Monday, October 24, 2011
As-Salam.Kita diciptakan dalam pelbagai bentuk,dalam pelbagai rupa,dalam pelbagai cerita hidup.Setiap dari diri kita adalah berbeza antara satu sama lain walaupun kembar.Itu adalah fakta.Jesteru,dalam kita menghadapi hari hari yang mendatang,pelbagai jenis rintangan dan jutaan aturan hidup kita akan lalui,tempuhi secara berlainan antara satu sama lain.
Kita sebagai manusia ini sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup,bagi mengecapi nikmat dunia yang sementara ini dan juga agar tidak dijauhkan dengan nikmat akhirat.Namun,kerana kita ini mengejar kearah kesempurnaan,tanpa sedar kita telah dihambat oleh masa lalu,masa silam yang inginkan kesempurnaan itu tidak dicapai.
Andai kita tidak bersungguh-sungguh,maka hampa lah jawapannya,kesempurnaan itu meninggalkan kita hari demi hari dan semakin jauh serta sukar digapai.Kesempurnaan ini berada di dalam segala aspek,cuma kita sendiri boleh mengisi tempat kosong dimana ayat kesempurnaan ini diletakkan.
Oleh itu,mari kita berpesan sesama sendiri,supaya dalam keterujaan kita mencari kesempurnaan,kita pastikan bahawa masa silam kita tidak diulang.Hari ini tidak seperti semalam,esok tidak seperti kelmarin.
Ayuh anak muda,bangun menentang kejahilan politik (ada kaitan ka)..Chaloo
0 comments:
Post a Comment