Saturday, December 10, 2011
Salam,RK nak kongsikan bersama anda semua mengenai cara-cara menunaikan solat sunat gerhana.Seeloknya kita buat berjemaah di masjid,dan kalau taknak pergi masjid,buat sorang kat rumah.
Gerhana ada dua iaitu
1. Gerhana matahari. Ia berlaku apabila bulan melindungi matahari.
2. Gerhana bulan. Ia belaku apabila bulan berada di dalam kawasan bayang bayang bumi.
*Apabila berlaku gerhana sama ada gerhana itu sebahagian sahaja atau keseluruhan disunatkan sembahyang bagi mereka yang bermukim, musafir, merdeka, hamba, lelaki dan perempuan.
*Sembahyang sunat gerhana adalah sunat muakad
*Masuk waktu sembahyang gerhana matahari dengan permulan melindungi bulan akan matahari. Habis waktunya dengan taida lagi permukaan matahari yang terlindung dengan bulan atau jatuh matahari dalam keadan gerhana.
*Masuk waktu sembahyang gerhana bulan dengan permulan masuk bayang bayang bumi pada bulan, dan habis waktunya dengan tiada lagi bayang bayang bumi pada permukaan bulan atau dengan naik matahari. Tidak habis waktunya dengan naik fajar atau jatuh bulan pada malam dalam keadan gerhana.
*Diketahui masuk waktu dan keluarnya dengan pengelihatan mata, tidak dengan perkataan ahli kaji bintang.
Cara melakukan sembahyang sunat gerhana
*Niat sembahyang sunat gerhana matahari
أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah تعالى
*Niat sembahyang sunat gerhana bulan
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaad kerana Allah تعالى
*Niat itu hendaklah didalam hati.
*Sekurang kurang sembahyang sunat gerhana seperti sembahyang sunat zuhur.
*Sekurang kurang sempurna hendaklah disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan tidak dipanjangkan bacaan padanya.
*Yang palig sempurna disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap rakaad.
*Cara yang paling sempurna hendalah seorang itu
1. takbiratul ihram berserta dengan niat,
2 baca doa iftitah,
3. baca أعوز بالله,
4. baca al-fatihah,
5. baca surah al-baqarah hinga selesai,
6. rukuk dengan membaca tasbih sekadar seratus ayat daripada surh al-baqarah,
7. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk,
8. baca fatihah,
9. baca surah ali Imran,
10. rukuk kali kedua dengan membaca tasbih sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah,
11. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk,
12. sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar seratus ayat daripada surah al-baqarah
13. duduk antara dua sujud serta baca bacaan antara dua sujud,
14. sujud yang kedua dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah,
15. berdiri pada rakaad kedua,
16. baca al-fatihah,
17. baca surah an-nisa hinga selesai,
18. rukuk dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh ayat daripada surah al-baqarah,
19. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk
20. baca fatihah
21. baca surah al-maidah
22. rukuk dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah,
23. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk
24. sujud dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh daripada surah al-baqarah,
25. dudu antara dua sujud dengan membaca bacaan diantara dua sujud,
26. sujud kedua dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah,
27. duduk bagi membaca tasyahud akhir,
28. memberi salam.
*sembahyang gerhana yang kurang akmal (sempurna) seperti ini juga, hanya pendekkan bacaan surah dan kurangkan tasbih pada rukuk dan sujud.
*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.
*setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi pada dua khutbah itu.
*hendaklah khatib menyuruh taubat, bersedekah, puasa dan lainnya.
RK dapat info ini dari : http://almalakawi.wordpress.com/2009/12/30/sembahyang-sunat-gerhana/
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan amalan kita terhadap Allah S.W.T..Takkan sentiasa saja nak berbicara bab cinta dan hiburan ye dak?.
Teruskan Pembacaan...
Salam semua,esok pada 10 Disember 2011.bersamaan dengan 14 Muharran 1433 Hijrah,sebuah lagi sejarah pembikinan semesta bumi akan berlaku.Kejadian yang akan tersimpan dalam sejarah tamadun manusia,GERHANA BULAN.
Gerhana Bulan ini berlaku apabila Bulan dihalang untuk menerima cahaya matahari.Petang tadi ada tonton Al Kulliyah.Jadi sempat juga la curik ilmu untuk dikongsi dengan pembaca sekalian.Jadi selepas bermain main dengan google,RK jumpa info yang sesuai untuk dikongsi bersama anda.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Info ini diperoleh di http://www.falak-online.net/portalfalak/category/blog-tags/gerhana-bulan
Mari kita bersama-sama menyaksikan kejadian ini dan melakukan solat sunat gerhana,doa,munajat pada ketika dalam waktu kejadian gerhana ini..Menyusul adalah cara-cara melaksanakan solat sunat gerhana.
Teruskan Pembacaan...

