Wednesday, October 13, 2010

Hari ini dalam sejarah apabila aku dengan secara rasminya telah menyahaktifkan akaun Facebook yang telah digunakan hampir 2 tahun.

Ada Baik,Ada Buruk dan aku rasa Facebook ni agak banyak keburukan pada diri aku sendiri sebab banyak bawa kepada kelalaian dan memandangkan tugas seharian yang semakin sibuk dan memegang dua title pada satu-satu masa.Aku rasa ini adalah perkara yang terbaik untuk diri sendiri.

Dan perkongsian maklumat pasal aku selepas ni adalah semata-mata menggunakan blog ini sahaja.

Insyaallah jika pada masa depan.Tugas dan masa yang boleh dikatakan tidak sibuk lagi.Facebook akan aku aktifkan semula.Sekarang hilang dalam diam buat sementara waktu.

Dengan harapan,kelalaian yang dulu tidak akan berulang lagi.Hari ini pun banyak masa yang aku gunakan untuk buat kerja sepenuhnya.


Hampir setahun juga tidak pernah update blog ni.

p/s: Semua keburukan Facebook ni adalah atas dasar peribadi sahaja :p

1 comments:

  1. ayat x bleh belah..hahaha

Related Posts with Thumbnails