Saturday, November 26, 2011

Salam Sejahtera semua,Hari ini merupakan pengakhiran tahun 1432H,yang akan menjadi sebuah kenangan untuk simpanan arkib kita.Pahit dan Manis dipenuhi dalam coretan kisah kenangan.

Lembaran tahun baru Hijrah 1433H diharapkan menjadi bingkisan permulaan yang indah dan dengan penuh azam baru dapat dilaksanakan bermula esok.Moga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa ke jalan yang diredhaiNYA.

Moga tahun baru ini menjadi lebih baik meninggalkan kisah tahun lalu.Moga azam pada tahun baru ini menjadi lebih baik dan penuh usaha untuk menggapai azam tersebut menjadikannya realiti.

Doa Akhir tahun ini dibaca selepas waktu Asar dan Sebelum waktu Maghrib tiba


Doa Awal tahun ini dibaca selepas masuk waktu Maghrib



Moga tahun baru yang datang ini membuka ruang kepada kita dan menyedarkan kita bahawa kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah ini,kita masih diberi peluang untuk memohon keampunan bagi kehidupan yang lebih indah dan dibawah rahmatNya.

Tinggalkan segala keburukan tahun lalu,Bangkit dan mulakan kehidupan baru yang lebih penuh kebaikan harapnya.Amin.

Lakukan HIJRAH daripada keburukan kepada kebaikan.Syukur dengan detik masa yang masih diberi ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails