Wednesday, July 6, 2011

Edisi pada kali ini adalah Perkahwinan...teeeeeeett..(Rujuk pada edisi Terfaktab)..Haha

Isu yang ingin dibawa oleh saya pada kali ini adalah amat sesuai pada kalian yang berada diperingkat umur 23 - 29 (lebih dan kurang dikira sebagai tidak layak membaca entri ini)..Kemarin telah berlaku satu permainan kata-kata yang pada aku sangat mengelirukan tutur kata mereka ini hingga keluar duit caruman setiap bulan untuk Takaful Ikhlas ni..Namun disebalik terpengaruh,tidak juga diri ini sesalkan kerna ianya simpanan masa hadapan saya jugak..Perlu ditegur juga anda wahai ejen,penerangan bukan bermaksud kami mahu..okay?..

Terang tapi jangan sampai anda memaksa kerna ini hanya bergantung kepada kewangan dan pemikiran positif diri kami sahaja.Tapi sangat cemburu pada kaum perempuan dimana pakej mereka termasuk dengan elaun perkahwinan dan elaun bersalin..Anda wajib menelefon ejen-ejen takaful ikhlas sekarang wahai kaum yang penuh dengan persoalan..hehe..

Saya maafkan anda kali ini kerana saya ingin menyimpan duit untuk masa hadapan dan gaji saya meningkat bulan ini dek kerna kenaikan tahunan..Sudah berada dalam arena pekerjaan ini hampir 2 tahun.Banyak lagi yang perlu belajar disamping pelajaran yang sangat berguna untuk hidup didunia dan akhirat kelak.Amin syukur.

Kembali kepada topik utama kita,perkahwinan.Permulaan ini hanya sebagai pengenalan sahaja,Perlu mengadap soalan bila nak kahwin sangat membebankan tujahan akan kepala ini bagi menjawab..Tidakkah penemuduga soalan ini tidak ketahui bahawa saya seorang yang tidak kukuh pada tangga kewangan lagi.Juga masih belum punya calon yang berjaya meruntun hati nurani ini bagi mengikat tali perkahwinan?.

Pada saya,perkahwinan ini mengambil kira keseluruhan aspek sebelum ianya menjadi bahagia.Perlu diambil kira dari segi ilmu dan iman untuk menjadi khalifah (lelaki)..Untuk meminpin baby tersayang dan juga bakal anak-anak.Seterusnya perlu mempunyai kewangan kukuh bagi membolehkan tanggungjawab dapat dilaksanakan,ingin sekali mengelak meminjam duit pada kawan atau saudara ketika mahu membawa isteri ke hospital nanti..Biarlah guna kewangan sendiri..Seterusnya biarlah diri ini betul-betul mahu memikul tanggungjawab yang pada saya ianya sangat berat.Hidup seorang pun dah macam caca-merba disiplin kawalan diri ini..Belajar dulu menjadi insan kemudian baru mulakan pencarian pasangan hidup

Akhir sekali,biarlah teman atau pasangan yang bakal bertakhta di kerajaan hati ini memahami secara terperinci setiap perilaku tubuh ini bagi meningkatkan pemahaman dan tidak menyesal berkahwin dengan diri yang kurang sempurna ini nanti..Biarlah kita saling mengenali dahulu sebelum mengambil keputusan muktamad.

Titik.Harap anda bakal muncul dalam hidup ini  wahai bidadari ,beserta dengan pakej yang mampu menawan kalbu bukan kerna kecantikan..Tapi budi pekerti kamu,akhlak kamu yang membuatkan saya terpikat.Bye!!

Salam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails