Sunday, March 27, 2011

at 4:15 PM

Lama xberbicara kat blog ni disebabkan kesibukan menghadapi midterm yang memang sah-sah susah...wahaha..skang aku nk sharekan alasan mengapa single itu ROCKS!!!


1. Bebas dan berdikari
 Jika korang rasa nak kuaq p lepak kedai mamak tanpa perlu bgtau makwe,tengok bola dengan tenang,kuar lepak p karaoke,boling,snuker,pool,renang,jakuzi(ada ka)..tanpa ada kongkongan,silakan jadi single,huha huha dengan kawan-kawan anda sahaja..nak buat apa pon buatlah,dari subuh sampai maghrib pon,tadak sapa tanya ada kat mana,napa xmsj,napa lambat reply,napa xbawak kuar dia..ahaha.melainkan mak bapak anda yang cari anda dok kt mana..balik mandi..haha


2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Detik yang dikongsi bersama makwe p ke taman-taman bunga,p tengok wayang,p mlawat zoo,p dinner,p teman window shopping boleh digantikan dengan aktiviti mengeratkan hubungan bersama kengkawan anda.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Hubungan kekeluargaan anda akan menjadi lebih rapat bersama keluarga yakni ibu bapa,serta adik beradik yang lain,anda boleh membantu ayah anda cuci keta,tengok movie sama adik beradik,.Selain pada tu,anda akan rasa betapa banyaknya masa anda ada dalam 24jam tu.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
 Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara mc Korea ka.. dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya,kos bunga meningkat naik oo time2 ari spesel cmtu..better simpan buat beli aksesori keta..btol ka aku ckp ni??,..hahaha

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan makwe sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan girlfrend anda.


Perkongsian ini adalah sekadar suka-suka..Bukan disebabkan atas sebab orang xmau kat aku ka,org dh xsuka jatuh cinta ngan aku ka,ataupun aku nk balas dendam kt sapa2 ka..tiada kaitan ok,ni aku amik dr blog org len,edit dengan cara tersendiri,n sebagai single,sbb tu la aku share benda ni..

Kita sendiri rasa n ada instinct untuk tau bila masa yang kita betul2 sesuai untuk amik tanggungjawab berpasangan..sebab bagi aku kalau berpasangan n dh jadi makwe tu,better kita pikir untuk ke arah stage yang seterusnya bertunang then get married..Cinta lepas kawin tu kan indah orang cakap..haha.


wachaaaa!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails