Thursday, March 3, 2011

at 2:09 PM

Kejadian ni panas g.Baru berlaku kat aku jam 1.45 tadi..Ketika aku berjalan2 sambil bersiul untuk ke surau..Aku memasuki tmpat berwuduk dan seterusnya masuk surau..Akan aku ternampak seorang hamba Allah sedang bersembahyang,lalu aku pun dengan yakinnya menepuk bahu dia dan meneruskan smbahyang zohor.

Namun apabila selesai,beliau memberitahu bahawa dia bersolat sunat..Sedangkan aku niat solat fardhu..Apakah perlu aku sembahyang semula? Adakah sembahyang aku tadi sah? banyak persoalan timbul..Tapi aku yakin yang solat aku ni sah.. Dan seterusnya naik semula untuk menggoogle..hasil nya..Sah!..Lihat jawapan dibawah..

Secebis ilmu untuk dikongsi bersama:

















Jumhur Ulama terdiri dari Malikiyyah, Hanafiyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak boleh orang yang solat fardu menjadi makmum kepada imam yang menunaikan solat sunat, sepertimana tidak boleh menunaikan solat fardu oleh Makmum dibelakang Imam yang solat fardu yang lain.

Pendapat Jumhur Ulama ini menyalahi dengan pendapat Syafiiyyah yang menyatakan harus bagi makmum yang menunaikan solat wajib mengikut imam yang menunaikan solat sunat.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pendapat Syafiiyyah ini, harus bagi makmum yang menunaikan solat Isya’ bahawa dia mengikut kepada Imam yang menunaikan solat sunat tarawih.

DALIL

Jumhur Ulama mengatakan tidak boleh itu berdasarkan kepada hadis bahawa Baginda SAW bersabda;

إنما جعل الإمام ليؤتم به فلا تختلفوا عليه

Maksudnya;
“Sesungguhnya Imam itu dilantik untuk diikut. Oleh itu, jangan kamu menyalahinya”

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Baginda SAW melarang makmum dari menyalahi imam. Bermaksud, kalau Imam solat sunat, sedang makmum solat wajib, ketika itu makmum telah menyalahi imam. Sedangkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi SAW menerusi hadis ini.

Adapun Syafiiyyah pula mengatakan harus Makmum solat wajib mengikut imam yang solat sunat adalah berdasarkan kepada hadis Muaz yang telah meriwayatkan hadis ini oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim. Iaitu hadis, dimana Muaz telah menunaikan solat dibelakang nabi SAW, kemudian apabila dia pulang kepada kaumnya, dia telah menjadi Imam kepada kaumnya. Perbuatan itu tidak dimarah oleh Baginda SAW.

Apa yang dapat dilihat dari hadis Muaz ini adalah, apabila Muaz sudah menunaikan solat dengan Nabi, bermakna Solat yang diimami oleh Muaz kepada kaumnya itu adalah solat ”ulangan”. Solat ulangan bukan lagi dikira sebagai wajib, bahkan sunat sahaja.

Apa yang dapat dilihat, walaupun Muaz menunaikan solat tersebut bersama kaumnya, sedangkan Baginda SAW mengetahui bahawa solat Muaz itu adalah sunat, disebabkan beliau telah menunaikan yang wajibnya bersama dengan Baginda. Dengan itu, perbuatan Muaz itu tidak dilarang oleh Nabi, menandakan bahawa, jika makmum menunaikan solat wajib dibelakang Imam yang solat sunat, hukumnya adalah harus.

MUNAQASHAH DALIL

Dari perbahasan kedua-dua pendapat ini, pihak syafiiyyah menjawab hujjah Jumhur dengan bahawa hadis yang menyebut bahawa tidak boleh menyalahi antara Imam dan makmum itu, bukanlah larangan perbezaan antara solat sunat dan solat fardu. Tetapi, larangan itu bermaksud tidak boleh berbeza ketika melakukan rukun-rukun solat, iaitu seperti Imam sedang sujud, sedangkan makmum sedang melakukan perbuatan rukuk.

Hal ini merujuk kepada sambungan hadis yang menyebut;

فإذا كبر فكبروا وإذا ركع فاركعوا وإذا قال سمع الله لمن حمده فقولوا : ربنا ولك الحمد وإذا سجد فاسجدوا وإذا صلى جالسا فصلوا جلوسا أجمعون

Maksudnya;
“Apabila Imam bertakbir, maka takbirlah. Apabila Imam rukuk, maka rukuklah. Apabila Imam berkata ”samiaallahu liman hamidah”, maka katakanlah ”rabbana wa laka al-hamd. Apabila Imam sujud, maka hendaklah kamu sujud. Apabila imam solat dalam keadaan duduk, maka hendak kamu solat dalam keadaan duduk seluruhnya”

PENUTUP

Dari kedua-dua pendapat ini, didapati hujjah dari pihak Syafiiiyyah lebih kuat berbanding dengan hujjah pihak Jumhur. Dengan itu, perdapat yang rajih adalah pendapat syafiiyyah.

Sekian

Wallahu ’Alam

Ulasan dari sumber :
www.islamonline.net/se...TheScholar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails