Wednesday, December 22, 2010

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?


Cinta atau mahabbah asalnya b’makna bening & bersih. Boleh diertikn juga air yg melimpah ruah slps hujan turun dgn lebatnya. Oleh itu blj dsimpulkan al Mahabbah sbg luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan utk b’temu dgn kekasih.

Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya b’gantung kpd bagaimana kita mengurus cinta. Islam memangdang cinta terhadap b’lainan jenis dlm 3 perspektif:

1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya: cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: “Dan di antara manusia dad orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang0orang fasik.” (Al Baqarah: Ayat 165)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsure kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adapt bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’nya dengan kita membuat pelbagai alas an itu dan ini. Di sisi Allah ai adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.”

Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin.......sekolah aja belum habis, bagaimana nak bernikah???

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wa jalla: “Janganlah kamu menghampiri zina.....” Al Isra’:Ayat 32

“Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap mendekati zina....” tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan.....”(HR. Tabrani) “Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman” (HR. Muslim dan Abu Daud)

Kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya, kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani kakak yang sedang bercinta...

Jadi ibu, apakah penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada alah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu, dan keluargamu. Apabilatiba masanya nanti, apalah jodoh mu ada insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)

2. Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Janganlah berwewenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram.

3. Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

6. Sibukkan dgn mengaji dan b’zikir.Bergaullah dgn kwn-kwn yg baik,kerana kdg-kdg hati kita klh kpd ‘cinta’ ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telh mempunyai “teman akrab”, cukuplah kiranya kita fahami firman Allah; “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) org yg zalim menggigit kedua tgnnya seraya berkata:’Aduhai, kiranya(dulu) aku mengambil jln bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran telah dtg kpdku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.” Surah Al Furqan:Ayat 27-29). Maka jgnlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang “teman akrab” yg kononnya menyintai kita.

8. Puasa lah utk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, “Adapun orang-orang yg takut kpd kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.” Surah An Naziat :Ayat 40-41).

9. Bernikah lah shj jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai ibu, Susahnya!

Boleh jika kamu mahu, jgn bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yg disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yg kita perlukan.

Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yg telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas utk dicintai? Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman seorg hamba hingga ia lebih mencintai Allah drpd mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia.”

Siapakah yg dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dlm menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yg lebih baik, kekasih yg suci dan soleh/solehah di dunia ini dan syurga di akhirat nanti.

Insya-Allah..Amin.


"kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kita,
kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
puas kita menangis mencari mana matahari kita,
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...."

"Orang-orang yang hebat bukanlah orang yang selalu memiliki hal-hal terbaik dalam hidupnya, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails