Sunday, July 10, 2011

Kuala Lumpur,9 Julai 2011 – Sejumlah ribuan manusia pelbagai latar belakang dan umur daripada 5 tahun hingga 70 tahun beramai-ramai membanjiri Bandaraya Kuala Lumpur dengan melaungkan slogan “Reformasi” dan tidak diketahui punca mereka berarak tanpa mengikut isu asal yang ingin menyuarakan kehendak kepada SPR sebanyak 8 perkara tersebut..Ini ala-ala berita..Dan bawah ni ala-ala makian berintelek sebab mereka ni menghancurkan Negara sendiri tanpa ambil peduli keadaan sekeliling.

Wey BERSIH!..Apa niat dan agenda korang bila buat semua perkara ni.Ada hasil apa yang korang dapat lepas berhimpun dan berarak ramai macam ni?..Kenapa masa Sambutan Maulidur Rasul korang xramai macam ni datang sambil berselawat keatas Nabi di dataran merdeka?..Janganlah nak menghancurkan Negara sendiri demi nafsu korang memperjuangkan politik..Walaupun berbeda fahaman politik,korang kena la guna akal,xpayah sampai nak menyusahkan seluruh Negara..Hampir seluruh Bandaraya Kuala Lumpur lumpuh hari ni.

Aku memang xpuas ati la kat korang ni,walaupun aku bukan berada di sana,tapi aku dapat tengok macam mana korang punya tabiat buruk yang boleh merosakkan seluruh bangsa kat Malaysia ni.Korang bersorak beramai-ramai,tapi xkan dapat apa.Korang jangan fikir nak jadikan Malaysia ni macam Negara luar tu seperti Libya.Fikir sedalam-dalamnya sebelum bertindak.

Aku nak listkan kat bawah ni apa yang aku fikir pasal korang yang memang keseluruhannya aku tafsirkan sebagai rosak..Budaya korang ni menyebabkan orang lain sukar buat aktiviti seperti berniaga,kerja dan membawa keluarga bercuti.

1) Kenapa sanggup datang dari jauh,semata-mata mencari benda yang memang korang pasti xkan dapat.Jauh bang datang dari kedah,kelantan,johor..Abang,makcik xsayang duit ka habiskan kt perhimpunan tu?>>entah-entah ada yang xpernah sampai KL pun sebelum ni,dek kerna Bersih,sanggup bergolok bergadai..Hasilnya..SAMPAH makcik oi!..

2) Agenda korang ni xjelas..Niat awal lain,pastu bila dh berhimpun,jadi lain..Reformasi jadah apa..Korang ingat kerajaan akan tumbang ke dengan perbuatan korang ni.Wey,Malaysia la,bukan Libya.

3)Semua warga KL mewakilkan aku untuk sumpah seranah korang.Bila pemimpin korang kena tangkap,abis punca nak buat apa.Rugi n buang masa ja korang lepak n buat kacau..Dengar siap budak-budak IPT pun ramai,abis la kalau korang ni bakal jadi pemimpin nanti,Xlayak langsung budak-budak oi..Hancur kalau Malaysia dapat kat korang nanti.

4)Korang ni hanya nak amik publisiti murahan dan berniat bagi memalukan pentadbiran Negara.Tapi korang silap,pihak berkuasa dah makin hebat, dan Negara akan sanggup buat apa saja,xkira latar belakang politik apa,untuk menghalang perkara yang sia-sia.

5) Korang balik kg,balik taman masing-masing dan berhimpun beramai-ramai kat surau,masjid,buat solat hajat,baca doa beramai-ramai untuk kesejahteraan Malaysia.Lagi mulia.Fikir guna akal yang waras sebelum ikut punggung orang lain.Mudah dipengaruh dengan benda yang xbetul mencerminkan diri korang ni tiada pegangan kukuh.Titik dan tamat.

KUALA LUMPUR KOTOR DEK BERSIH..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails