Sunday, December 5, 2010

Setiap lelaki perlukan ego,
Kerana ego itulah wanita terpikat waktu bercinta,

Kerana ego itulah isteri tunduk kepada suami,

Kerana ego itulah, anak-anak hormat kepada bapa,

Dan kerana ego itulah juga, keseimbangan rumahtangga terjaga.

Yang hakiki.. kerna dek egolah ramai lelaki menyepak terajang anak bini sesuka hati mak bapak dia..

dan kerna ego yg melampau jua la ramai lelaki

sanggup berkahwin lebih walaupun poketnyer abuk pun tarak..(ikut sunnah katanya..)

dan kerna dek ego jualah ramai lelaki trsumbat

didalam penjara gara2 mencari duit cara senang..dan bertindak melulu memukul org di tempat awam..

DAN bila terkumpulnya semua ego2 ini..

punahlah sebuah rumahtangga yg bahagia.

tinggal hanya anak2 yg tak mengerti apa2.

maka dapatlah sang isteri gelaran "J" secara sengaja ataupun tidak...

begitulah adanya..

Sekiranya suami tiada egonya,

Ibarat kucing tidak bermisai,

Ibarat harimau tidak bertaring,

Ibarat ular tidak berbisa,

Ibarat Mawi tanpa suara (camna mamat ni masuk sini ni? Nak cukupkan ritma saja)

Ego adalah sesuatu untuk dikawal, bukan untuk di hapuskan,

Kerana ego di perlukan untuk perlindungan rumahtangga,

Untuk mentadbir, mengurus dan mengawal,

Sekiranya tiada ego,

Suami tiada gentlemennya,

Tunduk kepada semua kemahuan isteri,

Seperti sang isteri RE dalam DO RE MI,

Hilang hormat anak2 kepada bapanya,

Hilang hormat adik-adik kepada abangnya,

Hakikatnya, manusia tidak sempurna,

Tak kira lelaki mahupun wanita,

Ego adalah ciptaan Ilahi untuk lelaki,

Dengan tujuan untuk memimpin ke jalan yg di restui

Wallahualam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails