Sunday, October 23, 2011

Arghh.Dengus sendirian ketika malam hampir melepaskan nafsu penatnya bagi menunggu siang bertandang,dalam fikiran terbayang-bayang dokumen yang dilekatkan pada pam di stesen minyak tadi.Rasanya di semua stesen minyak ada dilekatkan.

Yes.Harga berapa banyak kita kena bayar, dan berapa "mahal" pulak kerajaan terpaksa tanggung subsidi.Wey,otak penat lar nak melawan psikologi macam ni.Ramai akan lebur otak dek kerana nak berfikir sedalam mungkin pasal sebab musababnya psikologi ini dibuat.hurghh

Dan sekarang kita disogokkan dengan kedai 1 Malaysia..Sekarang ni barang-barang runcit dan restoran baru dilaksanakan.Pohon agar kedai 1 Malaysia ini dipanjangkan kepada kedai hardware,kedai jual alat ganti kenderaan,spa,butik pakaian,kedai kasut,kedai elektronik..Biar semua,dari atas sampai bawah,dari dalam sampai luar,kita 1 malaysia.baru best.

proton dan perodua jugak kena join kedai 1 Malaysia ni.Jual kereta pada harga mampu milik,jauh lebih murah dari kenderaan asing.

Dan yang paling baru,perang psikolgi ini akan diteruskan pada caj perubatan.Apa faedah?..Macam xikhlas ja orang kena bayar seringgit,tapi dalam bil tulis,patut bayar 200.Omaii.Pelik cara peperangan seperti ini,Yang sakit bertambah sakit,memikirkan cara mengatasi perang ini..Kita tunggu la pelaksanaannya,tadi dah keluar di berita bukan.

fs:...Apa lagi lepas ni yer.Harap dapat beli rim kereta 1 malaysia,nak beli tiket flight 1 malaysia.Maklumla,murah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails