang berbuat demikian,maka nerakalah tempatnya.

Mari kita bersama-sama mengejar dan menggapai cita-cita dengan merasai cabaran sebelum menakluk keindahan hidup berpaksikan akhlak dan
ilmu serta diselaputi dengan keimanan dan ketakwaan kepada-Nya..Wallahualam.

"Tembak cita-cita anda dilangit yang paling tinggi walaupun terkena awan yang paling rendah"


Salam.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails