Showing posts with label muda. Show all posts
Showing posts with label muda. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Tetengah malam ni tajuk pun jadi macam sial ja kan.Mood untuk memaki hamun sudah datang.Salam pon xmo bagi dah.haha.

Petang tadi,I jalan jalan di Pusat Membeli Belah a.k.a Shopping Complex

Nampak 4,5 couple,terlalu ramai untuk dinyatakan,dalam umur belasan tahun (MELAYU)

Dressing K-Pop.Peluk sana sini.Serius akhlak tahap cipan.

Diorang ni la yang akan mengeluarkan anak haram.Kemudian xmo ngaku.(tajuk ni gua kasik dalam speech time kursus lol,siap fakta lagi setiap minit berapa ramai anak haram terhasil - Fakta!)

Sebabnya mudah.

Sekarang ni,dunia terbuka.Payah gak kan bila teknologi melebihi manusia.

Pemberian notebook 1 Malaysia tu jugak punca.Yes.Napa?..Makin ramai la anak-anak muda kita,xkira felda atau kampung.Dapat akses blue percuma.Belajar dari situ cara buat anak.

Ok hang cakap bukan semua guna xbaik camtu..Ok aku cakap lak,daripada golongan sikit tadi,akan paste la url laman web youjizz,mimpimelekit,abghensem,hentai bla bla bla kepada golongan yang baik (sikit)..Dan hasilnya.Bertambah ramai.Benda seronok sapa tolak?..Gtau aku.Nak p kasik free lagi 5,6 bijik laptop

SKMM ni pun ntah kerja buat apa tatau.Korang ni xreti nak block benda macam ni ka.Atau korang kaki blue hurgh?.

Wey,kecian la kat anak-anak muda ni.Lahir ja dah terpampang gambar bogel kat laptop.Mudah sangat.

Kesian kat korang yer,muda-muda dah silap langkah.Dan satu g,hentikan la ayat klise yang salahkan mak bapak.Kurung anak dalam bilik pun xguna dah sekarang,cakap habis air liur pun xguna dah bila diorang belajar sendiri melalui internet.Semua ada.Ask google ja bai.

Chaloo.Tidur dalam keresahan memikirkan berapa ramai lagi anak haram sedang dihasilkan.

Teruskan Pembacaan...

Salam Sejahtera ke atas kamu juga saya.Selamat malam,kepada yang masih berjaga lagi tu,selamat membaca entri khas pada kali ini.Tetiba membincangkan pasal subjek saya pada semester ini.Izinkan saya menggunakan kata ganti diri sebagai "saya"..haha.Almaklumla,pelajar.Kena berhemah dan disegani ramai.Insyaallah.

Dok membelek buku modul sambil dihidangkan muzik sentimental dari lappy saya,playlist lagu Adele.Xda campur-campur dengan artis lain.Punya la mau fokus study sambil ambil semangat muzik alunan yang merdu.Tambah pulak dengan angin sepoi-sepoi yang kadang-kadang tidak berbahasa.Tambah lagi fokus pada nak tidur ja.Bukan study.Wahaha.

Ok,kembali kepada tajuk khas saya.Asyik dok membaca ja,sampai satu tajuk,yang dalam englishnya adalah "Barriers to Innovation".Nak saya jelaskan ka pasal inovasi?..Ok,short n sweet,wahahaha,inovasi tu adalah "findings way to deliver new or better goods or services"..Translate la sendiri kalau malas memikio.Salah satu point yang menarik saya untuk menulih pada malam hari ini adalah "Traditional Management Behaviour".Dalam point ini,mereka menyatakan bahawa had kreativiti kakitangan akan terhalang untuk ke arah inovasi sekiranya pihak pengurusan dikawal oleh kakitangan senior (makna kata lain,hampir bersara).Ini adalah kerana mereka (yang lama) akan meneruskan tradisi berfikir cara lama dan menolak untuk perubahan.Dan ini menyebabkan mereka menolak segala macam idea baru,hinggakan pekerja yang kreatif ini disingkirkan (dibiarkan) tanpa menggunakan kreativitinya ke arah organisasi yang cemerlang dan membentuk inovasi.Jangan sangkal yer,ini fakta.ngeh3 (berlagak sebab amik dari buku).

Panjang lebar bukan main.Ok,ini ringkasan dari ayat-ayat buku tadi.Untuk memudahkan pemahaman kita bersama.Sedikit nasihat jugak cadangan.Andai silap,jangan ikut.Wahhaha..

1) Yang lama,jangan angkuh,jangan cakap u saja betul.U jangan amik perkataan "kerja dah lama,kami tau la nak buat macam mana"..Pfffttt.WTF la kat orang macam ni.Cuba bagi peluang orang lain buat,dan compare dengan kerja yang korang dah buat beribu-ribu tahun tu.Yang mana mudah,senang,untung..>

2) Haish,saya macam beremosi,yes.Tapi abaikan.2nd point,Yang muda,jangan buat segala macam perubahan terlalu drastik.Amik masa sikit.Yes,tau la kita ni cepat bertindak dan aktif.Tapi,kena la tolak ansur sikit dengan yang senior.Diorang punya henjutan mana laju dah macam muda-muda dulu.Maaf,blue sikit.Tapi betul kan/?..hahaha

3) Untuk tetapkan apa-apa keputusan,adalah lebih baik,anda campurkan muda dan tua.Buat brainstorming.Pasti akan membuatkan bos anda senyum sinis.Maju organisasi.

4) Jangan pandang orang bawah ni sebelah mata.Setiap orang ada kelebihan dia dan woi,kelebihan xtengok pada bawah atau rendah darjat seseorang tu.Ada kurang,wajib ada lebih.sigh

5) Tolak ansur,kerjasama.Muda dan tua berganding bahu.Yang tua tu jangan la sampai takmau buat dan terlibat dengan apa-apa tah,tau la sehari dua g nak pencen.Tapi masih makan gaji lagi kan?..So amik berkat gaji tu la pakcik makcik sekalian.jangan makan gaji buta.Selagi dibayar,u have to give 100% performance.

6) Yang muda-muda,perlahan-lahan kita hapuskan birokrasi tua.Kita jalankan secara senyap dan teratur>>ngeh3..

Kalau korang semua menolak kepada perubahan,sampai bila-bila pun dok statik macam tu ja.Yang korang tau nak komplen sana,nak mengata sini,yang tu salah,yang ni xkena.Cari alasan menolak mudah dari memberi alasan menerima.Cari salah orang memang korang cemerlang.Cermin diri sendiri dulu sebelum mengerling kepada pihak lain!.

Untuk maju,berubah la.Bawak organisasi korang ke tahap yang lebih baik daripada yang ada sekarang ni.Jangan guna mesin taip dah yer..Maksud mendalam nih.haha.Yang muda,tunjukkan kita boleh memimpin yang tua hasil bimbingan orang tua jugak.See ya

Chalooo.Salam

Teruskan Pembacaan...