Sunday, February 13, 2011

1- shanghai ade lebih dari 11 line SUBWAY @ LRT (kesemuanye ade pertukaran transit; ala KL CENTRAL)

2- bukak pintu teksi, start ngn harga RMB12 @ RM6

3- teksi besar (cam ala2 mr. matrix) same harga cam teksi sedan ..teksi , kereta police.. sume pakai volkswagen ~caya la

4- jalan raya persekutuan ade 5line (perjalan kaki, basikal/motor, teksi, bus, kereta)

5- highway 3 tingkat ..yg paling best; TAK DER TOLL!

6- Transport Card leh pakai untuk semua jenis PUBLIC TRANSPORT termasuk la TEKSI ~ sgt bagus

7- para2 DRIVER bawak kereta cam nk lumba F1, suke pancung kereta (cam aku gak! huhu)

8- para2 DRIVER suke HON, da cam NY lak duk sini.. BISING! ;si pembawa basikal tak ketinggalan nk gunakan LOCENG gakk~~

 9- mereka baik kaum wanita gak, suke meLUDAH... tempat pejalan kaki penuh ngn KAHAK.. kena sentiasa berhati2 ~errrkkk

10- 2 hari sekali, ade lori pendek akan jalan tuk basuh jalanraya ~ sgt heran (krn air di sini sgt mahal)

11- kadar electrik pada waktu siang tersgt la mahal, 2x kali ganda dr mlm

12- oleh kerana kepadatan penduduk; boleh melahirkan anak seorang sahaja, kena bayar RM3k klu nak tambah anak

13- sesiapa yang kerja Gov, akan di berhentikan keje sekiranye melahirkan anak lebih dari 1 org ~ dasat!

14- di sebabkan ini, kebanyakkan rumah hanya ade 2 bilik sahaja, dan harga sebuah rumah TERSANGAT la mahal nk mampus!cam skrg ni,
sewa sebulan aku adalah lebih kurang RM1k ~ klu kat KL, sewa RM600 sebulan, sure kondo tu da de pool and gym, sini? TAK DER

15- kebykkan mereka menggunakan motor/basikal electrik,station minyak sgt sukar di jumpai.. tak cam kat MY

16- org shanghai kebanyakkan tak pandai nk ckp ~ EXCUSE ME! ...dorng main langgar je, mmg kurang ajar!

17- kat mane2.. mesti jumpe org bergaduh, kdg2 confuse sbb dorng borak pun cam nk gaduh je bunyi nye ~ ish ish

18- UTUBE, FB, BLOGSPOT sumer kena block.. jadi sile guna kan Proxy yea

19- channel TV sikit punye melambak, tp lansung tak jumpe siaran atau rencana dr luar.disebabkan ini, mereka tak tau mengenai kewujudan MUSLIM, aku da cam Alien dok sini, dorng tgk aku ngn care yg heran.siap ambik gambar curi2, da rase cam artis lak duk sini.. aahaaakkss

20- oleh krn mnyokong penuh SAVE THE EARTH, tiada beg plastic di provided kan, kena la bawak beg kain sndri yea.

21- Shanghai mempunyai 4Musim. ntah kenapa, tahun ni Shanghai ade salji lak,, last berlaku adalah tahun 2007. ini menunjukkan bumi kite semakin tua, kerana Utara china mengalami bencana yg menyebabkan shanghai boleh turun salji. tp actly,ini lah cara  Shanghai nk ucapkan Selamat Datang kat aku; sbb aku tak pernah main salji even kat Sunway @ genting. ~ alhamdulillah















kredit diberi kepada saudari Zai dari HP China sebab sudi kongsi kekesalan tinggalkan HP KL.hehe

0 comments:

Related Posts with Thumbnails