Wednesday, July 6, 2011

Doa aku kepada kalian supaya lebih baik hidup hari ini dan esok berbanding kelmarin......

Fenomena BERSIH 2.0 menyebabkan pembacaan aku pada akhbar utama terhenti sejenak lantaran bosan menjadi tunjang akal bagi memikirkan isu dan hal mereka ini.Entah apa berita dan isu semasa selain bersih ini pon aku dh hilang punca.Harap ada akan update ketika menikmati sarapan pagi nanti ~

Kesiangan hari ini dan kelmarin membuatkan aku sesak dek kerana permasalahan utama internet yang menangis-nangis meronta minta dibaiki segera,pantas aku hubungi TM dan hari ini alhamdulillah segalanya berjalan lancar,lega dapat teruskan pembacaan dalam talian dan usaha memeriksa tarikh final dan lega lagi kerna ia dihujung Ogos tambahan juga hari Jumaat.Tidak perlu cuti rehat.Amin.

Malam ni rasa sunyi tanpa bunyi cengkerik yang diandaikan menghormati persembahan malam yang sangat tenang.Sangat indah andai dapat memiliki sepasang sayap bagi menjelajah pelusuk alam menonton teater keindahan dunia ni bukan?..Terbang pergi sejauh mungkin bagi melupakan segala jerit perih masalah juga realiti kehidupan yang amat susah dari imaginasi hati kecil.

Mesti indah kalau dapat dilihat dari atas,apa terjadi di bawah.Selalu sangat dibawah hingga terlupa untuk memandang ke atas pun sangat susah diterima akal hati.Jangan terlalu merendah diri andai anda bijak mengatur disiplin diri untuk berhadapan dengan manusia yang penuh dengan tabiat yang berlainan dan sukar dibaca.

Sunyi malam menghentikan acara menaip ini untuk seketika bagi membolehkan pembacaan atas talian bagi mengambil semula pengetahuan yang hampir 3 purnama tiada yang masuk ke akal ini.Sejenak terfikir seperti berada di alam lain yang penuh dengan hutan dan tiada yang memerhati gerak diri kemana..Adiosa.Salam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails