Wednesday, December 22, 2010

at 8:09 AM

Cerita ni menarik minat aku untuk komen dan bagi pandangan sikit.
Episod ke-2 ditayangkan pada hari ini di slot lestary tv3.Aku tengok drama ni pada episode pertama dah boleh tangkap yang cerita ni agak dan rasanya telah dicedok dari drama Jepun yang tajuk ceritanya adalah 1 Litre of Tears.Kepada sesiapa yang menonton drama ini dan kemudian menonton cerita Hani mesti sependapat dengan aku.Plot penceritaan lebih kurang 90% sama.Dalam drama Hani,keluarga ni buat bisnes kedai dobi,manakala dalam 1LOT pulak keluarga Aya buat bisnes tofu.Tapi mak hani dan jugak mak aya lebih kurang sama ja karier mereka.Pembinaan keluarga aya dan hani adalah sama,4 orang adik beradik.gender pun dicedok sama seperti 1LOT.Rakan Hani pun ada dua orang,memang sama.Main bola jaring dan Aya juga shooter dalam sukan bola jaring.

Keluarga Irfan(hero) pun memang sama.Ada dua beradik dan abang telah meninggal dunia dan Irfan ni sama macam hero 1LOT,xminat bersosial dan kurang bercakap.

Apa pun tahniah la kat penerbit/penulis skrip/produser sebab amik cerita luar dan jadikan cerita ini sebagai drama binaan melayu.Xkisah la sebab banyak gak drama kita yang cedok idea dari Negara Jepun,contoh macam Awan Dania yang diambil drpada Attention Please.Apa pun kira ok la sebab idea-idea dari luar ni xtangkap cintan meleleh airmata sangat dan lari dari pegangan drama melayu yang dah memang biasa dengan cerita cinta dan keluarga kaya raya ataupun miskin hina.hoho

Aku harap penyakit Aya dalam 1LOT berjangkit 100% kepada Hani sebab cerita 1LOT tu adalah berkisarkan kisah kehidupan sebenar.Jadi mesti menarik kalau penyakit tu ada dalam drama Hani sebab xpernah lagi drama melayu ada penyakit macam tu.

Harap ada la lagu yang iras dengan cerita 1LOT dan student dalam drama Hani ni wat koir dan menyanyi lagu 1LOT.,lagi best.hahaha

(ini adalah pendapat peribadi dan tiada kaitan dengan sesiapa)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails