Monday, October 31, 2011

Salam Sejahtera ke atas kamu juga saya.Selamat malam,kepada yang masih berjaga lagi tu,selamat membaca entri khas pada kali ini.Tetiba membincangkan pasal subjek saya pada semester ini.Izinkan saya menggunakan kata ganti diri sebagai "saya"..haha.Almaklumla,pelajar.Kena berhemah dan disegani ramai.Insyaallah.

Dok membelek buku modul sambil dihidangkan muzik sentimental dari lappy saya,playlist lagu Adele.Xda campur-campur dengan artis lain.Punya la mau fokus study sambil ambil semangat muzik alunan yang merdu.Tambah pulak dengan angin sepoi-sepoi yang kadang-kadang tidak berbahasa.Tambah lagi fokus pada nak tidur ja.Bukan study.Wahaha.

Ok,kembali kepada tajuk khas saya.Asyik dok membaca ja,sampai satu tajuk,yang dalam englishnya adalah "Barriers to Innovation".Nak saya jelaskan ka pasal inovasi?..Ok,short n sweet,wahahaha,inovasi tu adalah "findings way to deliver new or better goods or services"..Translate la sendiri kalau malas memikio.Salah satu point yang menarik saya untuk menulih pada malam hari ini adalah "Traditional Management Behaviour".Dalam point ini,mereka menyatakan bahawa had kreativiti kakitangan akan terhalang untuk ke arah inovasi sekiranya pihak pengurusan dikawal oleh kakitangan senior (makna kata lain,hampir bersara).Ini adalah kerana mereka (yang lama) akan meneruskan tradisi berfikir cara lama dan menolak untuk perubahan.Dan ini menyebabkan mereka menolak segala macam idea baru,hinggakan pekerja yang kreatif ini disingkirkan (dibiarkan) tanpa menggunakan kreativitinya ke arah organisasi yang cemerlang dan membentuk inovasi.Jangan sangkal yer,ini fakta.ngeh3 (berlagak sebab amik dari buku).

Panjang lebar bukan main.Ok,ini ringkasan dari ayat-ayat buku tadi.Untuk memudahkan pemahaman kita bersama.Sedikit nasihat jugak cadangan.Andai silap,jangan ikut.Wahhaha..

1) Yang lama,jangan angkuh,jangan cakap u saja betul.U jangan amik perkataan "kerja dah lama,kami tau la nak buat macam mana"..Pfffttt.WTF la kat orang macam ni.Cuba bagi peluang orang lain buat,dan compare dengan kerja yang korang dah buat beribu-ribu tahun tu.Yang mana mudah,senang,untung..>

2) Haish,saya macam beremosi,yes.Tapi abaikan.2nd point,Yang muda,jangan buat segala macam perubahan terlalu drastik.Amik masa sikit.Yes,tau la kita ni cepat bertindak dan aktif.Tapi,kena la tolak ansur sikit dengan yang senior.Diorang punya henjutan mana laju dah macam muda-muda dulu.Maaf,blue sikit.Tapi betul kan/?..hahaha

3) Untuk tetapkan apa-apa keputusan,adalah lebih baik,anda campurkan muda dan tua.Buat brainstorming.Pasti akan membuatkan bos anda senyum sinis.Maju organisasi.

4) Jangan pandang orang bawah ni sebelah mata.Setiap orang ada kelebihan dia dan woi,kelebihan xtengok pada bawah atau rendah darjat seseorang tu.Ada kurang,wajib ada lebih.sigh

5) Tolak ansur,kerjasama.Muda dan tua berganding bahu.Yang tua tu jangan la sampai takmau buat dan terlibat dengan apa-apa tah,tau la sehari dua g nak pencen.Tapi masih makan gaji lagi kan?..So amik berkat gaji tu la pakcik makcik sekalian.jangan makan gaji buta.Selagi dibayar,u have to give 100% performance.

6) Yang muda-muda,perlahan-lahan kita hapuskan birokrasi tua.Kita jalankan secara senyap dan teratur>>ngeh3..

Kalau korang semua menolak kepada perubahan,sampai bila-bila pun dok statik macam tu ja.Yang korang tau nak komplen sana,nak mengata sini,yang tu salah,yang ni xkena.Cari alasan menolak mudah dari memberi alasan menerima.Cari salah orang memang korang cemerlang.Cermin diri sendiri dulu sebelum mengerling kepada pihak lain!.

Untuk maju,berubah la.Bawak organisasi korang ke tahap yang lebih baik daripada yang ada sekarang ni.Jangan guna mesin taip dah yer..Maksud mendalam nih.haha.Yang muda,tunjukkan kita boleh memimpin yang tua hasil bimbingan orang tua jugak.See ya

Chalooo.Salam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails