Tuesday, November 16, 2010


 
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Nabi Ismail, selepas dari mimpi itu Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar, maka bermesyuaratlah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Berkata Siti Hajar: "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja!", tapi kalau mimpi itu merupakan wahyu maka haruslah dituruti". Apabila mendengar kata-kata ibunya maka berkatalah Ismail pada bapanya: "Ayahku, kalau ini merupakan wahyu dari Allah s.w.t. maka aku sedia merelakan diriku disembelih".


Apabila persetujuan dicapai, maka keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismai untuk disembelih, perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut, sehingga ada yang mengatakan,: "Nampaknya Nabi Ibrahim dah gila agaknya sebab hendak menyembelih anaknya sendiri, kalau kita biarkan perkara ini nanti kita pun dibunuhnya".

Walau apa pun perkataan orang terhadapnya namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai pada tempat yang dituju maka berkatalah anaknya: "Wahai ayahku, saya fikir cara yang baik untuk disembelih adalah dengan cara saya disembelih dalam keadaan menelengkup, tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam, dan ayah pukul supaya tepat pada leher saya".

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah s.w.t. perintahkan dalam mimpinya, beliau pun mengucapkan kalimah atas nama Allah, lalu memacungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka memerciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim, sebagai seorang manusia Nabi Ibrahim pun menggeletarlah Ibrahim membuka penutup matanya, maka terperanjatlah ia sambil mendoakan kepada Allah s.w.t. kerana yang disembelihnya itu bukanlah anaknya, tetapi Allah s.w.t. telah menukarkan kepada seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah s.w.t. maka kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi kekuatan sehingga mereka dapat melaksanakan amanat dari Allah s.w.t..

Sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim, ia sentiasa menangis, fikirannya bertambah runcing lagi disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya. Dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuji-muji nama Allah, makin lama makin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar menangkap suara itu dan pastilah ia suara itu tidak lain tidak bukan adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim. Lalu dengan segera ia mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memberi kekuatan kepadanya, sehingga ia membenarkan anaknya itu. Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim , tapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya. Siti Hajar adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan. Semua peristiwa ini Allah s.w.t. menerangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101-111.

p/s : Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1431H

0 comments:

Related Posts with Thumbnails