Sunday, September 30, 2012

Salam Sejahtera serta selamat mengukir senyuman kepada penjawat awam serta golongan muda selepas
pembentangan bajet belanjawan 2013 petang kelmarin.

Diharapkan dengan perancangan bajet negara kita dapat mengurangkan jumlah defisit seperti anggaran.


Ok sebab tajuk bukan main penuh bermakna lagi,takkan nak bercerita mengenai bajet pula kan.

Balik kepada tajuk entri,ayat ini dicipta selepas berborak dengan rakan saya pada 2 jam yang lepas di sebuah warung tepi jalanraya di pekan.

Berbincang dan berbicara mengenai ramai rakan kami yang telah dan bakal mengikat tali pertunangan bersama dengan orang yang itakdirkan untuk hidup bersama mereka ke akhir hayat,insyaallah,Maka keluarlah satu cerita yang benar berlaku terhadap seorang rakan wanita kami.

umur sebaya dan tamat pengajian sarjana muda beliau pada tahun lepas.biarlah beliau dinamakan sebagai Nur Syafina Zulaikha,atau ringkasnya biarlah sebagai ika sahaja.Sedap nama samaran pun.

Beliau ketika bersekolah adalah menjadi pujaan beberapa jejaka yang lagak mereka mesti 'mat bunga'.Maklumlah budak budak baru nak naik biasa di setiap sekolah akan ada,cuma saya tidak reti dan tidak tahu nak bergaya seperti mereka.

Ika tamat pengajian hingga tingkatan enam,kemudian sambung ijazah dan seterusnya bekerja di pekan yang masih menjadi hometown kami bersama.Tiada rezeki lagi untuk berhijrah mungkin.Namun usaha tetap diteruskan untuk menjadikan diri kami semua satu langkah ke hadapan dari sekarang ini.Insyaallah.

Ika mengikat tali pertunangan ketika beliau hampir tamat pengajian ijazah.Alhamdulillah,tunangan adalah orang yang berdekatan dengan beliau,berbeza mungkin jarak yang tidak jauh sahaja.Khabarnya mereka berkawan lama.

Perwatakan Ika adalah seperti lakaran wanita di dalam iluvislam,panduanislam dan sebagainya lagi.RIngkasnya beliau adalah dambaan kepada makcik pakcik di kampung untuk menjadikan beliau sebagai menantu atau sebagai madu makcik di kampung.

Percakapan tutur bicaranya sangat disusun rapi serta berbudi bahasa dan sifat ramah yang tinggi.Bisa cair setiap jejaka yang melihat serta bersembang dengannya.

Ujian dugaan menimpa hubungan pertunangan mereka,si tunang ditangkap atas kesalahan terlibat dalam satu kes bunuh.

Dipenjarakan sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.Luluh hati si Ika,Menitis air mata taktala menerima dugaan yang sangat berat untuk dihadapi ini.

Beliau tabah dan redha serta masih setia walaupun tunangnya sedang bertarung dengan kebenaran di penjara dan mahkamah.

Hinaan,cacian serta perlian orang sekeliling dijamahnya hingga ke dasar hati.redha dan sabar.

Masa lapang beliau pada cuti,akan digunakan untuk melawat tunang tersayang.Masih tidak berubah hatinya.

Ramai jejaka yang merisik,namun pulang hampa,hingga cercaan yang timbul kepada beliau dan tunang.

Dalam masa itu,timbul seorang lelaki,berumur lingkungan 30 tahun,bersimpati dengan Ika,Ika keseorangan dalam menghadapi dunia luar,sedangkan tunangnya masih belum pasti jalan keluarnya.

Terumbang ambing Ika dalam meneruskan hidup seorang yang dijangkanya mungkin sementara,masa telah menjadi rahsia untuk tunangkan bebas.

Si Lelaki yang baik hati bersimpati ini adalah suami orang,bekerja di tempat yang sama.Ayatnya memukau Ika untuk berkawan dan meluahkan segala masalah yang menimpa beliau.Si lelaki ini menjadi rakan yang sangat mesra.

Dalam masa yang sama,Ika masih meneruskan pertunangan dan melawat seperti biasa tunangnya itu.

Dan masa yang sama juga,Ika semakin utuh dalam hubungan dengan si lelaki itu..Semakin hari semakin rapat.

Dari hanya membeli nasi bungkus,sarapan berubah kepada membawa keluar makan tengahari,minum petang.

Segalanya bersama.Hingga mengiringi pulang ke rumah selepas waktu bekerja tamat.

Hingga satu ketika,jatuh fitnah terhadap mereka berdua,kebenaran tidak pasti namun banyak mata telah menyaksi.

Ika dan si lelaki ini dilihat skandal yang penuh misteri.Terlalu rapat hingga seakan akan tiada rasa berdosa dalam perhubungan yang haram ini.si tunang tidak tahu apa apa di dalam tirai besi disana.

Ika dan lelaki ini semakin galak buas dan menjadi jadi dek kerna tiada yang dipedulikan mereka lagi.

Nasihat rakan rakan diendahkan,asal hati senang,jiwa dibelai itu sudah mencukupi untuk di yang masih muda ini.

Selepas sekian lama,tunangnya dibebaskan,

Ika mengurangkan aktiviti keluar,makan bersama dan sebagainya lagi dengan si lelaki ini,tapi entah berapa lama mampu bertahan

Beliau kembali ke sisi tunang,meneruskan hidup bersama,

Dan mungkin akan berkahwin hujung tahun ini.

Namun si lelaki masih bekerja di tempat yang sama dengan Ika lagi.Susah hendak tinggalkan rasa sayang yang ada...

Adakah mampu Ika berubah????

Adakah pembalasan akan berlaku selepas akad nikah Ika dengan tunangnya?...

Adakah Ika akan menceritakan segala-galanya kepada bakal suaminya sebelum pernikahan berlaku??

Adakah si lelaki ini akan menjauhkan diri dari Ika????..

 

Timbul berbagai persoalan..nantikan kesinambungan cerita ini...sekian.


Salam,

01:38 pagi

30 sept 2012
Teruskan Pembacaan...

Friday, September 28, 2012

 Ringkasan Bajet 2013


251.6 Billion untuk pembangunan keseluruhan negara terbahagi kepada :

201.9 billion belanja mengurus

49.7 billion pembangunan


mengurus

58.6b emolumen

33.8b pkhidmatan bekalan

107.3b  beri imbuhan serta kenaan tetap

1.1b belian aset

1.2b belanja lain


pembangunan

30bb ekonomi insfrastrukut peindustrian pendalaman pertanian

11.1 sektor sosial pndidikan latihan kesihatan prumahan

4.6b keselamatan

2b pntadbiran

2b simpanan luar jangka



kutipan hasil

208.6billion dianggarkan

defisit kurang 4.7% pada 2013


tema : memakmur negara mensejahtera rakyat sebuah janji ditepati

5 fokus utama

1) merangsang aktiviti plaburan

pelaburan asing dan domestik


pelaksanaan 12 projek di bawah nkea


pelaburan dijangka 148.4 billion

insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas utk galak pelaburan domestik

1 billion dibawah skim pks dibawah kendalian sme bank..akses pks untuk dpt pmbiayaan dan maju perniagaan


skim insuran berkelompok kpd penjaja dan peniaga kecil yg berdaftar ssm,kerajaan akan biaya setahun 16juta.


#industri minyak dan gas

langkah untuk tingkatkan keupayaan dalam laksana ekosistem utk sokong pembangunan industri minyak dan gas.insentif cukai
dirancang.

elaun cukai pelaburan 100 peratus.diberi selama 10 tahun kpd yang layak.

pengecualian cukai pegangan dan duti setem


#industri pelancongan

peruntukan sbnyak 358juta dibawah pembangunan (naik 42%)

pengecualian cukai selama 3 tahun kepada pengusaha pelancongan


#penekanan kepada pertanian


5.8billion diperuntukakn kepada kementarian asas tani

75 juta untuk tingkatkan pengeluaran produk makanan kesihatan


432 juta disediakan untuk projek tanam semula pokok kelapa sawit


sistem pengurusan tanaman jelapang padi yang baru akan dibuka di kota belud, batang lupar, rompin dan pekan



#nelayan



skim perlindungan insuran nelayan


kerajaan peruntuk 230 juta sbgai insentif tangkapan dan elaun sara hidup


program pembaikan rumah sedang dibuat


subsidi dan insentif diteruskan untuk sektor padi.



skim perlindungan takaful pertanian (padi) kepada pengusaha sawah..pampasan dianggar 13ribu setiap pesawah.peruntukan 50juta


projek azam tani diteruskan



41juta akan diperuntukan projek azam tani

pengecualian cukai pndapatan dan duti setem kepada syarikat berstatus trx (bank antarabangsa)

yayasan wakaf malaysia akan diberi tanggungjawab utk rangka pelan induk pembangunan wakaf korporat.


9 billion dr projek mrt diberikan kepada syarikat bumiputra.


sedia 350juta untuk tambahan tekun sbgai penyedia pinjaman

50 juta darinya adalah  kpd kaum india


#pendidikan


38.7 billion diperuntukan kpd kementerian pelajaran


500 juta tambahan untuk tambah kepakaran guru.



1 billion ditambah kepada tabung khas untuk insfra sekolah dalam pembangunan dan penambahbaikan


# taska dan pra sekolah

geran pelancaran 10ribu kpd pnyedia taska baru

potongan cukai ke atas majikan taska

pengecualian cukai pendatapan 5 tahun

taska oku dibangunkan


200 juta untuk kukuhkan kebolehpasaran graduan

440 juta untuk pinjaman pelatih jalani latihan kemahiran

366 juta untuk naiktaraf ilp dan ikbn


50 juta untuk latih pelajar india yang gagal peperiksaan dan miskin

perkeso sedia 200 juta menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di hospital kerajaan dan klinik panel
kepada golongan sektor swasta..

# membudayakan inovasi tingkat produktiviti

- wujud skim dana pembiayaan harta intelek berjumlah 200 juta
- sedia 19 juta program latihan penilai harta intelek tempatan
- 400 juta disedia kepada universiti penyelidikan
- pelepasan cukai untuk syarikat subsidiari yang jalankan r n d

# penyampaian perkhidmatan awam

- peruntukan mengurus dan perbelanjaan diguna scara berhemah
- defisit fiskal terus berkurang pada kadar 3.7%
- memastikan kutipan hasil ditingkatkan
- memastikan semua perolehan kerajaan berasaskan value for money

#penjawat awam pinjaman perumahan

- amalan kerja kena cepat tepat integriti
- perkhidmatan lebih efisien efektif dan responsif

- naikkan pencen minimum dari 720 kepada 820 bayaran pada 1 januari 2013 yang berkhidmat 25 tahun.

- golongan emas,caj urusan passport dikurangkan kepada 150,untuk 5 tahun
- 2 tahun dikurangkan kepada 80ringgit

bebudak 12 tahun kebawah juga nikmati caj yang sama


#atm


skim perkhidmatan atm ditambahbaik.kelayakan masuk peg kepada ijazah dan laskar kepada spm dan diploma


peluang kenaikan ditingkatkan melalui kaedah time based dalam tempoh 8 tahun.


bayaran insentif khas bulanan kepada smua peg dan anggota atm berjumlah 200 ringgit..


pasukan simpanan khas,elaun khidmat dinaikkan kepada 6ringgit sejam dari 4 ringgit...


bekas tentera bersara awal tidak berpencen,diberikan one off satu ribu ringgit...


skim perlindungan insuran kepada atm dan polis.maksimum 15 ribu ringgit..


#penjawat awam

- bpp akan disusun semula,panel bank komersil akan urus pnjaman perumahan kerajaan yang baru.4 % faedah dikekalkan.

- wang proses pinjaman perumahan akan ditetapkan kepada 100 ringgit pada setiap pinjaman

- kos sara hidup bagi pelapis pra perkhidmatan (kesihatan) akan ditambahbaik.


#mensejahterakan rakyat

- 6 billion disediakan.

- membaikpulih sekolah,klinik,perumahan dan penyediaan kemudahan sukan

- usaha kurang jenayah ditingkatkan.

- tambah bilangan polis

- tubuh unit rondaan bermotosikal

- tambah bilangan sukarelawan polis

- tambah pemasangan cctv di 25 pbt


#pdrm

- kajian jpa sedang dilaksanakan untuk tambah baik.


membasmi gejala rasuah

- 150 perjawatan ditambah setiap tahun kepada sprm hingga 5000 orang


pembangunan

4.5 billion untuk pembangunan luar bandar

projek jalan luar bandar dan desa dinaiktaraf

insfra utiliti luar bandar dinaiktaraf

program desa lestari dibangunkan

tadahan tangki air di kawasan pedalaman sabah dan sarawak.



19 billion untuk sektor kesihatan

- klinik 1 malaysia ditambah,sedia perkhidmatan ujian kolestrol,urin

- baikpulih klinik

- tambah mesin dialisis

 #wanita

- 50 juta diperuntukan


- 500 wanita akan dilatih dibawah program pengarah wanita

- inkubator ibu tunggal akan ditingkatkan (usahawan)

- usahawan kecil online ditingkatkan dengan geran disediakan

- kemudahan pemeriksaan percuma mamogram untuk 40 tahun keatas


#golongan pendapatan rendah


- bantuan warga emas,bantuan kanak2,bantuan sakit kronik,
- 1 azam ditingkatkan lagi
- warga emas dan kanak2 jalanan disediakan tempat tinggal sementara dan ditambah kepada 6 buah anjung.


#sukan

- pembangunan sukan diperuntukkan 778 juta.

- 15 juta untuk siapkan atlit

- 50 juta untuk 4 tahun bagi persiapan sukan olimpik

- velodrom tertutup dan akademi badminton dibina

#youth

- festival belia diadakan

 -tabung usahawan muda dalam bidang ict akan ditubuhkan dengan permulaan 50 juta ringgit untuk latihan



#kediaman

rumah mesra rakyat ditambah,apartment kos rendah dibina

kos 26 ribu untuk rumah mesra rakyat,subsidi 25 ribu

program perumahan rakyat oleh jabatan perumahan negara ditingkatkan.

ppr kepada penjawat awan dan oku

had pendapatan ditingkatkan kepada 5 ribu ringgit kepada skim rumah pertamaku

syarat akan dimansuhkan (syarat kerja dan simpanan)


#Bantuan rakyat 1 malaysia atau BR1M 2.0 akan diteruskan.sebagai tambahan,pemberian br1m diperluaskan
kepada individu bujang 21 ke atas dgn pendapatan tidak lebih 2000 ringgit sebulan berjumlah rm250.00

dibayar awal tahun 2013..sedia ada tidak perlu daftar,yang baru daftar disember 2012

#subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram

#penstabilan harga minyak masak di pasaran.

# harga barang di sarawak dan sabah akan dikawal berdasarkan penyeragaman harga.

# diskaun tambang feri labuan ke sabah diturunkan 50%

# Bakal haji boleh keluarkan caruman kwsp untuk tambah kos dengan maksimum 3000 ringgit.



#Cukai pendapatan individu

- 20 jenis pelepasan cukai dilaksanakan

- kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap mata pendapatan cukai bulan.

- cukai pendapatan koperasi dikurangkan.


#keselamatan bas sekolah

- pengusaha bas sekolah dapat rebat tunai 10k pada tukaran bas baru,skim pinjaman diuruskan oleh BSN.

- sediakan skim perlindungan diri kepada semua murid sekolah yang guna perkhidmatan baS sekolah


#Kebajikan pelajar

- RMT
- Bantuan belian buku
- bantuan makan di asrama

#bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah,kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan ini.

#baucer buku 1 malaysia kepada pelajar ipt akan diteruskan.akan dinaikkan kepada rm250.

#pelepasan cukai pendidikan tinggi dinaikkan kepada rm6000 berbanding rm4000.

#pelepasan cukai bagi skim pinjaman nasional dinaikkan kepda rm6000 berbanding rm3000.

#ptptn

- hutang perlu dibayar.

- proses pembayaran balik akan berikan beberapa inisiatif

: bayar hutang sekaligus diberikan 20% diskaun

: bayar pinjaman secara konsisten,diskaun 10% setahun akan diberikan.

#pusat internet 1 malaysia akan dibangunkan di seluruh negara.


#CSR


- felda akan laksana projek perumahan generasi baru

- rumah kampung akan dinaiktaraf di felda

- program latihan anak felda akan dilaksanakan


#Penjawat Awam

- Bonus 1.5 bulan gaji kepada penjawat awam (disember,raya dan januari)...3 kali bayaran.

- Pesara kerajaan akan dapat sebanyak rm500


RK : Bajet pada kali ini keseluruhannya fokus kepada cukai.Mengurangkan cukai bagi mengurangkan beban rakyat



Teruskan Pembacaan...

Monday, September 17, 2012

Salam.

18:11
Bayview Langkawi
Room 1225

Salam,

Ada juga kesempatan yang boleh diambil untuk menulis sepatah dua kata,sehingga khamis ni,saya akan berada di Bayview,Pulau Langkawi bagi menghadiri Seminar Kepakaran Keselamatan.

Sehari dua ni,berita mengenai video yang mengakibatkan seluruh dunia kecoh dan haru biru dibuatnya.Ia telah mengakibatkan semua umat islam di dunia ini melontarkan perasaan tidak puas hati dengan berbagai cara yang ada kalanya menyimpang dari ajaran agama kita sendiri.

Video menghina Nabi Muhammad s.a.w ini telah pun dihalang aksesnya oleh negara kita.Alhamdulillah,satu tindakan kerajaan yang sangat bagus bagi mengelakkan berlakunya perpecahan agama di negara kita yang aman damai ini.

Itu saja setakat sekarang ini.Ketemu kita pada lain masa lagi.Jangan risau,seminggu ini anda pasti akan dihamparkan dengan berbagai entri menarik.Lapang sedikit untuk menaip.hihi

Salam.



Teruskan Pembacaan...

Wednesday, September 12, 2012

Berfikir Seperti Majikan

Apabila melepasi zaman pembelajaran asas sama ada diperingkat sekolah menengah ataupun universiti, setiap individu akan memasuki sama ada dunia pekerjaan ataupun perniagaan.
Kebanyakan individu di Malaysia memilih dunia ‘Makan Gaji’ sebagai pilihan utama bagi mendapatkan duit untuk menyara hidup di dunia. Individu yang makan gaji sinonim dengan panggilan pekerja.

Apabila menjadi seorang pekerja pemikiran yang wujud dalam diri adalah Pemikiran Pekerja atau Employee Thinking.Di mana pekerja berfikir bahawa mereka perlu melakukan kerja apabila disuruh ataupun diarah oleh bos. Pekerja yang melakukan tugasan yang diberikan oleh majikan. Dengan melakukan segala kerja yang disuruh oleh majikan atau bos adalah memenuhi tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja.

Gaji atau pendapatan yang diterima adalah halal dan bersih kerana kita telah menyiapkan dan melakukan apa yang disuruh oleh majikan. Duit yang diterima hasil daripada melakukan apa yang dikehendaki oleh majikan yang mengupah kita adalah halal. Persoalan kita pada hari ini bukannya tentang halal ataupun haram pendapatan yang datang dari sumber gaji, tetapi tahap keupayaan kita melakukan kerja.

Sebagai contohnya. Abu Afham bekerja di bahagian pentadbiran. Suatu hari bosnya iaitu CEO, mengarahkan dia untuk menulis dan menghantar sepucuk surat kepada TM (Telekom). Surat itu adalah bertujuan memindah semua talian telefon di pejabat sedia ada ke pejabat baru yang akan memulakan operasi pada Isnin minggu hadapan. 

Selepas menerima arahan tersebut, beliau menulis sepucuk surat dan menghantarkannya kepada syarikat TM (Telekom)  seperti yang diarahkan oleh CEOnya. Di sini kita dapat melihat bahawa Abu Afham menyempurnakan tanggungjawabnya seperti dikehendaki oleh majikannya. - Di sini ada satu persoalan baru mengenai definisi tanggungjawab yang akan dikongsikan di artikel yang berlainan.

Apabila Abu Afham telah berbuat demikian, dia sebenarnya mengunakan pemikiran pekerja untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Sudah pasti bosnya itu tenang apabila diberitahu bahawa sepucuk surat telah dihantar kepada TM (Telekom) pada hari dia mengarahkannya.

Lihat situasi sama tetapi dengan konsep pemikiran yang berbeza: Abu Afham dipanggil berjumpa dengan CEOnya. 

“Afham, sila hantar surat kepada TM untuk memindahkan semua talian telefon ke pejabat baru kita mulai hari Isnin depan” kata CEO.

“Tuan saya telah menyerahkan surat bagi pemindahan semua talian telefon kepada En. Azree pada hari Jumaat yang lalu untuk diambil tindakan. Pihak TM akan memindahkan semua talian itu secara berperingkat dan akan  siap sepenuhnya pada hari Isnin depan.” kata Afham kepada bosnya itu.

Apakah perasaan bosnya apabila mempunyai pekerja seperti ini?
  • Adakah dia gembira atau hanya tenang mendengar apa yang disampaikan oleh Afham itu?
  • Adakah bosnya itu dapat menaruhkan sepenuhnya kepercayaan kepada Abu Afham apabila bertindak sedemikian?
Apa yang menyebabkan Afham bertindak lebih pantas daripada arahan majikannya itu? Ini kerana dia berfikir seperti majikan. Dia sentiasa memikirkan seperti mana majikannya berfikir. Secara praktikalnya dia bekerja dengan memiliki pemikiran majikan. Hampir semua tugasan dibuatnya terlebih dahulu sebelum bosnya mengarahkan dia untuk melakukan.
Jika tibanya masa untuk memberi imbuhan, pekerja mana yang anda didahulukan oleh bos ?
  • Pekerja dengan pemikiran pekerja, iaitu buat apabila disuruh ataupun 
  • Pekerja yang berfikir seperti majikan ataupun rakan kongsi pada majikan
Jika ada kekosongan ataupun keperluan melantik pengurus ataupun jawatan tinggi siapa yang tersenarai dalam minda CEO itu?

Jika anda melihat situasi Afham di atas, kedua-dua situasi itu memerlukannya menulis surat dan menghantarnya kepada TM.

Cuma yang membezakan hanyalah, Afham dengan sikap pertama, menunggu arahan manakala Afham dengan sikap kedua membuat kerja terlebih dahulu sebelum arahan diterima.

Tugasan atau kerja yang sama tetapi mendapat imbuhan ataupun gaji yang berbeza. Jadi tiada sebab kenapa kita tidak mahu berfikir seperti majikan. Kelebihannya banyak, peluangnya terbuka seluas-luasnya.

Apa yang terjadi jika bos anda tidak menghargai diri anda yang berfikir seperti majikan? Apa lagi, cari organisasi yang memiliki bos yang menghargai kebolehan anda itu. Jika masih tiada yang dapat menghargainya, sudah tiba masanya anda memulakan bisnes anda menjadi bos kepada diri anda sendiri. 

Selamat Berjaya

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, September 11, 2012

Teruskan Pembacaan...

Tuesday, September 4, 2012

VLADIVOSTOK (Russia): Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin.
Beliau berkata pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.
Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.
Beliau berkata pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.
Zainol Abidin berkata Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain.
Zainal Abidin berkata lima lagi pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital di Vladimirskaya.
Beliau mengenalpasti mereka sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.
Ketika memberikan butir-butir kepada wartawan Malaysia yang meliputi sidang APEC 2012, Zainal Abidin berkata bantuan segera telah ditawarkan kepada pelajar berkenaan berikutan laporan daripada seorang daripada mereka mengenai kemalangan itu.
"Segala bantuan akan diberikan kepada pelajar di hospital sementara persiapan sedang dibuat segera untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar itu," kata beliau.
"Ini tragedi dahsyat dan yang pertama di sini," kata beliau.
Beliau juga berkata keluarga semua pelajar berkenaan telah diberitahu mengenai kemalangan itu. "Mereka begitu terkejut, kerana baru saja beberapa jam sebelumnya pelajar itu meninggalkan Kuala Lumpur," kata beliau. -BERNAMA

RK: AL-fatihah
Teruskan Pembacaan...